Jangan bawa anak dara anda kesini !!

16 gadis disahkan mengandung selepas mandi dikolam ini

Fakta ke auta?

Pelajar lebih pandai jika miliki guru menarik

Suami-suami diluar sana, jangan sampai isteri jadi macam ni

Lagi pengakuan isteri curang, tertarik aku pada seorang duda

Tips kulit gebu dan sihat

Tiada masa untuk melakukan rawatan kulit di pusat pakar kecantikan?

20 tips hidup sihat

Mengekalkan kecergasan dan berat badan sihat membantu memanjangkan jangka hayat

Palestin Malukan Israel, Hantar Bomba Padam Kebakaran



RAMALLAH: Israel terus dimalukan apabila pasukan bomba Palestin menghantar bantuan untuk memadamkan kebakaran yang semakin tidak terkawal di wilayah jajahan rejim Zionis itu.

Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Pihak Berkuasa Palestin (PA), Mejar Jeneral Yousef Nassar berkata, sebanyak empat buah jentera bomba dikerah untuk memberi bantuan kepada rejim penceroboh itu.

Jelas beliau seperti dilaporkan agensi berita Wafa, sejumlah krew bomba membuat persediaan sebelum menyertai Israel dan pasukan bomba dari beberapa negara lain untuk memadamkan kebakaran.

Setakat ini, sebanyak tujuh buah negara menghantar pesawat, sebuah helikopter untuk memadamkan api yang mula merebak sejak Selasa.

Seramai 350 anggota bomba menggunakan jentera pemadam dikerah untuk mengawal kebakaran di kawasan Haifa pada Khamis.

"Kami masih memerlukan bantuan antarabangsa," kata Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu kepada pemberita.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada pemimpin Rusia, Itali, Greece, Croatia, Cyprus dan Turki kerana menghulurkan bantuan.

"Sebanyak 10 lagi pesawat akan tiba sebelum tengah malam untuk memadamkan kebakaran termasuk dua pesawat besar yang dihantar oleh Presiden Rusia, Vladimir Putin," katanya.

Meskipun Israel sentiasa menindas penduduk dan menceroboh wilayah Palestin, tetapi PA mengenepikan soal dendam untuk menghulurkan bantuan atas dasar kemanusiaan.

Pada 2010, seramai 19 anggota bomba Palestin menyertai operasi memadamkan kebakaran di hutan Carmel walaupun pada mulanya Israel dengan angkuh menolak tawaran bantuan itu.

Rejim Zionis memberi alasan mereka tidak mempunyai askar untuk memantau pergerakan ahli bomba terbabit.

Bagaimanapun Israel menukar fikiran pada hari ketiga kebakaran dan menerima bantuan Palestin.

Wanita Rohingya Dirogol Bergilir-Gilir



TEKNAF: Kisah Hibba dan adiknya dirogol bergilir-gilir secara beramai-ramai hampir sama dengan pengalaman yang diceritakan oleh ribuan pelarian Rohingya yang melarikan diri ke Bangladesh untuk mengelak kekejaman tentera Myanmar.

“Mereka mengikat kami di katil dan merogol kami secara bergilir-gilir,” kata Habiba yang kini berlindung dengan sebuah keluarga pelarian Rohingya, beberapa kilometer dari sempadan Bangladesh-Myanmar.

“Kami hampir kebuluran di sini. Tetapi sekurang-kurangnya tidak ada orang yang datang untuk membunuh atau menyeksa kami,” kata abangnya, Hasil Ullah.

Habiba dan adiknya, Samira, 18, berkata, mereka dirogol di kediaman mereka di Kampung Udang oleh askar Myanmar yang kemudiannya membakar rumah berkenaan.

“Mereka membakar kebanyakan rumah, membunuh beberapa orang, termasuk bapa kami dan merogol gadis muda,” kata Habiba yang bersetuju menggunakan nama sebenarnya dalam wawancara itu yang disiarkan oleh portal Times Of India.

“Seorang askar memberitahu kami supaya meninggalkan kampung atau mereka akan membunuh kami jika menemui kami sekali lagi. Mereka kemudian membakar keluarga saya,” katanya.

Dakwaan meluas tentang kekejaman tentera Myanmar meningkatkan kebimbangan terhadap rancangan penghapusan etnik Rohignya oleh kerajaan negara itu di Rakhine.

Kekejaman itu memaksa ribuan penduduk Islam Rohingya melarikan diri.

Hashim dan adiknya melarikan diri selepas membawa wang simpanan keluarga berjumlah kira-kira AS$400 (RM1,700) dan berjalan menuju Sungai Naf yang memisahkan selatan Bangladesh dengan negeri Rakhine.

Mereka bersembunyi di kawasan bukit bersama ratusan keluarga Rohingya lain sebelum menemui seorang pemilik bot yang bersedia membawa mereka menyeberang sungai itu.

“Dia mengambil semua wang kami dan meninggalkan kami di sebuah pulau berhampiran sempadan,” kata Hashim.

Sumber: mstar

Israel Dijilat Api, Netanyahu Tuduh Palestin Dalang Kebakaran

TEL AVIV: Rejim Israel terpaksa menebal muka untuk meminta bantuan negara jiran untuk menangani krisis kebakaran hutan yang kini memasuki hari ketiga pada Khamis, menyaksikan banyak kawasan musnah akibat bencana itu.

Perkara itu disuarakan oleh Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dan Menteri Keselamatan Awam, Gilad Erdan tentang rejim Zionis meminta Greece, Croatia, Cyprus serta Turki untuk menghantar pesawat pengebom air bagi memadamkan kebakaran.

Cyprus, Rusia, Itali, Croatia dan Greece antara negara yang menghulurkan bantuan untuk memadamkan kebakaran sebelum Tukri melakukan perkara sama.

Ramalan cuaca pada hari ini menunjukkan angin kencang bakal memburukkan lagi kebakaran untuk merebak ke kawasan yang lebih luas.

Pesawat milik polis Israel setakat Rabu cuba memadamkan berpuluh-puluh kawasan yang dimamah api tetapi keadaan dijangka lebih buruk susulan ramalan cuaca itu, sekali gus melangkaui keupayaan rejim Zionis menangani krisis tersebut.

Antara kawasan yang terjejas teruk termasuk kawasan penempatan haram Yahudi di Nataf selain kawasan Karkom berdekatan Tiberias.

Sejumlah besar rumah pendatang dilaporkan musnah dalam kebakaran itu tetapi tiada kemalangan jiwa direkodkan setakat ini.

Dalam perkembangan lain, Netanyahu menuduh penduduk Palestin sebagai dalang memulakan kebakaran tersebut dan berikrar untuk memburu pihak yang terlibat.

