Jangan bawa anak dara anda kesini !!

16 gadis disahkan mengandung selepas mandi dikolam ini

Fakta ke auta?

Pelajar lebih pandai jika miliki guru menarik

Suami-suami diluar sana, jangan sampai isteri jadi macam ni

Lagi pengakuan isteri curang, tertarik aku pada seorang duda

Tips kulit gebu dan sihat

Tiada masa untuk melakukan rawatan kulit di pusat pakar kecantikan?

20 tips hidup sihat

Mengekalkan kecergasan dan berat badan sihat membantu memanjangkan jangka hayat

Showing posts with label VIDEO VIRAL. Show all posts
Showing posts with label VIDEO VIRAL. Show all posts

Takut dicekup Jais, 2 anggota polis terjun bangunan, seorang meninggal

Seorang anggota polis Balai Polis Bukit Jalil, di sini, maut manakala seorang lagi parah selepas dipercayai cuba melarikan diri daripada diperiksa pegawai pencegah maksiat di dua lokasi berasingan awal pagi tadi.

2 anggota polis terjun bangunan
Dalam kejadian pertama, pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu satu unit kediaman di tingkat empat sebuah pangsapuri di Pandan Perdana, jam 3 pagi.

Bagaimanapun, sebaik memasuki kediaman berkenaan, pegawai JAIS menemui seorang wanita di dalam sebuah bilik dengan satu tingkapnya didapati terbuka dengan seorang lelaki didapati terbaring di bawah pangsapuri berkenaan.

Hasil siasatan, wanita berkenaan mengakui lelaki berkenaan kekasihnya yang bertindak sedemikian terjun kerana bimbang ditangkap penguat kuasa JAIS.

Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Ampang sebelum disahkan meninggal dunia jam 6.45 pagi.

Dalam satu lagi pemeriksaan, seorang anggota polis cedera selepas dipercayai turut terjun dari sebuah pangsapuri sewaktu pemeriksaan JAIS di Taman Puchong Perdana.

Identiti anggota polis berkenaan bagaimanapun belum diketahui dan keadaannya kini dilaporkan kritikal.

Sementara itu, Pengarah JAIS, Datuk Haris Kasim, mengesahkan kejadian berkenaan namun enggan mengulas sehingga siasatan sepenuhnya dijalankan.


Sumber: BH Online

Pencuri bercoli akhirnya ditangkap dan direman 3 hari

Empat wanita, digelar pencuri bercoli  yang menyembunyikan produk kecantikan di dalam pakaian dalam dan beg tangan mereka direman selama tiga hari.

Mereka yang disyaki mencuri di sebuah butik di Parit Raja, di sini, minggu lalu ditahan pada 8 malam tadi, kata ketua polis daerah Batu Pahat seperti dilapor Berita Harian.

Pencuri bercoli akhirnya ditangkap dan direman 3 hari
BATU PAHAT, 6 Dis — Kerana inginkan barang kecantikan “percuma”, sekumpulan wanita muda mencuri di sebuah kedai di Parit Raja di sini, termasuk menyoroknya di dalam coli.

Kegiatan empat gadis itu, yang digelar “pencuri bercoli”, terbongkar melalui rakaman kamera CCTV butik kecantikan tersebut dan kini menjadi buruan polis, lapor Sinar Harian.

Keratan-keratan video kegiatan mereka juga tersebar meluas di Facebook sejak kelmarin. Hampir 10,500 pengguna media sosial berkongsi video kes curi itu yang dianggap memeranjatkan.

Pengurus kedai itu Jalina Othman berkata seorang daripada mereka berpura-pura membeli satu produk, manakala tiga lagi ambil kesempatan mencuri barangan kosmetik.

“Namun, apa yang lebih memeranjatkan kami adalah barangan curi itu kemudiannya disorok dalam coli mereka dan pekerja saya hampir menangis kerana tidak percaya apa yang dilihat mereka,” katanya seperti dilapor.

Empat wanita itu datang ke butik pada waktu lewat petang minggu lepas ketika hanya seorang kakitangan Blackcube Rich bertugas, tambahnya. Kakitangan itu tidak sedar kecurian ketika melayan seorang daripada mereka, kata Jalina lagi.

Pemilik butik Nurul Atiqa Abu Rahim, 26, membuat aduan polis malam Ahad selepas meneliti rakaman CCTV berkenaan, lapor portal Berita Harian.

“Kakitangan saya akan mengira stok barangan di butik setiap hari dan mereka terkejut apabila mendapati kehilangan produk kecantikan bernilai sehingga RM2,000 pada 30 November lalu.

“Selepas meneliti semula rakaman, saya dapati empat gadis itu mencuri puluhan produk kecantikan dengan memasukkannya ke dalam coli serta beg tangan,” katanya kepada portal itu.

