Jangan bawa anak dara anda kesini !!

16 gadis disahkan mengandung selepas mandi dikolam ini

Fakta ke auta?

Pelajar lebih pandai jika miliki guru menarik

Suami-suami diluar sana, jangan sampai isteri jadi macam ni

Lagi pengakuan isteri curang, tertarik aku pada seorang duda

Tips kulit gebu dan sihat

Tiada masa untuk melakukan rawatan kulit di pusat pakar kecantikan?

20 tips hidup sihat

Mengekalkan kecergasan dan berat badan sihat membantu memanjangkan jangka hayat

Showing posts with label TIPS. Show all posts
Showing posts with label TIPS. Show all posts

Jaga Kesihatan Vagina Untuk Memastikan Ia berfungsi Dengan Baik


Alat sulit atau ‘vagina’ adalah organ terpenting yang perlu diberi penjagaan rapi. Ini penting untuk kebahagiaan rumahtangga bersama suami tersayang. Vagina mempunyai dua fungsi utama iaitu untuk perhubungan seks dan juga melahirkan anak.

Wanita mempunyai dua lubang kemaluan iaitu uretra dan faraj. Pembukaan dua lubang ini juga sangat berbeza kerana pembukaan lubang faraj lebih besar. Vagina berkait rapat dengan fungsi seksual, haid dan reproduktif.

CIRI-CIRI VAGINA SIHAT

Tidak mengalami keputihan
Keputihan merupakan cairan vagina yang bertambah secara abnormal. Ia berfungsi membersihkan dan melindungi vagina. Namun, ada dua jenis keputihan iaitu keputihan normal dan tidak normal. Keputihan yang normal adalah tidak berbau dan kering.

Manakala jika keputihan tidak normal biasanya disertai dengan bau busuk, berwarna kekuningan, lebih kental dan bersifat gatal.

Tiada luka
Vagina yang sihat kebiasaanya tidak mengalami sebarang pendarahan atau luka-luka kecil semasa melakukan hubungan seks. Ia boleh dilihat sekiranya bahagian kulit atau luar vagina kelihatan melecet. Perkara seperti ini berlaku disebabkan bakteria ataupun virus yang masuk ke bahagian vagina.

Sekiranya anda mengalami infeksi seperti ini segeralah berjumpa dengan doktor dan gunakan ‘feminine wash’ yang tepat untuk mencuci vagina anda.

Bebas penyakit
Cara mudah mengenal pasti vagina anda bebas dari penyakit adalah dengan berjumpa dengan doktor pakar sakit puan. Sekiranya anda segan, anda boleh mengenal pasti sendiri dari rumah.

Cuba kenal pasti sekiranya terdapat benjolan yang timbul di vagina anda, ia adalah tidak normal. Benjolan tersebut berkemungkinan tersebabkan bakteria atau penyakit kelamin.

Boleh melahirkan anak
Ciri-ciri penting yang harus ada pada setiap wanita adalah boleh melahirkan anak. Perkara ini sangat penting selain meramaikan keturunan anak Adam, ia juga penyumbang kepada kebahagiaan rumahtangga.

Anda tentu tidak mahu dikategorikan sebagai mandul sekiranya tidak dapat melahirkan zuriat. Jadi, segeralah berjumpa dengan doktor untuk memastikan kesihatan vagina anda.


TIP MENJAGA KEBERSIHAN VAGINA

1. Cuci vagina dengan bersih selepas membuang air kecil. Gunakan sabun khusus jika perlu. Pastikan vagina anda berada dalam keadaan kering selepas anda membasuh vagina anda.

2. Pastikan seluar dalam anda sentiasa bersih. Gunakan seluar dalam jenis kain kapas yang menyerap peluh. Sekiranya anda mengalami keputihan, gunakan pantyliner.