Difahamkan, empat penduduk Palestin ditahan di Baitulmaqdis berhubung dakwaan melakukan kebakaran tersebut tetapi kemudiannya dibebaskan kerana kekurangan bukti.


Sumber: mstar



Berkaitan: Palestin malukan Israel hantar bomba padamkan kebakaran

Video Viral: MBSA Arah Kakitangannya Tarik Balik Laporan Polis, Dakwa Hanya Salah Faham Berkaitan Uniform




Video viral kononnya penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dihalang dari menjalankan tugas oleh pasangan Cina semalam, dipercayai akan diselesaikan dengan baik.


ADUN Seri Kembangan dari parti DAP yang mewakili pasangan tersebut YB Ean Yong Hian Wah yang mewakili pasangan tersebut, dikhabarkan telah menawarkan sejumlah ganti rugi sebagai pampasan kepada penguatkuasan wanita MBSA yang berkenaan.

Hal ini menurut sumber, adalah salah faham berikutan pasangan berkenaan keliru dengan pakaian seragam yang digunakan anggota MBSA berkenaan, yang menurut pasangan berkenaan sama seperti pakaian seragam badan beruniform sekolah.


Oleh yang demikian, menyangkakan pelajar sekolah cuba bergurau dengan memberikan saman, pasangan berkenaan juga bergurau semula tanpa menyedari mereka adalah penguatkuasa MBSA yang sebenarnya.

Justeru, MBSA juga atas arahan kerajaan negeri, telah mengarahkan kakitangan penguatkuasaan yang berkenaan untuk menarik balik laporan polis yang telah dibuat dan sebagai kakitangan kerajaan negeri, mereka wajib mematuhi arahan tersebut atau tindakan tatatertib dikenakan.

Hal ini akan diselesaikan secara dalaman tanpa perlu campur tangan pihak polis. MBSA juga akan menukar pakaian seragam anggota penguatkuasanya untuk mengelakkan salah faham.

Sumber: negarapakatanrakyat

Syarat-Syarat Baru Permohonan BRIM Untuk 2017... Tolong Baca, Kan Nanti Tak Dapat Pulak !


Permohonan baharu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017 dan kemaskini maklumat BR1M bagi penerima sedia ada boleh dibuat mulai 5 Disember sehingga 31 Disember 2016.

Penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar sekali lagi, sebaliknya hanya perlu mengemaskini maklumat berkaitan yang berubah, seperti alamat terkini, maklumat akaun bank (akaun simpanan atas nama pemohon sahaja), maklumat ahli isi rumah, maklumat waris dsb.

Pastikan maklumat diisi dengan tepat. Elakkan dari melakukan kesilapan yang boleh menggagalkan permohonan BR1M anda.



Cara Memohon Dan Kemaskini BR1M

Memohon dan kemaskini BR1M secara online
Proses permohonan baharu BR1M dan pengemaskinian maklumat BR1Mboleh dibuat dengan mengisi borang BRIM secara atas talian melalui portal rasmi eBR1M Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) iaitu di pautan:

https://ebr1m.hasil.gov.my
Permohonan secara online hanya boleh dibuat menggunakan komputer kerana aplikasi e-BR1M tidak direka bentuk untuk capaian peranti mudah alih.

Memohon dan kemaskini BR1M secara offline

Permohonan baharu dan pengemaskinian BR1M juga boleh dibuat secara manual dengan menggunakan Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017 (borang BK-01 [1/2017]) yang boleh dimuat turun di sini.

Borang BR1M yang siap diisi boleh dikembalikan ke mana-mana cawangan LHDNM, Pusat Khidmat Hasil LHDNM, Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM, pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) atau pejabat daerah.

Tarikh Dan Cara Pembayaran BR1M 2017
BR1M akan dibayar secara berperingkat mulai Februari 2017. Sila rujuk Tarikh Dan Cara Pembayaran BR1M 2017 untuk maklumat lanjut.




Semakan keputusan BR1M

Sila layari Semakan Status Permohonan BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia)untuk panduan semakan status permohonan BRIM.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai permohonan dan kemaskini BRIM, sila hubungi:
Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-88824565 atau 03-88824566
Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716
Email kepada br1m@treasury.gov.my

Semoga maklumat ini berguna untuk semua.

Warga Pakistan Kantoi Rogol Gadis Melayu Dibelasah Oleh Keluarga Mangsa Di Puncak Alam!



Selangor - Foto Warga Pakistan Kantoi Rogol Gadis Melayu Dibelasah Oleh Keluarga Mangsa Di Puncak Alam!

Inilah Wajah pemotong rumput berbangsa Pakistan yang ditangkap oleh penduduk di Puncak Alam dekat Petronas semalam kerana memperkosa seorang gadis melayu.

Mengikut maklumat, warga Pakistan yang ambil upah memotong rumput telah mencabul dengan memeluk erat seorang anak dara tuan rumah selepas menerima bayaran.

Seperti diceritakan, 5 warga Pakistan ni telah menghalang kereta cara samseng ahli keluarga yang mencari Pakistan ini.

Warga Pakistan ini memegang kayu dan memukul 2 lelaki melayu sambil memetik yang mereka adalah 3 line.

Pergaduhan ini melibatkan orang awam Puncak Alam yang tidak menyukai sifat buruk pekerja asing ini yang mencabuli remaja dan berlagak samseng, menurut sumber di laman sosial.





Fatwa Khomeini Imam Syiah | Beliau mati Dalam Keadaan Mayat Terjatuh 3 Kali Dan Auratnya Terbuka ( Gambar )

Fatwa Khomeini Imam Syiah Makan Diri | Beliau mati Dalam Keadaan Mayat Terjatuh 3 Kali Dan Auratnya Terbuka ( Gambar ) | Antara Fatwa beliau, Barangsiapa yang meninggal lalu jenazahnya jatuh dari keranda jenazah maka dia termasuk dari penduduk neraka. Dan dalam fatwanya yang lain Khomeini mengatakan; salah satu dari tanda-tanda su'ul khatimah adalah jatuh dari keranda jenazah saat akan dikuburkan.


Khomeini merupakan pemimpin utama Syiah; meninggal dunia pada hari Sabtu, 03 Jun 1989 – mengalami sendiri apa yang dia fatwakan. Dianggarkan sekitar 3-3.5 juta orang menghadiri upacara pemakaman Khomeini dan hampir setiap individu ingin melihat jenazahnya dan ingin menyentuhnya buat kali terakhir.

Media massa yang tidak dapat dikawal berebut untuk mengangkat keranda jenazah mengakibatkan kerosakan keranda dan jenazah terjatuh, lebih mengaibkan ialah kain kapan Khomeini terbuka sehingga setengah telanjang. Belajar dari pengalaman itu, sebelum upacara pemakaman berlangsung, jenazah Khomeini diletakkan di dalam besi baja.