“Gadis yang memasukkan produk kecantikan ke dalam colinya sanggup berulang-alik ke kereta bagi mengeluarkan hasil curi sebelum kembali ke dalam butik dan mengulangi perbuatan itu.”

Ketua polis daerah Batu Pahat ACP Abdul Wahib Musa berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan, lapor Sinar Harian lagi.

“Keempat-empat suspek sudah dikenal pasti dan siasatan awal mendapati mereka bersaudara,” katanya kepada Berita Harian pula.

ABANG KUCING CABAR KEJANTANAN JAMAL



Jadilah anak jantan dan buat benda yang betul - itu mesej yang disampaikan sekumpulan 'pejuang' yang mencabar ketua Baju Merah untuk beradu kekuatan secara budiman.

Menggelarkan diri mereka Gabungan Pejuang Rakyat Demi Negara, jurucakap kumpulan itu Sharul Nizam Abdul Rahim berkata tujuan utama mereka membuat cabaran itu adalah untuk menegaskan pendirian mereka terhadap aktiviti membuli.

Katanya awal bulan ini dia pernah melontarkan cabaran kepada Jamal tetapi sehingga kini tidak ada reaksi daripada ketua Umno Sungai Besar itu.

Cabaran sama, katanya, dibuat kepada orang kanan Jamal, Razali Zakaria.



"Saya atas nama Abang Kucing Antibuli menyusun wira rakyat untuk mencabar Datuk Seri Jamal Yunos masuk dalam gelanggang (dan beradu kekuatan).

"Daripada bergaduh macam samseng, saya nak ubah jadi pergaduhan yang sah," katanya pada sidang media di Kota Damansara, Selangor hari ini.

Jamal sebelum ini aktif menggerakkan kumpulan Baju Merah mengekori konvoi BERSIH menjelang perhimpunan BERSIH5 di Kuala Lumpur pada 19 November lalu.

Beberapa insiden kekasaran tercetus membabitkan pengikutnya dan penyokong BERSIH.

Ada antara insiden itu malah melibatkan kekasaran kepada wartawan dan jurugambar.

Jamal turut diingati kerana memberi pelbagai amaran dan ancaman termasuk terhadap Malaysiakini.

Sebelum BERSIH5 berlangsung Jamal dan beberapa penyokongnya memuat naik klip video menunjukkan kehebatan mereka bersilat serta menahan pukulan kayu serta pedang.

Buktikan kekuatan dalam gelanggang

Sharul Nizam berkata Jamal dan penyokongnya sering membuli wanita dan orang tua yang tidak berdaya mempertahankan diri.

"Saya berkelana dari Semenanjung Malaysia hingga Sabah, Sarawak, susun barisan pejuang yang sanggup bertarung lawan Jamal.

"Abang Kucing beri masa sebulan kepada Jamal untuk jawab. Kalau jawapan dia ya, kita boleh bina gelanggang yang sah (untuk bertarung)," katanya.

Ditanya bagaimana pendirian mereka jika Jamal menolak cabaran itu, Shahrul Nizam berkata: "Kalau tak jawab (cabaran), cukuplah sampai di sini. Jangan tunjuk samseng lagi."

Jika bersetuju kata Shahrul Nizam, Jamal bukan saja bebas memilih lawannya malah dibenarkan memilih jenis seni bela diri yang akan digunakan, sama ada silat, tinju, tae kwan do atau sebagainya.

Sementara itu seorang daripada calon lawan Jamal yang memperkenalkan dirinya sebagai Alexander berkata dia sedia berdepan dengan ahli politik itu bersendirian atau beramai-ramai.

"Saya bukan samseng. Saya pencinta haiwan tetapi saya terima cabaran (untuk bertarung dengan Jamal)," katanya yang berasal dari Sabah.

Ada kira-kira 200 'pejuang' hadir semasa sidang media itu dan setiap seorang mendapat latihan seni bela diri yang pelbagai.

Ketua mereka, Datuk Seri Zaienal Abidin Omar berkata beliau dihubungi untuk membantu menganjurkan perlawanan berkenaan dan bersetuju selepas memikirkan ia adalah langkah yang sesuai menghadapi taktik Jamal yang membuli orang lain.

"Cabaran Abang Kucing ini mesti disahut Jamal untuk dia membuktikan kekuatan, kekebalan dia dalam gelanggang," katanya.

Sumber: malaysiakini

‘Makan nak, bayar tak nak’



SUNGAI BESAR - “Adik, akak pergi bank dulu ya, akak lapar sangat tadi...nanti akak datang sini bayar,” itu antara kata-kata salah seorang daripada suspek wanita yang menggunakan taktik untuk menikmati makan tengah hari percuma di sebuah kedai makan di sini, kelmarin.