3. Cukur bulu-bulu yang berlebihan di sekitar alat sulit untuk mengelakkan peluh dan pembiakan bakteria.

Oleh:Editorial Rapi


 http://koleksicikgusuraya.blogspot.my/

Tips Atau Cara Memanjangkan Bulu Mata Yang Benar

Bulu mata tidak hanya sekadar mempercantik diri, tapi juga berfungsi untuk melindungi mata. Berikut ini cara memanjangkan bulu mata yang aman dan perlu Anda ketahui.
Menumbuhkan atau memperpanjang bulu mata sejatinya bukan hanya sekadar urusan estetika. Sebab selain untuk mempercantik diri, bulu mata juga memiliki fungsi melindungi mata dari debu dan rambut.
http://koleksicikgusuraya.blogspot.com

Berikut beberapa cara yang bisa dilakukan untuk mendapatkan bulu mata yang panjang dan cantik.
  • Gunakan obat dokter
Dokter akan memberikan obat yang sebenarnya digunakan untuk mengobati glaukoma. Obat ini memiliki efek samping meningkatkan pertumbuhan bulu mata. Sebelum menggunakan obat ini, konsultasikan terlebih dahulu dengan dokter terkait penyakit mata yang pernah diderita.
Meski banyak yang menilai bahwa obat ini minim risiko, namun ada pro dan kontra  terkait pemakaian obat ini. Pihak yang pro berpendapat obat ini memiliki efek samping yang minimal karena digunakan di kelopak mata dan hasilnya efektif. Namun yang kontra berpendapat obat ini bisa menyebabkan iritasi bagi kulit sensitif dan hasilnya tidak tahan lama.
  • Memakai obat di pasaran
Beberapa obat yang diklaim mampu menumbuhkan bulu mata agar lebih panjang ada yang dijual bebas. Sayangnya obat yang bisa diperoleh di apotek tersebut tidak mengandung formula inti prostaglandin yang berperan sebagai perangsang untuk pertumbuhan bulu mata. Kini, hanya obat yang bisa diperoleh dengan resep dokterlah yang memiliki kandungan prostaglandin. Alhasil, meski harganya terjangkau, efektivitas dari produk yang dijual bebas masih meragukan.
  • Memakai vaselin
Teknik ini pada dasarnya hanya mengakali bagaimana caranya agar bulu mata terlihat lebih panjang. Metode ini akan menampakkan hasil 3 minggu setelah pemakaian rutin.
Caranya pun mudah, siapkan sikat maskara lalu bersihkan dengan air. Setelah bersih, taburilah sikat tersebut dengan bedak bayi. Lalu sikatlah bulu mata Anda dengan vaselin.
http://koleksicikgusuraya.blogspot.com
  • Menggunakan lip balm
Selain untuk bibir, lip balm ternyata juga bisa dijadikan media untuk memanjangkan bulu mata jika digunakan dalam jangka panjang. Lip balm yang memiliki rasa dianggap lebih efektif dibandingkan yang tanpa rasa.
Caranya, oleskan lip balm pada bulu mata dan sebaiknya menyentuh kelopak mata. Lakukan hal ini sebelum tidur pada kedua mata Anda. Lalu tutuplah mata dengan masker tidur, akan lebih baik jika masker yang Anda gunakan terbuat dari sutra. Saat bangun pagi, bersihkan mata. Anda bisa mengulanginya saat akan bepergian. Oleskan sebanyak dua kali agar lebih meresap.

Pastikan Anda Merawat Bulu Mata

Sama seperti bagian tubuh lainnya, bulu mata juga wajib dirawat agar pesonanya bisa bertahan lama. Beberapa langkah untuk merawat bulu mata yang wajib dilakukan antara lain:
  • Membersihkan maskara pada kelopak dan bulu mata saat hendak tidur. Maskara membuat bulu mata lebih kaku dan rentan patah.
  • Rutin mengganti maskara setiap 3 hingga 6 bulan sekali agar maskara tidak menjadi sumber penyakit.
  • Hilangkan gumpalan maskara pada bulu mata sehingga bulu mata mudah disisir.
  • Usahakan tidak mencabut bulu mata atau menggosok-gosok mata karena bisa membuat bulu mata mudah patah atau lepas dari akarnya.
  • Jika memakai penjepit bulu mata, jangan pernah menarik kelopak mata Anda.
  • Saat mata terkena penyakit seperti iritasi atau penyakit lainnya maka cobalah mengganti kosmetik atau kunjungilah dokter mata.
Jika cara memanjangkan bulu mata dikombinasikan dengan cara merawat bulu mata, maka memiliki bulu mata indah bukan lagi impian.

