Tauke Judi Online Untung RM50,000 Sehari !


http://takcubarugi.blogspot.my/


Tauke judi Online meraih keuntungan kira-kira RM50,000 sehari serta tidak membayar Cukai Barangan Perkhidmatan dan cukai.

Penyelaras Ops Banteras Aktiviti Haram, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Wilayah Persekutuan, Azman Mahmood bagaimanapun mempersalahkan orang ramai kerana memberi sambutan kepada perniagaan judi haram.

Menurutnya, pada tahun lalu operasi judi Online di Wilayah Persekutuan berjumlah 300 buah sahaja tetapi pada tahun ini meningkat kepada 615 buah.

Beliau mengakui bukan mudah menghapuskan operasi judi Online haram kerana tauke-tauke tersebut mempunyai strategi terancang kerana mereka mempunyai kuasa kewangan.

Katanya, jumlah tauke judi Online ini kira-kira 12 orang sahaja tetapi mereka mampu membuka berpuluh-puluh pusat judi jika satu kedai judi ditutup.

"Memang kita potong elektrik dan air apabila kita buat operasi. Hari ini mereka pindah, esok dia buka 20 lagi," katanya sambil memberitahu sindiket judi Online ini turut berselindung dengan pusat hiburan atau snooker.

http://takcubarugi.blogspot.my/

Azman berkata, pusat judi Online ini memang dipantau serius oleh KPDNKK, jika tidak jumlahnya lebih banyak.

Sementara itu, Presiden Transperancy International Malaysia, Datuk Akhbar Satar berkata, lambakan judi Online berlaku disebabkan ketirisan, turut disokong oleh pengaruh politik.

Sehubungan itu, katanya usaha membasmi judi haram ini perlu iltizam yang kuat daripada penguatkuasa dan polis.

Akhbar menambah, judi Online itu dihidupkan oleh pengusaha-pengusaha Singapura kerana di sana perniagaan seumpama itu tidak dapat dilakukan.

"Apabila bisnes itu dibuat di sini, yang tercemar imej Malaysia," ujarnya. 


sumber-MalaysiaGazett

0 ulasan :

Post a Comment