Kecoh! Pasangan yang bercumbu dalam video viral bukan guru - Mahdzir

Astaghfirullahalazim! Mengucap panjang apabila ternampak video ‘panas’ berdurasi 8 minit di antara guru besar dan cikgu yang tersebar meluas di laman media sosial.
Dalam rakaman video tersebut, menunjukkan rakaman di dalam sebuah pejabat sekolah dengan guru besar lelaki bangun sambil memegang sekeping kertas datang mendekati guru perempuan tersebut. Kononnya, menyerahkan kertas tersebut kepada cikgu perempuan terbabit. Tapi lain jadinya, dia kemudiannya mula memeluk dan bercumbu dengan cikgu tersebut.

Bagaimanapun, netizen mendakwa video tersebut yang kelihatan seoleh dirakam di dalam sebuah pejabat sekolah adalah video lama yang telah disebarkan semula.
“Ini cerita dah lama sangat-sangat… kenapa diulang tayang semula, nak aibkan orang ini lagi ke? Sekarang tukar tajuk pula, dulu kata pekerja pejabat sekarang jadi guru besar pula,” dakwa seorang pengguna Facebook Mohd Najib Mohd Jaafar.
Dakwaan tersebut turut disokong pengguna Facebook, Faris Alfarisi: “Aalah, video lama dari aku matriks lagi ni… Entah hidup lagi ke tak org tua ni.”
“Video dah bapak lama dari zaman aku belajar dekat universiti baru nak viral sekarang? Entah hidup ke tak lagi orang tua tu… Dah dekat 10 tahun rasa video ini,” tambah Ahmad Azfar.
Manakala seorang lagi berkata, “Betul ke headmaster (guru besar)? Jangan tuduh melulu fitnah jadinya, kalau ikutkan ini bukan cara berpakaian seorang headmaster, headmaster ada etika berpakaian. Lagi satu ruang pejabat bukan bercirikan ruang pejabat sekolah, kualiti video pun macam zaman tok kadok (lama).”
guru-screen
guru-screen-2
guru-screen-3
Aksi berkenaan yang didakwa dirakam oleh lelaki dalam video itu bagaimanapun sehingga hari ini tidak dapat dipastikan kesahihan dan lokasi sebenar kejadian.
Berikutan itu, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menggesa agar satu siasatan dalaman dilakukan bagi memastikan kesahihan dakwaan dua individu terbabit adalah guru.
Presidennya, Kamarozaman Abd Razak dipetik Berita Harian sebagai berkata, perbuatan sumbang itu amat memalukan dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) tidak boleh berdiam diri.
“Jika betul, ia memang memalukan. Bagi peringkat awal, siasatan dalaman perlu dilakukan membabitkan sekolah dan PPD.
“Kita ada pegawai aduan di peringkat PPD yang akan ke sekolah bagi membuat siasatan dakwaan itu,” katanya dipetik akhbar tersebut, semalam.
Video itu mula disebarkan oleh seorang pemilik akaun Facebook 15 September yang lalu.

KUALA LUMPUR: Siasatan ke atas video, yang kononnya memaparkan sepasang guru bercumbu di sekolah seperti yang diviralkan di laman sosial, didapati tidak melibatkan golongan guru.

Video itu juga tidak melibatkan warga kerja mana-mana institusi di bawah Kementerian Pendidikan, kata menteri berkenaan Datuk Seri Mahdzir Khalid hari ini.

Beliau berkata rakaman video itu dipercayai dibuat lapan tahun lepas di pejabat sebuah ladang di Segamat, Johor.

"Bagaimanapun kementerian akan terus menjalankan bagi mengenal pasti mereka yang terlibat dalam video itu," katanya dalam catatan terbaharu dalam laman Facebook dan Twitter beliau. -- BERNAMA

0 ulasan :

Post a Comment