14 Rahsia Tips Tarik Suami Ke Ranjang


http://koleksicikgusuraya.blogspot.my/
1) Tarik perhatian suami dengan melakukan teknik yang berbeza dan mendebarkan. Contoh : Membuka pakaian secara perlahan-lahan, bermula dengan butang paling atas dengan aksi yang menghairahkan.
2) Cuba rapatkan dada anda ke dada suami dan dakaplah suami anda dengan dakapan penuh nafsu.
3) Mainkan rambut anda ditubuhnya. Belaian rambut anda mungkin dapat membangkit ghairah suami. Jangan lupa belai juga rambut, misi atau bulu dada suami anda jika ada.
4) Buat gigitan manja di leher atau bahagian lain tubuh. Gigitan ini boleh merangsang keinginan suami. Selain itu, suami akan ingat anda apabila melihat bekas gigitan itu.
5) Isteri juga boleh meninggalkan pakaian dalam di tempat tidur kerana suami sering ghairah apabila melihat benda-benda itu.
6) Tatap mata suami dengan pandangan yang mempesonakan.
7) Usap bahagian tubuh suami anda dengan usapan manja dan mesra dengan menggunakan hujung jari, dari dahi hingga ke belakang leher.
8 ) Hembus nafas anda ke telinga suami kerana hembusan boleh merangsang suami dan membuat dia tidak sabar mendakap anda.
9) Elak menyentuh kelemahan tubuh suami. Tumpukan pada bahagian lain seperti dada, puting atau lengannya yang sasa.
10) Sesekali pakailah pakaian dalam yang jarang dan menampakkan tubuh anda yang seksi atau memakai pakaian yang singkat dan menggiurkan.
11) Selepas mandi atau sebelum mengadakan hubungan seksual, pakai pakaian di hadapan suami. Ada lelaki yang suka melihat isteri memakai pakaian, bermula daripada pakaian dalam, coli dan bahagian-bahagian lain.
12) Jangan lupa, ketika hubungan seksual, selain dari alunan lagu yang syahdu atau klasik, haruman ditubuh juga boleh membangkitkan ghairah suami. Cuba menggunakan minyak wangi yang boleh menyeronokkan suami.
13) Usah terburu-buru dalam hubungan seksual. Ambil masa dan nikmatilah sepuas-puasnya.
14) Jika ingin lebih agresif. Tarik suami ke katil dan bertindak dahulu bagi memberikan suami suatu kejutan yang berbeza.
koleksicikgusuraya.blogspot.com

Cara trick Agar Suami Tahan Lama Di Ranjang


http://koleksicikgusuraya.blogspot.my/

Tahan Lama Di Ranjang. Bagi pasangan yang sudah berkahwin, “tahan lama” ketika berasmara sering diharapkan oleh anda dan suami.
Namun, semua itu tidak selalunya tercapai kerana adakalanya seorang lelaki mengalami ejakulasi yang terlalu cepat atau ejakulasi semulajadi. Ada beberapa fakta yang menyebabkan seseorang lelaki itu tidak tahan lama di ranjang. Menurut satu sumber kajian, rata-rata lelaki dikatakan hanya mampu bertahan sehingga dua minit sahaja ketika melakukan hubungan seks.
Manakala seorang wanita pula memerlukan waktu yang lebih lama untuk mencapai orgasme, iaitu sekitar 10 hingga 20 minit. Memang tak oklah kan, jika si suami cepat sangat ‘game over’, sedangkan anda masih lagi terkulat-kulat mengharapkan sesuatu yang lebih baik daripada itu.
Apa yang perlu para suami lakukan untuk menangani masalah ini? Jangan dibiarkan ok, kerana pada zaman sekarang adalah zaman di mana para wanita tetap menuntut perkara yang sama dalam seks. Kini wanita tidak lagi menganggap seks sebagai kewajipan melayan suami sahaja, sebaliknya mereka juga inginkan kepuasan sebagaimana lelaki.
Ada beberapa cara yang boleh dipilih oleh lelaki agar tahan lama di ranjang. Contohnya dengan pengambilan pil anti ejakulasi semulajadi ataupun menggunakan teknik-teknik lain yang terbukti mampu meningkatkan daya tahan untuk mencegah orgasme terjadi.
Beberapa trick atau cara tersebut mungkin boleh anda dan suami praktik untuk mengatasi masalah kurang ‘tahan lama’ di ranjang.