SIAPAKAH KHOMEINI?

Di blog ini bukanlah tempat untuk menceritakan riwayat tokoh yang berhasil menjadi pemimpin bangsa Persia-Iran sekaligus tokoh Syiah yang menggoncang dunia ini secara mendalam. Ia sekadar memperlihatkan beberapa sisi seorang Khomeini dari sejumlah pandangan, sikap dan juga tulisan berupa percakapan Khomeini yang telah dibukukan sebagai panduan penganut Syiah.

KHOMEINI MENOLAH PERIBADAHAN KEPADA ALLAH SWT


“Sesungguhnya kami tidak menyembah Ilah (sesembahan) yang mendirikan bangunan yang tinggi untuk ibadah, keadilan dan agama yang kemudiannya menghancurkannya sendiri. Kemudian ia menduduki Yazid, Mu’awiyah dan Utsman dan selain mereka dari golongan orang-orang yang melampaui batas terhadap manusia dalam pemerintahan. Dan ia tidak pula menentukan nasib ummat setelah wafatnya Nabi”.
(Lihat Kasyf al-Asrar, hal 123, karya Imam Ayatullah Khomeini)

KHOMEINI MENGHINA NABI


Sebagai penganut Syiah, posisi para Imam mereka (Syiah) lebih terhormat daripada Nabi dan itulah keyakinan yang diamalkan oleh para Khumaini.

“Sesungguhnya diantara hal yang termasuk paling penting dalam mazhab kami ialah imam-iman kami memiliki posisi yang tidak boleh dicapai oleh para malaikat, begitu juga dengan para nabi yang diutus”.
(Lihat aL-Hukumah aL-Islamiyah, hal 52, karya Imam Ayatullah Khomeini)

KHOMEINI MENINDAS AYATOLLAH HASAN THABATHABA’I


Maka Ayatollah Hasan Thabathab yang tinggal di Qum telah diperangi oleh Khomeini, seperti dilarang menggunakan pesawat, telefon, dilarang menemui para sahabat, bekalan air dan letrik ke rumah beliau juga dipotong, tidak boleh juga mendapatkan rawatan sekiranya sakit. Hasan Thabathab menentang teori ‘Khomeinism’ ini yang dianggap dapat menjadikan Khomeini seorang diktator, bukan wali Allah.

“Saya tidak dapat menerima hal itu, itu merupakan penunggangan aliran Syiah; dan kediktatoran tidak ada dalam agama ini. Saya berpesan kepada semua ulama dan cendekiawan bahawa segala apa yang terjadi di Iran dengan ‘Revolusi Islam’nya sebenarnya tidak ada kaitan dengan agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW, bahkan banya bertentangan dengan nas-nas Al-Quran yang sampai pada kita. Apa yang diperbuat oleh Khomeini dan kuncu-kuncunya tidak ada hubung kait dengan Islam”.
(Lihat Ayatollah Hasan Thabathab-Naqdu Walayatil Faqih-Muhammad Maalullah, hal 27 & 28, 30 & 31)

KHOMEINI MEMBUNUH GURUNYA SENDIRI


Sementara itu, Ayatollah Syariat Madari, guru Khomeini yang telah menganugerahkan istilah “Ayatollah” kepada Khomeini, di mana beliau juga seorang tokoh Syiah yang ternama turut menentang konsep yang diangkat oleh Khomeini. Akibatnya setelah berkuasa, Khomeini mengirimkan 10k tentera untuk menyerang dan membunuh gurunya ini. Ayatollah Syariat Madari sependapat dengan ulama Syiah Iran lainnya yang membatasi kekuasaan faqih dalam bidang-bidang tertentu sahaja dan sama sekali tidak boleh mengisytihar diri mereka sebagai wakil Allah SWT atau Imam Mahdi.

KHOMEINI BUKAN AHLUL BAIT


Sebelum ini pernah gempar di media sosial tentang keturunan Khomeini di mana seorang pemuzik dari Indonesia; Ahmad Dhani mengatakan bahawa Khomeini jelas dan sahih keturunan Nabi Muhammad SAW. Menurut Ahmad Dhani lagi yang mempertahankan kesesatan pemimpin Syiah itu, “hanya itu yang boleh disahkan dan tidak pada yang lain”.

FAKTA SEBENAR

Petikan Kajian Ustaz Muhammad Abdurrahman Al Amiry

“Datuk Khomeini datang dari India 120 tahun yang lalu. Di tinggal di kota Khumain di Iran. Ayahnya bernama Musthafa Ahmad dan dikenali sebagai ‘Singh’, lahir pada tahun 1842 di Kashmir; keluarganya penganut agama Sikh. Datuk Khomeini adalah seorang penjual Khamr dan memiliki hubungan rapat dengan Inggeris. Dia telah memeluk Islam demi ingin menikahi seorang muslimah, anak seorang pedagang yang bernama Thahirah.

Tindakan Singh memeluk Islam telah membangkitkan kemarahan keluarganya dan beliau diancam akan dibunuh. Maka, Singh telah lari ke Kota Lokfo bersama Thahirah. Singh memeluk Islam disaksikan Sayyid Hamid Husain, penulis kitab ‘Aqabat Al-Anwar. Dan cucu dari bapa saudaranya Khumaini bernama Wud terus tinggal bersama di Srinagar, ibu kota Kashmir dan menjadi pemegang amanah kuil-kuil ibadat Sikh. Inilah info-info yang dikumpulkan oleh penulis dari ulama’² Syiah di Kashmir”.
(Lihat Al-Jumhuriyyah Ats-Tsaniyah, hal 352)

Upacara Pemakaman Khomeini Diiringi Gendang Sikh




Gambar Sekitar Pemakaman Khomeini






Syaikh Ahmad Deedat:

Dengan nama Allah Pengasih dan Penyayang. Al-Quran yang suci menyebutkan: “Dan jika kamu berpaling (dari Islam dan ketaatan kepada Allah), Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain dan mereka tidak akan seperti kamu. (QS.Muhammad:38). KREDIT EBERITA.

Video Penampakan Haiwan Purba Gemparkan Rakyat China



Video Penampakan Haiwan Purba Gemparkan Rakyat China|Satu Viedo penampakan haiwan yang banyak di tulis dalam mitologi kuno (Naga) Telah membuat negara China gempar.

Tanah naga merah china,diberi nama itu konon dalam cerita banyak naga bersarang di antara bukit bukit itu.