Bagaimanapun, taktik dua wanita itu kantoi apabila pengusaha kedai makan itu sempat mengesyaki mereka cuba menipu selepas terbaca status di Facebook salah seorang pengusaha kedai makan lain mendakwa ditipu pelanggan dengan pelbagai alasan untuk menjamah makanan percuma.

Pengusaha Restoran S Solinada, Norazlina Salim, 34, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 11.30 tengah hari itu, dua pelanggan terbabit berpura-pura mesra dan mengenali arwah bapanya.


“Seorang daripada mereka tanya saya ni anak sidang (pengerusi jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung persekutuan) ke? Saya cakap ya, dan kemudian mereka hanya tersenyum.

“Lepas setengah jam mereka makan kat kedai saya, tiba-tiba dia cakap makcik tak sempat nak ambil duit dan bila saya dengar dia kata macam tu, saya teringat status Facebook seorang pengusaha kedai makan yang turut ditipu dengan taktik yang lebih kurang sama,” katanya.

Norazlina berkata, selepas berbincang dengan ibu dan beberapa pekerja lain, mereka tetap berkeras meminta supaya dua wanita terbabit membayar bil makanan dan minuman berkenaan.

“Hairan juga saya sebab salah seorang keluarkan RM20 dan lepas saya pulangkan baki mereka terus beredar dari kedai ini,” katanya.

Seorang lagi pengusaha kedai makan, Intan Suhaila Abd Hair, 35, mendakwa, pasangan muda yang singgah di kedai makannya itu sempat melarikan diri selepas membuat pesanan pelbagai jenis makanan.

Menurutnya, pasangan itu kelihatan mesra seperti pasangan kekasih duduk berhampiran kaunter bayaran dan sempat berbual dengan adiknya, Intan Hidayah, 31.

“Mereka tanya adik saya, kat mana bengkel kereta di sini sebab kereta mereka rosak. Tapi, peliknya mereka naik motosikal datang ke kedai makan kami.

“Lepas tu perempuan tu pura-pura ke kaunter kononnya nak buat bayaran, tapi tiba-tiba kata dompet tertinggal dalam kereta dan minta adik saya tunggu sebentar.

“Tapi tengah adik saya sibuk dengan pelanggan lain, mereka terus larikan diri,” katanya.

Intan Suhaila berkata, adiknya itu sempat merakam gambar lelaki dan wanita terbabit semasa menaiki motosikal setelah beredar dari kedai berkenaan.

“Sejak kebelakangan ni, banyak kes sama berlaku di sini membabitkan peniaga kedai makan. Saya harap peniaga kedai makan lain lebih berhati-hati selepas ini,” katanya.

Video Viral: MBSA Arah Kakitangannya Tarik Balik Laporan Polis, Dakwa Hanya Salah Faham Berkaitan Uniform




Video viral kononnya penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dihalang dari menjalankan tugas oleh pasangan Cina semalam, dipercayai akan diselesaikan dengan baik.


ADUN Seri Kembangan dari parti DAP yang mewakili pasangan tersebut YB Ean Yong Hian Wah yang mewakili pasangan tersebut, dikhabarkan telah menawarkan sejumlah ganti rugi sebagai pampasan kepada penguatkuasan wanita MBSA yang berkenaan.

Hal ini menurut sumber, adalah salah faham berikutan pasangan berkenaan keliru dengan pakaian seragam yang digunakan anggota MBSA berkenaan, yang menurut pasangan berkenaan sama seperti pakaian seragam badan beruniform sekolah.


Oleh yang demikian, menyangkakan pelajar sekolah cuba bergurau dengan memberikan saman, pasangan berkenaan juga bergurau semula tanpa menyedari mereka adalah penguatkuasa MBSA yang sebenarnya.

Justeru, MBSA juga atas arahan kerajaan negeri, telah mengarahkan kakitangan penguatkuasaan yang berkenaan untuk menarik balik laporan polis yang telah dibuat dan sebagai kakitangan kerajaan negeri, mereka wajib mematuhi arahan tersebut atau tindakan tatatertib dikenakan.

Hal ini akan diselesaikan secara dalaman tanpa perlu campur tangan pihak polis. MBSA juga akan menukar pakaian seragam anggota penguatkuasanya untuk mengelakkan salah faham.

Sumber: negarapakatanrakyat

Warga Pakistan Kantoi Rogol Gadis Melayu Dibelasah Oleh Keluarga Mangsa Di Puncak Alam!



Selangor - Foto Warga Pakistan Kantoi Rogol Gadis Melayu Dibelasah Oleh Keluarga Mangsa Di Puncak Alam!

Inilah Wajah pemotong rumput berbangsa Pakistan yang ditangkap oleh penduduk di Puncak Alam dekat Petronas semalam kerana memperkosa seorang gadis melayu.