1.Saat ‘Pemanasan’
Seks tanpa ‘pemanasan’ atau ‘foreplay’ adalah seks yang bergelora dan berorentasi pada orgasme. Biasanya pasangan yang baru berkahwin dan tanpa pengalaman selalu berasmara tanpa ‘pemanasan’. Ini adalah kerana tujuannya cuma satu, iaitu mahu melunaskan hajat seksual secepat mungkin.

2. Gunakan Teknik ‘Stop-Start’
Anda boleh melakukan teknik ini sendiri ataupun bersama isteri. Caranya, lakukan seperti anda sedang melakukan onani. Urut dengan perlahan penis anda sehingga mengalami ereksi yang keras. Dalam proses ini, jangan libatkan imaginasi ataupun memikirkan perkara-perkara yang erotik. Memadai mengurut penis sehingga anda ereksi.
Ketika menjelang ejakulasi, hentikan perbuatan tersebut. Tunggu beberapa saat, sehingga perasaan orgasme itu hilang dan kemudian ulanginya kembali. Lakukannya sehingga anda betul-betul tidak mampu lagi untuk menahan gelora ejakulasi tersebut.
 Selain itu, anda juga boleh meminta isteri anda mengurut alat sulit anda. Tentu sahaja rangsangan nikmat yang anda rasakan lebih hebat dan membuatkan anda menjadi lebih cepat untuk orgasme. Mintalah isteri anda  berhenti ketika anda berejakulasi. Kemudian, lakukannya kembali setelah perasan tersebut hilang.

3. Senaman Kagel
Bukan hanya wanita mengandung atau hamil sahaja yang boleh melakukan senaman kagel, kaum lelaki pun memerlukan senaman jenis ini. Tujuannya adalah untuk menguatkan otot-otot yang berfungsi untuk mengendalikan proses ejakulasi dan orgasme. Senaman kagel untuk lelaki dilakukan dengan cara menggerak-gerakkan penis sendiri tanpa bantuan tangan.
Prosesnya tak ubah seperti ketika anda mahu menghentikan aliran urine ketika anda membuang air kecil. Senaman kagel ini perlu dilakkan pada setiap hari, tak kira di mana pun anda berada. Paling kurang, 10-15 kali setiap hari. Senaman kagel yang dilakukan secara rutin akan membuatkan para suami tahan lama di rajang.

4. Tukar Posisi Seks
Posisi seks tertentu boleh meransang atau membuatkan para suami tidak boleh bertahan untuk lebih lama di ranjang. Hindari posisi tersebut dan tukarlah dengan posisi seks lain yang tidak begitu merangsang sistem sarafnya. Posisi seks yang dominan, ialah ‘doggy style’ dan ‘missionaris’.
Posisi ini membuatkan lelaki berada dalam posisi yang dominan selama berasmara yang menyebabkan dirinya menjadi terlalu terangsang dan cepat ‘game over’. Posisi terbaik supaya tahan lama adalah ‘woman on top’ atau wanita di atas. Dengan posisi santai dan tidak dominan akan membuatkan suami yang mengalami masalah tersebut boleh fokus ke perkara lain selain seks dan membuatkannya tahan lama di ranjang.

5. Cari Suasana Baru
Salah satu cara yang boleh anda pilih ialah dengan mencari lokasi yang tidak biasa. Misalnya, melakukan hubungan seks di atas kerusi atau meja yang selama ini anda dan pasangan hanya berasmara di bilik tidur sahaja. Carilah suasana baru yang menyenangkan dan membuatkan anda dan pasangan menjadi lebih ‘cool’ dan terus menikmati saat manis itu.  Cara ini terbukti dapat membantu lelaki yang menderita ejakulasi semulajadi menjadi lebih tahan lama di ranjang.