Diketahui populasi naga telah pupus dan tidak dipercayai wujudnya binatang ini,namun baru baru ini seorang individu mendakwa bahwa dia melihat sesuatu menyerupai seekor Naga di lagit bukit tanah merah naga China.

Menerusi saluran youtube apextv video berdurai 5 menit lebih itu menjadi perhatian pengguna media sosial.

“Ada mahluk terbang di atas langit luas,sayapnya lebar dan berwarna gelap,tertangkap di China “katanya.

Bagainamapun reaksi natizen mendakwa ia adalah burung gergasi sejenis Dinosaurus pterodactyl.

Beberapa orang juga menafikannya dan mengatakan video itu adalah hasil daripada kecanggihan teknologi.

Namun di akhir video Yang di tonton lebih dari 2 juta berkenan, mahkluk serupa juga pernah terlihat di langit Pennsylvania ,Adakah ia mahluk yang sama?

Anda boleh lihat sendiri videonya di bawah. 




Kredit: eberita

India Negara Paling Banyak Korban Selfie



NEW DELHI - INDIA. Sebuah analisis terbaru mendakwa India menduduki tempat tertinggi dengan angka kematian berpunca daripada aktiviti selfie.

Menurut laporan Washington Post, analisis tersebut dihasilkan oleh cendiakawan dari Universiti Carnegie Mellon dan Indraprastha Institute of Information di New Delhi.

Analisis bertajuk 'Me, Myself and My Killfie: Characterizing and Preventing Selfie Deaths' berkenaan mengatakan terdapat 126 kes kematian ketika mengambil selfie di seluruh dunia.

Daripada jumlah tersebut, 76 kes berlaku di India.

Pakistan menduduki tempat kedua dengan 9 kes kematian dan diikuti oleh Amerika Syarikat dengan 8 kes, Rusia (6 kes), China dan Filipina (4 kes) dan Sepanyol (3 kes).

Indonesia, Portugal, Peru dan Turkey pula mengumpul 2 kes diikuti oleh Romania, Australia, Mexico, Afrika Selatan, Itali, Serbia, Chile, Nepal dan Hong Kong melaporkan 1 kes.

Penyelidik juga melaporkan lelaki lebih cenderung mengambil selfie merbahaya berbanding wanita.

Majoriti mangsa pula berusia kurang dari 24 tahun.

Antara kematian selfie 'biasa' melibatkan jatuh bangunan dan jatuh gunung (29 kes) diikuti dengan dilanggar kereta api (11 kes).

27 Terbunuh Dalam Serangan Masjid



Pengebom berani mati menyerang sebuah masjid Syiah di Kabul, Afghanistan, mengorbankan 27 orang.

Sekurang-kurangnya 35 orang cedera dalam letupan di Masjid Baqir ul Olum yang terletak di barat bandar itu.

Serangan itu berlaku ketika jemaah sedang berkumpul untuk acara agama.

Tidak jelas dalang di sebalik serangan itu tetapi Syiah Afghanistan berhadapan dengan beberaapa siri serangan sejak kebelakangan ini dipercayai dilakukan oleh Kumpulan Militan IS.

Saksi memberitahu, penyerang itu berjalan kaki dan meletupkan dirinya dalam kalangan orang ramai di dalam bangunan.

"Saya berada di dalam masjid dan Mullah sedang membaca doa. Tiba-tiba letupan besar berlaku dan suasana jadi gelap," Ewaz Ali, 50, yang mengalami kecederaan ringan.

Polis percaya pengebom berani mati itu meletup bahan letupan di dalam masjid.

Media tempatan melaporkan kanak-kanak antara mangsa yang terbunuh dalam serangan itu. - MalaysiaGazette

Jam Tangan Patek Philippe Reference 1518 Paling Mahal Di Dunia Berharga RM48.4 Juta!



Seutas jam tangan Patek Philippe Reference 1518 memecah rekod jam tangan paling mahal dilelong dengan harga RM48.4 juta pada awal November 2016.

Harga jam tangan tersebut ditetapkan 13 minit selepas lelongan dimulakan di lelongan jam Phillips in Association with Bacs & Russo di Geneva.

Menurut laporan CNN, terdapat 8 pihak berminat untuk membeli jam tersebut pada awal lelongan.

"Mereka berlawan harga sehinggalah harga mencecah nilai tertinggi dan tinggal dua pihak bertarung harga," kata pengurus lelongan, Sam Hines.


Kata Sam, jam tersebut 'menjadi rebutan ramai' dan hanya wujud empat utas di dunia dalam keadaan sempurna.

Jam tangan Patek Philippe Reference 1518 telah dihasilkan pada 1943 dan mengandungi fungsi fasa bulan, tanda waktu arab dan meter tachy yang mampu mengukur kelajuan dan jarak.

Sebelum ini, rekod jam termahal pernah dilelong dipegang oleh jenama sama tetapi model yang berlainan iaitu Patek Philippe Reference 5016 pada harga RM32.1 juta.

Dalam dunia jam tangan, produk buatan Patek Philippe dianggap sama taraf dengan sebuah Rolls-Royce.

Sumber artikel: sentiasapanas

Ternyata, Pelukan Suami Boleh Membuatkan Isteri Lebih Langsing dan Bahagia



Pernah ada seorang wanita mengeluh, semangatnya lemah karena suami tidak ada di rumah dan jarang memeluknya.Bila suami memeluknya, baru terasa semangat dan tubuh menjadi lebih bertenaga.

Meskipun mungkin benar dari sudut psikologi, tetapi dari segi physiologinya juga mengatakan ‘pelukan mesra suami mampu mengeluarkan hormone oksitosin’ dalam tubuh istri dan memberikan efek tersebut.

  1. Jadi para suami Anda harus melakukan ini pada istrimu:
  2. Peluklah istri Setiap hari
  3. Belai lembut rambutnya
  4. Sentuh Wajahnya dan Cium keningnya
  5. Elus lembut lengannya
  6. Kaitkan jari-jemari tangan Anda dengan jari-jemarinya
  7. Elus lembut punggungnya
  8. Selalu menjaga pandangan mata Anda dengan matanya

Pelukan membuat pasangan merasa lebih dekat dan membuat bahagia. Lantas bagaimana bisa pelukan suami membuat istri kurus? Simak penjelasannya dibawah ini.

Menurut kata Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah, pelukan dan sentuhan suami kepada istrinya ada berbagai kebaikan kepada si istri juga kepada si suami antaranya:

Pelukan suami dapat mengurangi tingkat kolesterol dan meningkatkan kesehatan istri. Jadi suami yang inginkan istrinya menurunkan berat badan dianjurkan peluk istrinya lebih sering.

Seorang suami yang memeluk istrinya untuk sekurang-kurangnya 10 detik setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Ini karena pelukan dan sentuhan bisa menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan berbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesehatan tubuh.

