Baru Kenal Seminggu, Dipaksa Lakukan Seks



JEMPOL - Seorang gadis yang baru seminggu berkenalan dengan teman lelakinya melalui aplikasi BeeTalk, dipaksa melakukan hubungan seks di sebuah hotel murah di sekitar Bahau, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Noorzainy Mohd Noor berkata gadis berusia 29 tahun itu, dicabul dan dipaksa melakukan hubungan intim tanpa kerelaan, setelah diajak ke sebuah hotel bajet.

Katanya, pada Rabu lalu jam lebih kurang 10.30 pagi, suspek telah mengambil pengadu di rumahnya dekat Kampung Sungai Dua Kuala Pilah untuk ke pusat karaoke di Bahau.

“Selepas habis berkaraoke, teman lelakinya itu membawa pengadu ke sebuah hotel murah di sekitar Bahau dan meminta pengadu melakukan hubungan seks, tetapi ditolak dengan cara baik.

“Berang dengan sikap pengadu yang dingin, suspek kemudiannya terus mencium, meraba dan mencabul pengadu di bahagian sulit secara paksa.

"Disebabkan kejadian itu pengadu membuat laporan polis di Balai Polis Bahau pada hari yang sama,” katanya.

Tambahnya, hasil laporan itu pihak polis kemudiannya berjaya memberkas suspek di pekarangan parkir Taman Meranti Bahau, kira-kira jam 5 petang hari yang sama.

Sumber: Sinar Online

0 ulasan :

Post a Comment