Tips Perkahwinan 5 Petua Rumahtangga Bahgia

Mengekalkan kebahagiaan rumah tangga tidak semudah yang disangka sekiranya pasangan tidak mengetahui asas kepada kebahagiaan.

 http://koleksicikgusuraya.blogspot.my/
Setiap perkahwinan, mana mungkin kita harapkan kecundang di kemudian hari. Mestilah kita doakan yang baik-baik dan indah sahaja sepanjang bersama pasangan, sehingga akhir hayat.
"Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1)
Dalam surah An-Nisa sendiri telah nyatakan kita dicipta berpasangan dan hendaklah kita memelihara hubungan tersebut. Meskipun ramai berpendapat hanya di awal perkahwinan sahaja indah, bila sudah usia perkahwinan menjangkau 10 tahun dan mula lah segala masalah bermula. Ada mungkin betulnya di situ. Bukan apa, meskipun sudah 8 tahun menyulam cinta sebelum berkahwin, belum tentu semua perangai pasangan anda sudah kenal. Mereka yang sudah berkahwin 20 tahun pun ada juga mengakui masih tidak faham dengan pasangan mereka sendiri. Inikan pula hanya bercinta 8 tahun.
Cuma admin hendak tekankan di sini kepada mereka yang bakal mendirikan rumahtangga untuk janganlah pula takut atau teragak-agak dengan keputusan untuk berkahwin itu. Tarik nafas. Senyum. Okay, sekarang baca apa yang admin hendak kongsikan. Jangan termakan kata-kata orang yang hubungan anda akan kelam selepas sekian lama bersama. Oleh itu, admin di sini akan kongsi cara-cara untuk tidak mendekatkan hubungan anda dan pasangan dengan suasana kelam yang sering diperkatakan.
Tips yang ingin admin kongsikan ini, bukan sahaja untuk pasangan yang baru berkahwin. Juga boleh diamalkan bagi pasangan-pasangan lama yang ingin memupuk kembali rasa cinta seperti pertama kali mengucapkan “Aku terima nikahnya".
 http://koleksicikgusuraya.blogspot.my/
1) Hormati pasangan anda.
Jika ada sebarang ketidakpuas hatian anda terhadap pasangan. Jangan bersikap panas untuk terus menghembur pasangan. Sebaliknya, tarik nafas dan cuba bicara berdua di dalam nada yang lembut supaya pasangan anda tidak rasa tercabar dengan pendapat serta luahan anda mengenai perasaan rasa tidak puas hati tersebut. Hormat suami sebagai ketua keluarga. Serta hormat isteri sebagai peneman serta ibu kepada anak-anak anda.
2) Luahkan rasa cinta anda terhadap pasangan setiap hari
Tahukah anda, dengan hanya mengatakan anda sayang dan cinta itu telah boleh merubah hati yang suram kepada hari yang indah dan penuh dengan bunga-bunga? Rendahkan ego dan rasa malu. Katakan pada pasangan bertapa indahnya hidup anda memilikinya sebagai teman hidup. Pujilah jika mereka tampak kacak dan cantik dari hari biasa. Jangan segan untuk berjalan berpegang tangan ketika berjalan berdua di luar. Kerana dengan luahan ini, telah menjadikan hubungan anda dan pasangan penuh dengan bunga cinta.
3) Hargai pasangan anda