Hormon endorfin ialah sejenis bahan kimia alami yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangi kecemasan.

Selain itu pelukan dan canda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah SAW

Hubungan suami-istri dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik. Wanita yang mempunyai kehidupan s3ks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghias diri.

Paling tidak setelah kita salaman dan suami cium kening istri sebelum keluar rumah, minta dipeluk sebentar, InsyaAlaah lama-lama bila dilakukan akan ada perubahan sedikit demi sedikit dalam hubungan rumah tangga.

Bagi istri, pelukan merupakan bentuk komitmen cinta dan kesetiaan pasangannya.

Sumber: viralmuslimah

WAJIB TAHU !!! Inilah Sebab Kenapa Allah Memilih Nabi Isa Untuk Membunuh Dajjal di Akhir Zaman



Kenapa Allah SWT memilih Nabi Isa untuk membunuh Dajjal? Kemunculan Nabi Isa kelak di akhir zaman telah dijelaskan secara gamblang dalam hadits Nabi yang diriwayatkan oleh Bukhari.

Dalam hadits Nabi itu telah dijelaskan bahwa kelak Isa Ibnu Maryam akan turun kembali ke bumi untuk menegakkan kebenaran dan menjadi hakim yang adil, dia akan mematahkan salib-salib, menghentikan jizyah, membunuh babi-babi yang ada, memberikan harta dalam jumlah yang sangat besar sehingga tidak akan ada seorang manusiapun yang akan mau menerima harta itu.

Nabi Isa turun ke bumi untuk yang kedua kalinya di menara putih Damaskus, Hal ini juga telah dijelaskan secara jelas dalam hadits Nabi yang diriwayatkan oleh Shahih Muslim. Dalam hadits telah disebutkan bahwa Isa akan diturunkan kembali di atas menara putih Damaskus dan kedua tangannya akan memegang bahu kedua malaikat yang mendampinginya.

Nafas Isa tidak bisa dicium oleh orang-orang pengikut Dajjal dan Isa akan mencari serta membunuh Dajjal di pintu Lud. Setelah berhasil membunuh Dajjal, Isa pergi untuk mendatangi suatu kaum yang dilindungi oleh Allah dari Dajjal dan dia menceritakan kepada kaum yang dilindungi Allah itu akan derajat mereka kelak di syurga.

Kenapa Allah pilih Nabi Isa untuk hancurkan Dajjal? Kemunculan Isa di bumi ini adalah untuk memimpin umat manusia ke jalan yang benar. Isa akan muncul kedua kalinya sebagai pengikut Nabi Muhammad.


Hal ini telah dijelaskan dalam hadits Nabi yaitu setelah berhasil membunuh Dajjal, Isa akan pergi ke Al-Quds dan dia akan sholat di belakang seorang imam muslim. Tidak hanya itu saja, Isa akan mematahkan seluruh salib yang ada di dunia ini, membunuh babi, dan menghapus jizyah.

Salib dihancurkan dan dimusnahkan oleh Nabi Isa adalah karena:
  1. Umat Nasrani menganggap bahwa Isa putra Maryam bukanlah Nabi, melainkan Tuhan anak Allah (dan Siti Maryam adalah istri Allah).
  2. Kaum Nasrani menganggap bahwa Isa putra Maryam pernah dibunuh pada zaman Raja Harduwis atas persetujuan para pendeta Yahudi, lalu mayatnya dipalang pada kayu salib yang ada dalam gereja Nasrani yang didirikan oleh Sang Ratu Hailanah yang berada di Baitul Maqdis (Yerussalem) daerah Palestina, setelah mayat tersebut hidup kembali pada salib.
  3. Setelah lebih dari 328 tahun lahirnya Nabi Isa As, kaum Nasrani mulai mengadakan perayaan hari raya salib sampai zaman sekarang ini.
  4. Kemunculan kembali Isa ini untuk menepati janjinya kepada umat Kristen dan Yahudi. Dalam kitab mereka telah tertulis bahwa akan datang seorang juru selamat atau sang messiah pada akhir zaman untuk mendirikan kerajaan Tuhan. Nabi Isa kembali untuk menepati janjinya dan Dia adalah sang messiah itu yang akan mendirikan kerajaan Tuhan, yaitu kerajaan Allah, sehingga kelak semua umat manusia akan memeluk agama Islam. Inilah kisah Nabi Isa A.S. membunuh Dajjal dan menjadi hakim adil yang akan membawa seluruh umat manusia ke jalan yang benar.
Menurut hadist Nabi, Isa akan memimpin umat manusia dalam kurun waktu 40 tahun lamanya dan pada masa itu tidak akan ada lagi agama lain selain agama Islam. Itulah beberapa informasi seputar jawaban Kenapa Allah SWT Pilih Nabi Isa Untuk Membunuh Dajjal.
Sumber: menatapdunia

“MESEJ WHATSAPP BERSIH5, HANG RELA KA CINA PEGANG KUASA?”


oleh Al-Abror Mohd Yusuf

BERSIH5 pun akhirnya berlalu tanpa banyak insiden yang besar dan boleh menjadi bahan pelengkap sembang orang ramai, dari kedai kopi sehingga ke kumpulan sembang WhatsApp.

Geger yang berlaku menjelang 19 November kekal sebagai geger saja. Bagaikan guruh yang tidak membawa hujan lebat, apa lagi banjir.

Namun adakah BERSIH5 gagal total?

Berikut adalah analisis ringkas mengenai kejayaan himpunan dihadiri kira-kira 41,000 orang semalam.


 http://koleksicikgusuraya.blogspot.my/2016/08/apa-kata-ustaz-wajib-berubat-untuk.html

* Mencetuskan diskusi intelektualisme

Hanya kira-kira sejam selepas BERSIH5 diumum berakhir, polemik pun mula merancak dalam kumpulan WhatsApp.

“Hang rela ka Cina pegang kuasa?” kata seorang bekas pengarang yang kini tidak lagi berada bersama syarikat akhbar arus perdana.

Soalan serius itu disambut jawapan main-main oleh anggota lain dalam kumpulan WhatsApp berkenaan yang kebanyakannya disertai pesara wartawan.

Sebahagian besar daripada mereka adalah bekas wartawan atau penyunting kanan akhbar arus perdana.

“Umno punya modal main takut-takutkan Cina berkuasa. Tu yang Najib pi China ‘jual’ segala khazanah Melayu kat China komunis tak bising pun..” jawab seorang yang lain. Masih dalam WhatsApp sama.

Ya, BERSIH5 berjaya membuka mata kita bahawa selepas hampir 60 tahun merdeka, polemik tentang siasah, ekonomi dan sosial masih terperangkap dalam kandang yang itu-itu juga.

