Bayangkan dalam umur yang masih sangat muda, dia mengejutkan banyak pihak apabila menguasai tujuh bahasa iaitu Inggeris, Jerman, Sepanyol, Perancis, Cina dan Arab selain bahasa pertuturan ibundanya sendiri, Rusia.
Kemampuan hebat Bella itu didedahkan menerusi satu program pertandingan realiti popular terbitan stesen televisyen nasional Channel One Russia yang berjudulUdivitelniye Lyudi atau bermaksud manusia luar biasa.
Media tempatan melaporkan, Bella dengan mudah dapat bertukar-tukar bahasa secara spontan ketika bercakap-cakap dengan enam jemputan berbeza yang merupakan guru bahasa menerusi acara pencarian bakat unik itu.
Pada permulaannya, Bella berbual santai dengan seorang lelaki dewasa dalam bahasa Inggeris. Ternyata tidak hanya memahami, dia juga dapat membaca beberapa patah perkataan yang sukar dalam bahasa Inggeris dengan mudah.
Menurut beberapa portal berita tempatan, ibu kandung Bella, Yulia sanggup menggaji beberapa pengasuh daripada pelbagai bangsa yang berbeza agar anaknya dapat mempelajari bahasa baharu sejak masih berusia dua tahun lagi.
“Saya mula ajar bahasa Inggeris tetapi terperanjat mendapati Bella fasih tutur bahasa itu sebelum tambah kepada lima bahasa antarabangsa lain dengan mengupah beberapa guru warga asing,” katanya.
Yulia yang juga guru bahasa Inggeris dan menetap di ibu kota Moscow turut terkejut dengan kemampuan Bella. Â Video aksi hebat si cilik ini juga malah dimuat naik menerusi laman YouTube dan telah ditonton lebih 1.2 juta kali.
Sekiranya berjaya memenangi program televisyen tersebut, Bella bakal membawa pulang hadiah utama wang tunai sebanyak 900,000 ruble (kira-kira RM61,000).
sumber; newshub
0 ulasan :
Post a Comment