Mungkin setelah sekian lama bersama, 1001 perangai pasangan anda telah anda ketahui. Sesungguhnya tiada insan sempurna di dalam dunia. Jika ada sebarang rasa negative, gantikan fikiran dengan fikirkan perkara baik dan positive yang telah dia dan anda lakukan bersama, atau yang telah dia lakukan untuk anda. Jangan cuba mengubah seseorang. Nilai dan pandanglah diri sendiri terlebih dahulu di dalam cermin, buat penilaian diri. Layakkah anda mengubah pasangan anda? Hargai kehadiran mereka. Ucap terima kasih dengan setiap apa dilakukan dan sentiasa memberikan kata cinta supaya dengan ini mereka rasa dihargai dan kewujudan mereka disedari. Jika anda mempunyai rezeki lebih, berikan pasangan hadiah tanda terima kasih anda kerana kehadirannya di dalam hidup anda.
4) Komunikasi antara pasangan
Oh wanita mahupun lelaki, keduanya mempunyai ego tersendiri. Siapa kata ego lelaki tinggi? Perempuan tidak terkecuali. Jadi, untuk menjadikan perkahwinan anda dan pasangan indah dan bahagia, terapkan nilai hormat di dalam diri masing-masing. Jangan sesekali meninggikan suara untuk menunjukkan siapa benar dan siapa salah. Dan di dalam perkahwinan juga tiada istilah anda adalah boss. Meskipun suami adalah ketua keluarga. Tetapi kaum Adam harus peka, dengan kuasa yang anda ada, jangan tersalah guna. Untuk kaum Hawa pula, jangan mudah marah dan menyalahkan pasangan. Komunikasi amat perlu untuk membantu anda dan pasangan saling memahami antara satu sama lain. Luahkan rasa anda supaya tiada apa yang terpendam di dalam hati. Jika pasangan anda mempunyai masalah, jadilah bahu dan telinga mereka. Dengar setiap apa yang mereka luahkan, nasihat jika perlu.
 http://koleksicikgusuraya.blogspot.my/
5) Wujudkan suasana romantik di rumah
Kebersihan amat lah penting. Bersihkan rumah anda. Jika ada kelapangan, ajak pasangan anda bersama lakukan aktiviti mesra di rumah. Seperti masak bersama, kemas rumah bersama dan lain-lain lagi. Kepada kaum Hawa, jagalah kebersihan suami anda. Kebersihan diri mereka. Makan, pakaian serta kebersihan diri seperti rambut, wangian badan, jambang dan etc. Gunakan panggilan mesra antara anda dan pasangan di mana sahaja anda berada. Supaya rasa sayang itu sentiasa ada di dalam setiap kata dan perbualan anda.
Ini antara tips yang boleh admin kongsikan agar anda dan pasangan lebih bahagia. Paling penting, pasangan haruslah pandai memainkan peranan masing-masing dan mengetahui tanggungjawab yang digendong. Kebahagiaan hubungan anda sebenarnya terletak pada anda sendiri. Jangan berhenti mencuba jika anda rasakan rasa mesra dahulu, yang pernah anda rasa telah hilang. Teruskan mencuba. Paling utama, jangan putus berdoa kepadaNya. Kerana Dia Maha Kuasa, Maha Mengetahui. Kepada pasangan yang baru sahaja melayari bahtera cinta, rasa kasih dan sayang yang membuak-buak di mana anda merasakan dunia ini hak milik anda, jangan terus hilang rasa itu. Pegang dan kunci rasa itu, biar selamanya begitu.
Percayalah, anda mampu bahagiakan hubungan anda! Semoga berjaya!
kredit: Mya Zulkifli
 http://koleksicikgusuraya.blogspot.my/