Kita masih bersoal jawab tentang curiga Melayu kepada Cina, dan wasangka bukan Melayu kepada Melayu.

Sambil-sambil itu kita ulang edar gambar-gambar lama mengenai himpunan BERSIH atau Patriot yang belum tentu tahap ketulenannya.

Pada masa yang diperlukan – misalnya untuk meraih sokongan kaum yang berbeza daripada kita – laungkanlah slogan keramat 1Malaysia.

* Retrospektif

Bangunan menara berkembar yang lebih mesra digelar KLCC yang terkepit di antara Jalan Ampang – Jalan Yap Kwan Seng bukan sesuatu yang asing kepada peserta BERSIH.

Sejak siri pertama himpunan itu KLCC sudah menjadi seakan sebati, sama ada sebagai pusat permulaan perarakan atau tempat pertemuan.

Selama juga begitu. Cuma uniknya salah seorang daripada mereka ialah tokoh yang pernah memiliki ruang pejabat di salah satu tingkat di menara berkembar berkenaan.

Tun Dr Mahathir adalah boleh dianggap sebagai ‘otak’ di sebalik terjelmanya menara yang pernah diiktiraf sebagai tertinggi di dunia.

Bukan sedikit bantahan dan kritikan dihujahkan ketika ia mula dibina. Tetapi kerajaan Dr Mahathir tegas dengan keputusan membina menara itu.

Semalam Dr Mahathir berada di luar menara kembar berkenaan. Jika ditakdirkan bangunan itu mampu berkata-kata atau memberi reaksi seperti manusia, apakah yang akan dilafazkannya?

Dalam suasana serba hangat dan bersesak-sesak itu juga kemungkinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sempat mengimbau kenangan empuknya kerusi di pejabat mereka suatu ketika dulu.

* Pembabitan budayawan

Selain Datuk A Samad Said, entah siapalah yang hadir menguatkan tuntutan reformasi pilihan raya bersama BERSIH semalam.

Tidak pernah penting, sebenarnya, sebab budayawan dan sasterawan kerjanya adalah berfikir tentang apa saja kecuali siasah. Kalau ada pun, biarlah ia hanya menjadi cakap-cakap kedai kopi atau status di media sosial.

Lagi pun untuk apa mencampuri politik dalam negara kerana keluh kesah rakyat biarkan saja ditangani ahli politik. Tambahan pula BERSIH adalah tentang politik.

BERSIH5 mungkin hanya ‘agenda Cina’ orang atau ‘campur tangan George Soros’

Di negara ini sesiapa saja yang bukan menyokong kerajaan wajib dilabel sebagai pembangkang. Sasterawan dan penulis mana boleh membangkang.

Justeru BERSIH5 berjaya mengukuhkan kedudukan golongan itu sebagai kumpulan pemikir yang berjaya berfikir tentang apa-apa saja kecuali siasah yang boleh menyebabkan mereka nampak tidak bersama-sama penguasa.

* Baju Merah


Mereka mengotakan janji seperti dilafazkan Datuk Seri Jamal Md Yunos. Di mana ada baju kuning, di situ ada Baju Merah. Kadang-kadang mereka berkongsi tangga yang sama, atau koc LRT yang sama.

Di mana ada baju kuning, biasanya di situ ada baju merah.

Dianggarkan ada lebih 100,000 orang berbaju merah di sekitar Kuala Lumpur semalam, walaupun yang berarak dan berteriak-teriak itu mungkin hanya sekitar 1,000 hingga 4,000 orang.

Jamal menjanjikan 30,000 orang baju merah tetapi di sekitar Kuala Lumpur jumlah itu ternyata amat ramai. Cuma tidaklah semuanya menutup muka kerana sebahagian daripada orang berbaju merah itu berbaju merah kerana ia adalah pakaian seragam mereka di tempat kerja.

Seperti biasa tidak semua yang diingini, tercapai dalam BERSIH5. Ada beberapa kegagalan yang ketara semalam. Berikut adalah antaranya:

* Pertunjukan seni bela diri

Sepatutnya ia sudah tersusun dengan baik. Ia bermula dengan aksi yang ‘bunga-bunga’ yang sangat menjanjikan seperti aksi berhampiran pejabat Malaysiakini pada 6 November lalu.

Bukan mudah untuk menyaksikan bagaimana hebatnya seseorang memecahkan ketulan konkrit dengan kepala dan mematahkan batang kayu dengan badan.

Memanglah aksi itu kadang-kadang boleh ditafsir sebagai aktiviti memukul diri sendiri. Kadang-kadang ia kelihatan menghukum kawan-kawan, namun itulah uniknya seni bela diri.

Seni bela diri di tangan Baju Merah sangat unik dan menggerunkan.

Sepatutnya semasa BERSIH5 mereka mempamerkan aksi lebih hebat dan istimewa, seperti upacara mandi minyak panas atau bagi yang memiliki ilmu lebih tinggi, mereka mungkin boleh terbang dari satu stesen LRT ke stesen yang lain.

Bagi yang memiliki kemahiran ilmu ghaib pula, sekatan anggota keselamatan tentulah tidak menjadi masalah sama sekali.

Bagaimanapun kebanyakan mereka akhirnya mempamerkan kemahiran ilmu ghaib itu selepas tengah hari.

Di beberapa lokasi – termasuk di Padang Merbuk – menjadi sunyi tiba-tiba. Kelibat Baju Merah bagaikan boleh dihitung dengan jari ketika peserta BERSIH5 masih berjemur di bawah terik matahari.

* Tiada pancutan air, gas pemedih mata

Bagi sesetengah peserta, demonstrasi adalah waktu untuk menjadi ‘lebih berani’ atau sekurang-kurangnya menguji keberanian.

Terikat dengan kenangan BERSIH yang sudah-sudah, semalam mereka mengharapkan anggota keselamatan bertindak seperti yang dibayangkan – ada aksi kejar-kejaran, pancutan air dari trak Unit Simpanan Persekutuan dan angin yang membawa bahan kimia memedihkan mata serta menyesakkan pernafasan.

Tidak sedikit yang turun ke jalan raya membawa garam semalam.

Namun anggota keselamatan kekal dengan sikap yang terpuji. Tiada kekasaran atau kekerasan. Provokasi itu memang adalah. Biasalah, kanak-kanak itu nakalnya tetap ada. Cuma Polis Diraja Malaysia membuktikan mereka boleh bersikap profesional dan berkepala dingin.

* Soros

Entahlah jika ia tidak dilaporkan tetapi rasanya isu sumbangan hartawan George Soros tidak diungkit-ungkit semalam.