Mengikut maklumat, warga Pakistan yang ambil upah memotong rumput telah mencabul dengan memeluk erat seorang anak dara tuan rumah selepas menerima bayaran.

Seperti diceritakan, 5 warga Pakistan ni telah menghalang kereta cara samseng ahli keluarga yang mencari Pakistan ini.

Warga Pakistan ini memegang kayu dan memukul 2 lelaki melayu sambil memetik yang mereka adalah 3 line.

Pergaduhan ini melibatkan orang awam Puncak Alam yang tidak menyukai sifat buruk pekerja asing ini yang mencabuli remaja dan berlagak samseng, menurut sumber di laman sosial.





Video Penampakan Haiwan Purba Gemparkan Rakyat China



Video Penampakan Haiwan Purba Gemparkan Rakyat China|Satu Viedo penampakan haiwan yang banyak di tulis dalam mitologi kuno (Naga) Telah membuat negara China gempar.

Tanah naga merah china,diberi nama itu konon dalam cerita banyak naga bersarang di antara bukit bukit itu.

Diketahui populasi naga telah pupus dan tidak dipercayai wujudnya binatang ini,namun baru baru ini seorang individu mendakwa bahwa dia melihat sesuatu menyerupai seekor Naga di lagit bukit tanah merah naga China.

Menerusi saluran youtube apextv video berdurai 5 menit lebih itu menjadi perhatian pengguna media sosial.

“Ada mahluk terbang di atas langit luas,sayapnya lebar dan berwarna gelap,tertangkap di China “katanya.

Bagainamapun reaksi natizen mendakwa ia adalah burung gergasi sejenis Dinosaurus pterodactyl.

Beberapa orang juga menafikannya dan mengatakan video itu adalah hasil daripada kecanggihan teknologi.

Namun di akhir video Yang di tonton lebih dari 2 juta berkenan, mahkluk serupa juga pernah terlihat di langit Pennsylvania ,Adakah ia mahluk yang sama?

Anda boleh lihat sendiri videonya di bawah. 




Kredit: eberita

Security Guard Berdarah Hidung Bukan Di Tumbuk Tetapi Terpandang Wanita Bogel Berkeliaran Di Kawasan Mydin



http://takcubarugi.blogspot.my/

KITA dikejutkan lagi dengan video wanita bogel yang berkeliaran di kawasan Mydin. Wanita tersebut berkemungkinan besar berketurunan Cina. Kelihatan pengawal keselamatan cuba menyuruh beliau beredar dari kawasan khalayak ramai tersebut.

Setakat ini kami masih belum mengetahui sebab sebenar wanita tersebut berkeliaran dalam keadaan bogel. Berita selanjutnya menyusul kemudian.

Sumber: PRU14.tv

http://takcubarugi.blogspot.my/

http://takcubarugi.blogspot.my/

http://takcubarugi.blogspot.my/

 http://koleksicikgusuraya.blogspot.my/2016/08/apa-kata-ustaz-wajib-berubat-untuk.html


BIADAB!! Hati-Hati, Penunggang Motosikal Raba Punggung Wanita Berjalan Kaki Di Kawasan...


http://takcubarugi.blogspot.my/

Sangat biadap, itulah salah satu ungkapan yang boleh digambarkan dengan beberapa keping gambar yang menunjukkan tindakan seorang lelaki meraba punggung wanita di tepi jalan.

Gambar berkenaan dikatakan telah diambil di Jalan Besar Kampung Jejawi Perlis pada ahad lalu.

Lelaki berkenaan yang melalui jalan tersebut telah mengganggu wanita-wanita berkenaan yang dipercayai warga Vietnam sebelum bertindak meraba punggung mereka.

Mangsa yang berjalan dengan rakan-rakannya nyata terkejut selepas lelaki itu menggenggam punggungnya.

Lelaki berkenaan yang melakukan perbuatan keji itu meneruskan atau beredar tanpa rasa bersalah seperti tidak berlaku apa-apa.


http://takcubarugi.blogspot.my/

Saksi yang merakam gambar berkenaan bertindak memecut kenderaannya untuk menghampiri lelaki berkenaan untuk mengambil gambarnya.

Tujuan mengambil gambar adalah untuk mengetahui identiti lelaki tersebut supaya senang untuk sebarang tindakan undang-undang diambil nanti.

Kanak-Kanak Dipenggal, Dijadikan Korban Oleh Bomoh Untuk Upacara Cari Telefon Hilang



Satu kejadian mengerikan berlaku di negara India.


Seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun ditemui kepala dipancung dan tangan dipotong dipercayai dijadikan korban oleh empat individu untuk ‘memujuk dewa’ hanya kerana mencari telefon yang hilang.


Difahamkan, telefon bimbit itu adalah kepunyaan anak perempuan salah seorang dari empat individu tersebut.

