Ustaz Ishak Din Meninggal Dunia


Kuala Lumpur: Abang Allahyarham Datuk Dr Haron Din, Ustaz Ishak Din meninggal dunia ketika menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) di sini, 6.05 petang tadi.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Penerangan PAS Nasharuddin Hassan yang menerima berita berkenaan sebaik keluar dari sidang Parlimen petang tadi.

“Saya baharu saja menerima berita mengejutkan ini dan mengetahui arwah sakit cuma tidak dimaklumkan sedang menerima rawatan di IJN.

“Pemergian arwah satu kehilangan besar kerana beliau antara tokoh agama yang disegani dan dihormati,” katanya, ketika dihubungi, di sini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 November 2016 @ 8:12 PM

0 ulasan :

Post a Comment