TIP KULIT GEBU & SIHAT SIHAT


Tiada masa untuk melakukan rawatan kulit di pusat pakar kecantikan? Anda masih boleh memanjakan kulit anda dengan penjagaan kulit yang mudah. Kulit dan gaya hidup yang sihat boleh melambatkan proses penuaan kulit dan sekaligus mengelakkan dari masalah kulit. Ketahui tip mudah ini untuk menjaga kulit agar kekal cantik dan muda.

Lindungi kulit dari sinaran matahari
Kulit yang terdedah pada sinaran matahari berisiko untuk mendapat kedutan pada kulit, bintik hitam tanda penuaan dan banyak lagi masalah lain. Bahkan boleh meningkatkan risiko kanser kulit. Jadi, sebelum anda keluar dari rumah pastikan anda memakai krim pelindung dari sinaran UV matahari dengan sekurang-kurangnya SPF15. Elakkan dari terdedah pada sinaran matahari terik pada jam 10 pagi hingga 2 petang. Guna pakaian yang menutup kulit sepenuhnya sebagai pelindung tambahan.

Henti merokok
Rokok menyebabkan kulit lebih cepat tua dan menyebabkan kedutan pada kulit. Ia juga menjadi punca kepada saluran darah pada lapisan kulit paling atas mengecil dan aliran darah turut menjadi perlahan. Jika anda seorang perokok dan mengimpikan kulit yang cantik serta tidak bermasalah, cara paling baik adalah hentikan tabiat merokok sepenuhnya.


Belai kulit sebaiknya
Cuci setiap hari dan cukur segala rerambut yang tumbuh pada wajah membantu dalam mengelakkan masalah kulit. Untuk mengekalkan keanjalan kulit, amalkan dengan mandian air suam dan tidak terlalu panas. Ini kerana ia boleh mengelakkan masalah kulit berminyak. Bercukur dengan berhati-hati agar tidak mencelakan kulit. Jika anda mengalami masalah kulit kering, gunakan pelembap kulit dengan SPF sesudah mandi.

Diet sihat
Pemakanan yang baik dan sihat menjamin kulit yang cantik dan kesihatan yang baik. Banyakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran. Jika anda seorang yang mudah mendapat masalah jerawat, kerapkan pengambilan Vitamin C dan kurangkan pengambilan lemak.

Elak stres
Stres yang tidak terkawal boleh menyebabkan kulit menjadi lebih sensitif dan jerawat mula mengambil tempat pada kulit wajah. Untuk menggalakkan kulit dan kesihatan yang baik, ambil langkah untuk mengurangkan stres anda agar tidak memberi kesan kepada kesihatan kulit dan tubuh badan.