Ia tentulah berbeza ketika menjelang himpunan BERSIH5 apabila ‘lagu’ mengenai Soros didendangkan dari semasa ke semasa.

Mungkin disebabkan terlalu ramai maka anggota kumpulan Baju Merah terlupa untuk membangkitkan isu berkenaan kepada masyarakat di negara ini. Atau mungkin juga mereka menyedari orang ramai sudah faham apa yang mereka perkatakan.

* Jamal

Ia antara kekurangan paling ketara. Ditahan pihak berkuasa kelibat ketua Umno Sungai Besar itu memang tidak dapat disaksikan sepanjang BERSIH5 berlangsung.

Ia tentu suatu kerugian amat besar kepada orang ramai, termasuk orang yang tidak menyertai himpunan semalam.

Jamal adalah ‘selebriti’ yang tersendiri. Ketika aksi beliau mengenai cubaan melelong ‘tapak perniagaan’ di kawasan perumahan Datuk S Ambiga masih segar, tahun ini beliau muncul dengan idea lebih baru dan segar.

Tahun ini Jamal dikaitkan dengan janji “parang terbang” sehingga mendorong Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan siasatan dijalankan ke atas beliau.

Jamal menafikan beliau membuat kenyataan mengenai insiden 13 Mei dan “parang terbang”. Namun dugaan untuknya tidak berakhir di situ saja.

Jamal diuji pula dengan ‘tumbukan terbang’ di Ampang. Darah beliau ‘tumpah’ akibat kejadian itu. Setakat ini insiden berkenaan masih diselubungi misteri dan kita wajar membiarkan polis melengkapkan siasatan berhubung insiden berkenaan.

Manusia merancang namun tuhan yang memutuskan – seperti lagu Datuk Jamal Abdillah, Takdir Penentu Segala. Namun apa pun kelibat Jamal pasti dirindui ramai.

Hari ini BERSIH5 menjadi kenangan. Apakah kesan yang dibawa himpunan itu adalah sesuatu yang perlu dinilai dengan secara terbuka.

Sementara mendapat rumusan yang menyeluruh kita bolehlah terus mewarnakan Ahad ini dengan lagu daripada kumpulan rock Denmark, Walkers.

Your heart goes

Sha-la-la-la-la, Sha-la-la in the morning

Sha-la-la-la-la, Sha-la-la in the sunshine

Sha-la-la-la-la, Sha-la-la in the evening

Sha-la-la-la-la, Sha-la-la-la-la just for you. – Sumber ihsan Malaysiakini

Nota Ana Ghoib: Sokonglah kebenaran sedang Allah itu Maha Benar dan sesungguhnya IA mencintai manusia yang adil.
Meski bila kebenaran itu dinyatakan oleh Cina, Yahudi atau Nasrani malah seorang budak kulit hitam Sudan.

Sampai bila mahu menjadi negara berperangai kucing dan anjing sedangkan banyak pula masakini kita lihat ‘enmity’ permusuhan kucing dan anjing itu ada masa dibuktikan tidak benar malah mereka selesa mesra bersama.

Menurut kisahnya bahawa kucing dan anjing itu mula bermusuh kerana si kucing menceritakan kepada Nabi Nuh a.s bahawa anjing melakukan perkara dilarang sumbang [….] di dalam bahtera baginda.

Meski salah tetap salah tetapi kerana dendam dan marah maka mulalah si anjing mengejar kucing.

Berdamailah maka sudah sampai masanya Malaysia perlu ‘unity government’ atau jika tidak mahu maka ambillah otak-otak cerdik dari kem yang kamu katakan pembangkang walhal mereka mencadangkan beberapa kebaikan yang kamu tidak tahu, lalau atau bongkak menidakkannya dari suara rakyat.

Ingatlah pesan amirul mukminin Khalifah Umar r.a apabila ia berpesan apabila orang bercakap janganlah dipandang orangnya tetapi apa yang dicakapkan.

Jadilah ulama pada diri masing-masing dan cita-citakanlah pula menjadi orang yang benar sedang Jibril penyampai wahyu itu pula disebut di dalam Al Quran ianya ‘berakal benar’.

Kawal nafsu mewah, kebencian kaum mu dan menyangka tipu muslihat politik kamu licik sedang tipu muslihat Allah lebih benar lagi kukuh dan sungguh aku melihat kamu melayu dan negeri ini kini benar-benar kaum yang sedang diberi tempoh.

Firman Allah: Dan demi sesungguhnya! Jika kami tangguhkan azab daripada menimpa mereka hingga ke suatu masa yang tertentu, tentulah mereka akan berkata (secara mengejek): “Apakah yang menghalangnya?” Ketahuilah! Pada hari datangnya azab itu kepada mereka, tidak akan dapat ditolak daripada menimpa mereka, dan tentulah mereka akan diliputi oleh azab yang mereka telah ejek-ejek itu. – (Hud 11:8)

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Firman Allah: Dengan yang demikian, adakah orang orang (yang beriman dan taat) yang keadaannya sentiasa berdasarkan bukti yang nyata dari Tuhannya: sama seperti orang-orang (yang ingkar – derhaka) yang telah diperhiaskan kepadanya (oleh Syaitan) akan kejahatan amalnya (sehingga dipandangnya baik), dan yang telah menurut hawa nafsunya? (Sudah tentu tidak sama)! – (Muhammad 47:14)

Sesungguhnya orang-orang yang telah berbalik kepada keingkaran mereka sesudah terang nyata kepada mereka kebenaran petunjuk (yang dikemukakan kepadanya), Syaitanlah yang memperdayakan mereka (berlaku demikian), serta memanjangkan angan-angan mereka. – (Muhammad 47:25)

Thoha Putrajaya

Neraka itu memanggil dan menarik orang yang membelakangi serta berpaling (dari kebenaran), – (Al Quran Surah Al-Ma’aarij 70:17)

Firman Allah: Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan). – (Al-An’aam 6:44)

Katakanlah:” Bagaimana fikiran kamu, jika datang kepada kamu azab Allah dengan tiba-tiba, atau dengan terang-terang (setelah diperlihatkan tanda-tanda yang menunjukkan kedatangannya), siapakah yang akan binasa, selain dari kaum yang zalim?”. – (Al-An’aam 6:47)

Yang demikian kerana Tuhanmu tidak membinasakan negeri-negeri secara zalim sedang penduduknya leka lalai. – (Al-An’aam 6:131)



Selama Ini Kita DITIPU oleh DOKTOR Tentang DAGING KAMBING? IA ADALAH MAKANAN SUNNAH DAN BANYAK KHASIAT. MOHON SHARE!!!!



http://takcubarugi.blogspot.my/

Mereka yang berpangkat doktor menyarankan kita supaya mengelakkan dari memakan daging kambing, kerana daging kambing boleh menyebabkan panas badan.