Insiden mengejutkan itu berlaku di kampung Ratanpur, daerah Charaideo di timur Assam.

Pengorbanan itu didakwa dijalankan oleh seorang lelaki yang dikatakan bomoh.

Polis telah menahan dua dari empat suspek kejadian ini. dia lagi masih diburu.

Kejadian terbongkar apabila mayat mangsa, Sunu Godba yang hilang sejak 24 Okt lalu ditemui di kawasan perkampungan itu.

Selain mayat kanak-kanak itu, turut ditemui barang-barang pemujaan di rumah suspek.

Polis mengesahkan seorang bomoh ada mengujungi rumah terbabit untuk melakukan pemujaan terbabit.

Ini kenyataan polis:

“Kami dimaklumkan bahawa seorang bomoh telah datang ke kampung itu untuk mendapatkan kembali telefon yang sudah hilang. Namun apabila kami terima laporan dari keluarga kanak-kanak perempuan itu tentang kehilangannya, bomoh itu sudah pergi.

“Kini, kami sedang mencarinya dan suspek seorang lagi. Kami akan menahan mereka tidak lama lagi”

Mayat kanak-kanak itu sudah dihantar ke hospital untuk bedah siasat. -PENMERAH

Foto 4 Kembar Seiras Dengan Rambut Yang Unik Tarik Perhatian Dunia

http://takcubarugi.blogspot.my/

Dari kiri: Jiang Yunlin (4), Jiang Yunlong (1), Jiang Yunhan (3) dan Jiang Yunxiao (2).

Sering keliru sebab utama ibu kepada empat orang kembar seiras, Tan Chayoun telah bertindak mencukur rambut kesemua anaknya. Ini bukan jenis cukur rambut biasa-biasa tau, ni memang luar biasa.

Setelah beberapa kali gagal untuk membezakan mereka, maka tercetuslah idea untuk mencukur rambut mereka dengan membentuk angka dari satu hingga empat.

Foto unik empat kembar seiras ini telah mendapat perhatian dunia, rata-rata bercerita tentang betapa lucunya mereka.

Kreatif jugalah mak budak ni.

http://takcubarugi.blogspot.my/

Wanita Leka Selfie Bontot, Tak Sedar Aksi Dirakam

http://takcubarugi.blogspot.my/

SEBUAH video amatur berdurasi satu minit memaparkan seorang wanita sedang leka merakam gambar bontotnya dengan mengunakan sebuah telefon bimbit.

Menerusi klip yang dimuat naik itu, wanita yang tidak diketahui identitinya dilihat berdiri di belakang sebatang pokok sebelum bertindak menyelak baju.

Dia kemudian melondehkan seluar yang dipakainya hingga menampakkan seluar dalam dan sebahagian pinggulnya.

Tidak terhenti di situ, wanita berkenaan dilihat merakam aksi bontotnya beberapa kali seolah-olah obses dengan ‘aset’ yang dimilikinya.

http://takcubarugi.blogspot.my/

Oleh kerana terlalu asyik merakam gambar seksinya untuk mendapatkan posisi yang terbaik, mangsa tidak menyedari bahawa aksi ghairahnya turut dirakam oleh seorang individu tidak dikenali melalui sebuah tingkap.

Setelah selesai merakam aksi lucahnya, wanita itu kembali membetulkan pakaiannya dan berlalu meninggalkan tempat tersebut.

Video pendek yang dimuat naik oleh laman Mirror itu tidak menyatakan di mana dan bila kejadian itu berlaku, namun hanya menyatakan ia dirakam di sebuah taman awam.

SUMBER: MYNEWSHUB.CC

Mesin ATM Rosak Muntah RM10,000 (VIDEO)


http://takcubarugi.blogspot.my/

PETALING JAYA: Satu rakaman kamera keselamatan yang menunjukkan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) mengeluarkan beratus-ratus keping duit kertas, tersebar dalam laman sosial.

Dalam rakaman selama 17 saat yang dimuatnaik dalam laman perkongsian video YouTube itu, seorang lelaki muda yang memakai topi dan berpakaian kasual terkejut melihat ATM berkenaan mengeluarkan kepingan duit yang banyak.

Kemudian dia melihat keadaan sekeliling sebelum membongkok dan mengaut duit terbabit yang dipercayai berjumlah RM10,000.

Lokasi dan tarikh sebenar kejadian tidak diketahui dan tidak dapat dipastikan sama ada lelaki berkenaan melaporkan insiden tersebut kepada pihak polis atau bank.