20 TIPS HIDUP SIHAT

20 TIPS HIDUP SIHAT


1. Berhenti merokok. Merokok boleh menyumbang kepada pelbagai masalah kesihatan seperti batuk akibat merokok, masalah pernafasan, masalah hati, hipertensi dan kanser. Sukar untuk berhenti? Lakukannya demi orang tersayang kerana perokok pasif juga mengalami kesan yang sama! Berhenti merokok akan memperbaiki kesihatan dan menjimatkan wang anda.
2. Tarik nafas dalam-dalam. Kira hingga sepuluh sebelum anda hilang sabar atau naik berang. Kurangkan stres dengan senaman, meditasi dan yoga. Ajaklah seseorang untuk menemani anda.
3. Flos gigi anda. Ia menghapuskan nafas berbau, mengelakkan plak serta meningkatkan keyakinan diri. Pengambilan bakteria baik Lactobacillus acidiphilus NCFM® setiap hari membantu mengimbangi mikroflora usus, memperbaiki penghadaman dan nafas berbau.
4. Untuk meningkatkan kesihatan seksual, kombinasi horny goat weed dengan damiana, withania, ginseng, gingko, muira puama dan puncture vine boleh diambil sebagai suplemen. Horny goat weed meningkatkan keinginan seks, manakala ginko dan ginseng melegakan keletihan dan stres untuk kesihatan seksual yang lebih baik.
5. Sekiranya anda sudah menopaus, ketahui ketumpatan jisim tulang dengan membuat pemeriksaan status tulang di farmasi. Ketumpatan tulang yang rendah mengakibatkan osteoporosis dan meningkatkan risiko keretakan tulang. Walau bagaimanapun, masih belum terlewat untuk mengambil kalsium, magnesium, zink, mangan dan vitamin D untuk mengekalkan kesihatan tulang. Gabungkan dengan asid lemak perlu omega-3 dan omega-6 untuk kesan yang lebih baik!
6. Mengalami kesan menopaus? Ambil suplemen yang menggabungkan black cohosh, red clover, dong quai, soya dan sage setiap hari untuk melegakan ketidakselesaan. Untuk keseimbangan hormon dan meringankan sindrom prahaid, ambilah vitex dengan minyak evening primrose setiap hari. Ia mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan!
7. Kajian menunjukkan pengambilan zink membantu mengekalkan kesihatan prostat. Zink mengandungi lebih daripada 300 enzim yang diperlukan untuk membaiki luka dan mengelakkan parut. Pengambilan zink sebanyak 15mg sehari bermanfaat untuk menguatkan akar dan mengelak keguguran rambut. Zink boleh diperolehi daripada daging merah, ayam, tiram, kekacang, bijian, sesetengah makanan laut, bijirin penuh dan makanan bijirin yang diperkaya.
8. Banyakkan minum air untuk menahan selera makan anda. Anda mungkin kehilangan berat badan kerana ia mengurangkan pengambilan makanan. Minum sekurang-kurangnya 2 liter atau lapan gelas air sehari untuk memastikan tubuh dapat berfungsi dengan baik. Air membantu membersih dan membuang toksik dan mengekalkan kecantikan kulit.
9. Tidak mengambil sarapan atau mengurangkan pengambilan kalori tidak membantu mengawal berat badan dalam jangka panjang. Ambil sarapan secara sihat dan makan malam yang ringan kerana metabolisme memuncak pada waktu pagi dan menurun menjelang malam.
10. Ambil perhatian semasa memasak atau makan di luar. Elakkan daripada mengambil makanan bergoreng dan karbohidrat ringkas. Pilihlah salad, mi sup, sayuran atau bubur ikan, buah-buahan dan teh herba.
11. L-karnitina, kompaun menyerupai vitamin menghalang pengumpulan lemak badan dan membantu mengurangkan lemak tanpa kesan sampingan. Ia cara sihat untuk mengurangkan berat badan dan kekal sihat.
12. Pilihlah untuk menaiki 50 anak tangga berbanding eskalator. Ia juga mampu melegakan stres. Mulakan dengan berjalan selama 50 minit sehari.
13. Setiap sejam bekerja, ambil 5 minit rehat dengan membuat regangan, berjalan atau bermeditasi. Cara itu boleh meningkatkan aktiviti fizikal dan produktiviti serta rasa lebih baik sepanjang hari. Vitamin B juga membantu mengekalkan tenaga dan meningkatkan prestasi di tempat kerja.
14. Apabila keluar membeli-belah, letakkan kenderaan anda sejauh mungkin. Gunakan kesempatan untuk berjalan.
15. Sebelum bangkit dari katil pada waktu pagi, lakukan 5 kali senaman perut. Tambahkan bilangannya setiap hari sehingga mencapai 50. Selain membakar lemak, otot abdomen anda menjadi padat dan cantik .
16. Senaman adalah cara terbaik menyingkir toksik secara semula jadi yang sama penting dengan diet yang baik. Tambahkan probiotik, spirulina organik, milk thistle & dandelion ke dalam diet anda untuk kesan pembersihan yang lebih baik.
17. Berjalan adalah senaman terbaik dan mudah untuk mengelakkan osteoartritis. Manfaatnya termasuklah menguatkan otot kaki, pinggul dan torso, memperbaiki keanjalan dan postur serta menguatkan tulang
18. Lakukan aktiviti berkumpulan dengan memilih tempat yang memberi intensiti dan ketahanan lebih tinggi setiap aktiviti bagi meningkatkan stamina seperti Institut Kajian Perhutanan Malaysia (FRIM). Kumpulan 3-4 orang sesuai untuk mengeratkan hubungan selepas sibuk bekerja. Lakukannya sambil mendengar muzik, mungkin membuatkan anda lebih bersemangat.
19. Berjalan menggunakan pedometer untuk mengira langkah mungkin lebih menyeronokkan. Ia dipakai pada tali pinggang sepanjang hari dan akan menunjukkan jumlah kalori yang dibakar selepas berjalan.
20. Senaman berterusan membantu mengawal obesiti yang menyumbang pelbagai penyakit seperti jantung, diabetes, peningkatan paras trigliserida dan sakit sendi. Mengekalkan kecergasan dan berat badan sihat membantu memanjangkan jangka hayat dan meningkatkan kualiti kehidupan.