BEKAS peserta program Pencetus Ummah (PU) musim kedua, Ahmad Faiz Hafizuddin Alias, didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan mencederakan seorang penceramah bebas wanita, September lalu. - Foto Ghazali Kori
PETALING JAYA: Bekas peserta program Pencetus Ummah (PU) musim kedua, Ahmad Faiz Hafizuddin Alias, didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan mencederakan seorang penceramah bebas wanita, September lalu. Ahmad Faiz, 27, yang juga pemenang tempat kedua program berkenaan, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Datin Fadzlin Suraya Mohd Suah.
Berdasarkan kertas pertuduhan, Ahmad Faiz didakwa mendatangkan kecederaan terhadap Nurul Intan Sakinah, 29, atas sebab bangkitkan kemarahan di Pondok Rumi Sufi Jawi, Tingkat 2, Jalan Pekaka 8/4, Seksyen 8, Kota Damansara di sini, jam 2.30 petang, pada 26 September lalu. Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 335 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum empat tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Disember ini untuk sebutan semula kes.
|
0 ulasan :
Post a Comment