Rata-rata pengguna laman sosial kurang percaya dengan rakaman video tersebut selain ada yang berharap kejadian berkenaan berlaku kepada mereka.


sumber ; semasa

Usia Baru 4 Tahun Tapi Fasih Cakap 7 Bahasa ( VIDEO )


http://takcubarugi.blogspot.my/

MOSCOW – Bella Devyatkina, hanyalah seorang kanak-kanak perempuan Rusia yang baharu berusia empat tahun, namun mencetuskan sensasi apabila dikesan memiliki kemampuan cukup luar biasa.

Bayangkan dalam umur yang masih sangat muda, dia mengejutkan banyak pihak apabila menguasai tujuh bahasa iaitu Inggeris, Jerman, Sepanyol, Perancis, Cina dan Arab selain bahasa pertuturan ibundanya sendiri, Rusia.

Kemampuan hebat Bella itu didedahkan menerusi satu program pertandingan realiti popular terbitan stesen televisyen nasional Channel One Russia yang berjudulUdivitelniye Lyudi atau bermaksud manusia luar biasa.

Media tempatan melaporkan, Bella dengan mudah dapat bertukar-tukar bahasa secara spontan ketika bercakap-cakap dengan enam jemputan berbeza yang merupakan guru bahasa menerusi acara pencarian bakat unik itu.

Pada permulaannya, Bella berbual santai dengan seorang lelaki dewasa dalam bahasa Inggeris. Ternyata tidak hanya memahami, dia juga dapat membaca beberapa patah perkataan yang sukar dalam bahasa Inggeris dengan mudah.


http://takcubarugi.blogspot.my/

http://takcubarugi.blogspot.my/

http://takcubarugi.blogspot.my/

“Dinosaur apakah yang memiliki dua baris tulang di sepanjang ekornya?” tulis satu soalan dalam bahasa Inggeris dipaparkan pada skrin gergasi di pentas sebelum Bella dengan pantas menjawab tepat:Â “Stegosaurus.”

Menurut beberapa portal berita tempatan, ibu kandung Bella, Yulia sanggup menggaji beberapa pengasuh daripada pelbagai bangsa yang berbeza agar anaknya dapat mempelajari bahasa baharu sejak masih berusia dua tahun lagi.

“Saya mula ajar bahasa Inggeris tetapi terperanjat mendapati Bella fasih tutur bahasa itu sebelum tambah kepada lima bahasa antarabangsa lain dengan mengupah beberapa guru warga asing,” katanya.

Yulia yang juga guru bahasa Inggeris dan menetap di ibu kota Moscow turut terkejut dengan kemampuan Bella. Â Video aksi hebat si cilik ini juga malah dimuat naik menerusi laman YouTube dan telah ditonton lebih 1.2 juta kali.

Sekiranya berjaya memenangi program televisyen tersebut, Bella bakal membawa pulang hadiah utama wang tunai sebanyak 900,000 ruble (kira-kira RM61,000).


sumber; newshub

Jerit Tapi Tiada Siapa Dengar – Lelaki ‘Biadap’ Masuk Tandas Wanita & Mengintai [VIDEO]



Kebelakangan ini semakin kerap kita dengar kes pencabulan yang berlaku ke atas kaum wanita. Minggu ini sahaja, sudah dua kes cabul yang menjadi viral di laman sosial. Dan semalam pula seorang lagi wanita menjadi mangsa gangguan seksual di tandas awam sebuah stesen minyak.

Haishhh berani betul orang sekarang ni, kaum wanita memang wajib bawa senjata nak pertahankan diri kalau macam ni. Takut pula nak keluar rumah. Orang sekarang semakin hilang kewarasan :(

Berlaku di Petrol Station Petronas, Jalan Reko Kajang



Untuk iktibar terutama wanita di luar sana..

Kejadian benar yang berlaku malam tadi , 10 Nov 2016 , Rabu jam 8.45 malam di Petrol Station Petronas , Jalan Reko Kajang ,

Semasa kejadian aku baru je masuk tandas tu. Dalam hati dah rasa macam tak sedap ati la.tapi diteruskan juga. Siap minta ampun ngan suami kalau tiba2 ayang tak sempat jumpa abang ayg minta ampun ya..Tak tau kenapa terlintas nk cakap macam tu kat suami.Suami cakap apala cakap macam tu..biasala suami kita tak suke kita merepek meraban.pikir yg bukan2.

Sambil duduk tu kepala asyik dongak je kat atas2 sambil dalam hati berdoa minta dijauhkan benda yg bukan2. Mungkin Allah dah gerakkan hati aku untuk terdetik perasaan macam tu padahal biasa2 ak takda la aware sgt kalau g toilet sorang2 kt mana2 petrol station.

Tiba-tiba ada muka seorang lelaki sedang mengintai

Tiba2 ada muka seorang lelaki terjongol kat atas dari toilet sebelah sedang mengintai aku……..!!!!!
Aku menjerit sekuat hati memangggil tolong2 tolong2 tolong2…papa papa..siap panggil nama suami Loqman Loqman Loqman Hakim Tawil banyak kali.
Tapi takde siapa yg menyahut panggilan aku. Aku jerit lagi sekuat hati tolong tolong ada orang intai tolong tp langsung takda yg dengar. Masa tu aku sangat takut lelaki tu tunggu ak kat luar toilet sambil pegang pisau ke apa2 la nk kenakan aku.. aku jerit lagi sampai badan rasa lemah sgt2. menangis ketakutan.

Dikuatkn hati untuk kluar dari toilet tu, kemudian ada sorang perempuan keluar dari toilet sebelah satu lagi tanya kenapa menjerit. ada apa berlaku???? Rupanya dia dh dengar aku jerit tapi dia tak menyahut. aku pn tak taula kenapa dia tak say something masa aku jerit tu. at least ya kenapa kenapa.. Masa aku kluar tu rupanya laki tu dh keluar dari toilet lepas dengar ak jerit.

Terus buat report & minta rakaman cctv

Bila keluar tengok line clear dah takda org terus meluru pergi kat kete nangis2 kat suami kata ada org intai. Dia dengan hati yg sangat nak maraaaah pergi ke arah toilet tu balik nk cek masih ada ke tal laki giler tu, bila tgk takda dia terus masuk dlm petrol station buat report dan mintak nak tgk cctv.

Inilah hasilnya.. Mmg btul2 jahatla..eiiiii geram rasa.tergamak dan berani buat benda macam tu di tempat awam. Tapi alhamdulillah la Allah selamatkan aku lagi..Syukur ya Allah.

sumber : Wahida Zainal

Pertahankan Diri Kerana Cubaan Memeluk – PU Faiz Didakwa Pukul Wanita, Ini Penjelasan PU Rahmat



Bekas naib juara program pencetus ummah (PU) musim kedua, Ahmad Faiz Hafizuddin Alias mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di atas pertuduhan mencederakan seorang wanita, dua bulan lalu. Mengikut pertuduhan, beliau didakwa mendatangkan kecederaan terhadap Nurul Intan Sakinah, 29, atas sebab kemarahan.

Rakan seperjuangan Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan menerusi laman facebooknya menafikan pertuduhan itu dan menjelaskan perkara sebenar. Dahsyat betul!



PU Faiz mempertahankan diri kerana cubaan memeluk


PU Faiz Mencederakan Penceramah Bebas Wanita
Seperti yang di dakwa dan kami berhak memperjelaskan keadaan yang sebenar untuk tidak melahirkan lagi mulut-mulut puaka

1) Wanita itu BUKAN Penceramah bebas atau Ustazah seperti yg tertulis di dada-dada akhbar

2) Beliau datang dan menceroboh ke pusat pengajian kami dan dia juga didakwa kerna menceroboh (sebutan kes beliau pada Rabu ini)

3) Pu Faiz tidak mencederakan atau memukul beliau melainkan lebih kepada “MEMPERTAHANKAN DIRI” kerana cubaan memeluk (menurut saksi) dan berlaku pergelutan yang mengakibatkan kecederaan pada bahagian tangan wanita itu.

Sering mengganggu dan ingin berjumpa untuk melakukan hubungan intim

4) Wanita itu sering menganggu kami dengan hal rumahtangga beliau (sekarang dah bercerai) dan juga sering menghubungi PU Faiz untuk berjumpa serta ingin melakukan hubungan seks agar melahirkan seorang zuriat iaitu IMAM MAHDI walau ketika itu beliau MASIH ISTERI ORANG.

5) Sering mendakwa dirinya adalah Ibu kepada IMAM MAHDI dan sering berjumpa NABI.

6) Cemburu dengan kebahagiaan kami dan menfitnah yang kami sudah bercerai dan PU Faiz adalah bakal suami keduanya.

Kesimpulannya.. Ini adalah dugaan untuk kami dan didatangkan ujian berbentuk sebegini. Apapun InsyaAllah kami akn tenang hadapi.

Mohon sebaran bagi Menjelaskan Fitnah ini

sumber:Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan

Dituduh Cederakan Penceramah Bebas Wanita, Bekas PU Dihadap Ke Mahkamah!



BEKAS peserta program Pencetus Ummah (PU) musim kedua, Ahmad Faiz Hafizuddin Alias, didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan mencederakan seorang penceramah bebas wanita, September lalu. - Foto Ghazali Kori

PETALING JAYA: Bekas peserta program Pencetus Ummah (PU) musim kedua, Ahmad Faiz Hafizuddin Alias, didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan mencederakan seorang penceramah bebas wanita, September lalu. Ahmad Faiz, 27, yang juga pemenang tempat kedua program berkenaan, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Datin Fadzlin Suraya Mohd Suah. 

Berdasarkan kertas pertuduhan, Ahmad Faiz didakwa mendatangkan kecederaan terhadap Nurul Intan Sakinah, 29, atas sebab bangkitkan kemarahan di Pondok Rumi Sufi Jawi, Tingkat 2, Jalan Pekaka 8/4, Seksyen 8, Kota Damansara di sini, jam 2.30 petang, pada 26 September lalu. Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 335 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum empat tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Disember ini untuk sebutan semula kes. 

[ video ] SEORANG JANDA CUBA UNTUK MENGGODA SUAMI RAKAN SENDIRI


http://takcubarugi.blogspot.my/

Seorang wanita yang berstatus janda dikatakan telah cuba untuk menggoda seorang tukang membaiki television yang juga merupakan suami orang.
Dalam status yang dimuat naik dilaman sosial itu di katakan bahawa janda tersebut telah meletakkan sebuah kamera di hujung katilnya bagi merakamkan ‘aktiviti’ yang di rancangnya.



Tujuannya melakukan hal tersebut adalah untuk memerangkap tukang terbabit bagi memecah belahkan rumah tangga lelaki berkenaan.

Isteri kepada lelaki itu dikatakan mempunyai permusuhan dengan janda tersebut, dan janda itu melakukan hal demikian bagi memanaskan lagi keadaan apabila video tersebut di lihat isterinya.

Melihat pada rakaman video tersebut, janda tersebut hanya memakai baju saja dan tidak memakai apa-apa pada bahagian bawahnya bagi ‘menggoda’ lelaki tersebut.

Walaubagaimanpun, tidak dapat kami pastikan dimanakah kejadian seumpama ini berlaku.

SUMBER: ALAMMAYA

Polis Buru 'Samseng' Baju Merah Dan Dalang




http://takcubarugi.blogspot.my/

http://takcubarugi.blogspot.my/

http://takcubarugi.blogspot.my/

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan penunjuk perasaan daripada kumpulan Baju Merah yang terlibat dalam dakwaan serangan ke atas dua penunggang motosikal yang memakai kemeja-T Bersih.
http://takcubarugi.blogspot.my/

Kejadian keganasan itu dikatakan berlaku apabila konvoi penyokong Bersih melalui Sabak Bernam.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Nor Azmi Isa mengesahkan sedang memburu suspek sambil menambah polis sedang menyiasat kejadian itu dan hanya akan mengklasifikasikan kes itu apabila tangkapan dibuat.
dakwaan serangan berkenaan.

Satu klip video menunjukkan salah seorang daripada penunggang motosikal yang memakai baju kuning ditendang oleh penunjuk perasaan seperti samseng tersebar di Internet pada Sabtu.

SUMBER: THESTAR/MALAYSIAKINI

Seorang Terselamat Manakala Dua Pembunuh Eno Bakal Dihukum Gantung



Masih terasa lagi betapa kejamnya ketiga-tiga orang tertuduh yang sanggup membunuh gadis yang menjadi pujaan hati mereka dengan memasukkan batang cangkul di kemaluan Eno 19 tahun sehingga meninggal dunia.

Peguam hakim Negeri Tangerang telah mengadakan sidang mahkamah yang pertama pada hari ini untuk Rahmat Alim yang merupakan tertuduh di bawah umur bagi kes pembunuhan Eno Parihah.

Rahmat Alim 16 tahun yang juga merupakan tertuduh di bawah umur telah di jatuhi hukuman penjara sepuluh tahun oleh Mahkamah negeri itu.

Hukuman itu di jatuhkan kerana Rahmat Alim di dapati melakukan pembunuhan tersebut tanpa unsur dirancang dan tertuduh tidak di kenakan hukuman maksimum untuk kanak-kanak di bawah umur iaitu setengah dari hukuman maksimum untuk orang dewasa iaitu hukuman gantung sampai mati.


Sementara tertuduh Imam Harpiadi 24 tahun dan Rahmat Arifin 24 tahun yang di kategorikan sebagai tertuduh dewasa akan di hadapkan ke mahkamah pada esok, di mana kedua-dua tertuduh telah di jatuhkan hukuman gantung sampai mati atas tuduhan membunuh secara terancang.

"Besok sidang mahkamah akan di adakan dan semua laporan juga telah lengkap untuk di bentangkan di mahkamah," kata Saksi Utama Jenayah Umum Negeri Tangerang, Andri Wiranofa.

Mengulas mengenai hukuman yang di jatuhkan ke atas Rahmat Alim, beliau mengatakan bahawa tertuduh Rahmat Alim tidak dapat di jatuhkan hukuman gantung atas sebab dia dilindungi oleh Undang-undang Perlindungan Kanak-kanak di bawah umur manakala Arifin dan Imam telah di jatuhkan hukuman gantung sampai mati,"katanya.