Ada juga doktor yang mengatakan kandungan lemak dan kolesterol pada daging kambing tinggi serta seringkali daging kambing dituding sebagai penyebab darah tinggi dan sakit jantung.

Sebenarnya, daging kambing adalah makanan kegemaran Rasulullah S.A.W. Setiap sunnah nabi mesti ada kelebihannya. Oleh kerana orang barat (yahudi) tidak mahu kita ikut sunnah nabi, pelbagai kenyataan mereka keluarkan.

Tetapi hakikat sebenarnya banyak manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing.

http://takcubarugi.blogspot.my/

Daging kambing adalah daging yang paling baik

Kajian dari Persatuan Jantung Amerika menyatakan, daging kambing baik untuk mereka yang mempunyai masalah berkaitan jantung. Ini disebabkan daging tersebut tinggi kualiti proteinnya dengan nisbah kandungan lemak yang sihat.

Struktur molekul daging kambing yang berbeza menjadikan daging kambing lebih mudah dihadam. Ia juga amat sesuai untuk mereka yang menjaga kesihatan. Bukan setakat itu sahaja, malah jika dibandingkan, daging kambing mengandungi zat besi dan kandungan potasium yang rendah kandungan mineralnya.

Dagingnya lebih pejal dan lebih rendah kalori daripada daging lembu dan ayam tanpa kulit. Kesemua asid amino yang diperlukan ada di dalam daging kambing.

Pengurai Kolestrol Tepu

Daging kambing yang rendah kandungan proteinnya menjadikan ia terkecuali daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan yang tidak sihat.

Ikatan kolestrol tepu boleh dielakkan sekiranya Omega 3 terdapat di dalam darah, tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai kolestrol yang telah terbentuk. Hanya ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol lembut) sahaja yang boleh menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar). Oleh itu, kolestrol yang terbentuk dalam badan tidak boleh diurai dengan sebarang bahan melainkan dengan kolestrol kambing sahaja.

Vitamin C dan chitosan yang digunakan untuk menyelaputi protein boleh mengakibatkan pembentukan kolestrol yang lebih bahaya sekiranya ia diserap oleh darah. Sekiranya kandungan kolestrol tepu jenis ini banyak terdapat didalam darah, ia boleh mengakibatkan masalah jantung.

Sodium yang digunakan untuk mengawet daging serta untuk menyedapkan rasa daging akan membentuk kolestrol tepu yang halus. Biasanya kaedah ini digunakan untuk membuat daging burger.
Selain itu memakan makanan yang tinggi protein yang dicampurkan dengan perasa makanan seperti MonoSodium Glutamat (MSG) juga akan membentuk kolestrol tepu yang sangat halus. Ia boleh dipam naik ke bahagian otak dan sekiranya tersekat, ia boleh menyebabkan strok .

Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti
Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.

Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi.

Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.

Lemak di bawah permukaan kulit terbentuk akibat kolestrol yang gagal dicerna oleh hati. Ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan) jika terdapat dalam jumlah yang banyak. Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing.

Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.

Mencantikkan Kulit

Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida juga terdapat dalam daging kambing. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu serta mencantikkan kulit.

Pengambilan protein yang secara berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan mengakibatkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari.

Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari.

Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang lebih putih dan cantik.

Meningkatkan Rasa Kasih Sayang Dan Kegembiraan

Sistem darah (NW18) berkaitan dengan kawasan Thalamus (NW3). Thalamus berfungsi sebagai penjaga kasih sayang. Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan kasih sayang.

Jantung akan menjadi lebih lembut dan lancar pergerakannya apabila menerima kolestrol daging kambing. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira.

Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan (kasih sayang).

Mereka yang mengamalkan pemakanan daging kambing akan merasa tenang dan gembira serta mudah merasa getaran kasih sayang. Amalkanlah pemakanan daging kambing sekiranya menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan.

Baru Kenal Seminggu, Dipaksa Lakukan Seks



JEMPOL - Seorang gadis yang baru seminggu berkenalan dengan teman lelakinya melalui aplikasi BeeTalk, dipaksa melakukan hubungan seks di sebuah hotel murah di sekitar Bahau, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Noorzainy Mohd Noor berkata gadis berusia 29 tahun itu, dicabul dan dipaksa melakukan hubungan intim tanpa kerelaan, setelah diajak ke sebuah hotel bajet.

Katanya, pada Rabu lalu jam lebih kurang 10.30 pagi, suspek telah mengambil pengadu di rumahnya dekat Kampung Sungai Dua Kuala Pilah untuk ke pusat karaoke di Bahau.

“Selepas habis berkaraoke, teman lelakinya itu membawa pengadu ke sebuah hotel murah di sekitar Bahau dan meminta pengadu melakukan hubungan seks, tetapi ditolak dengan cara baik.

“Berang dengan sikap pengadu yang dingin, suspek kemudiannya terus mencium, meraba dan mencabul pengadu di bahagian sulit secara paksa.

"Disebabkan kejadian itu pengadu membuat laporan polis di Balai Polis Bahau pada hari yang sama,” katanya.

Tambahnya, hasil laporan itu pihak polis kemudiannya berjaya memberkas suspek di pekarangan parkir Taman Meranti Bahau, kira-kira jam 5 petang hari yang sama.

Sumber: Sinar Online

Doa Untuk Mengeluarkan Jin dan Racun Ilmu Sihir Dari Tubuh Manusia



Salam kepada pembaca yang budiman, berikut adalah di antara surah-surah al-Qur’an yang sungguh luar biasa manfaatnya untuk mengeluarkan jin, benda-benda halus atau racun ilmu sihir dari tubuh manusia. Mengeluarkan benda-benda itu sangat sulit bila sudah bersarang dalam tubuh orang yang sakit.

Akan sangat baik sekali apabila baru terkena sihir, santau atau racun yang ditujukan kepada korban untuk cepat-cepatlah bertindak, sebagaimana berikut:
Surah Asy Syuaraa’ ayat 95 hingga 118
Surah Arrad ayat 30 hingga 34
Surah Fussilat ayat 25 hingga 44
Surah Furqaan ayat 61 hingga 77
Surah Al-Mukminun ayat 105 hingga 118

Pilihlah salah satu ayat diatas dan amalkan dan bacalah pada keluarga atau kerabat anda yang terkena sihir. Bila membaca semua surah diatas sangat dianjurkan dan sangat bai sekali.

Cara-caranya, Sebelum memulai bacaan:
1. Istighfar 3x
2. Shalawat Nabi 10x
3. Al-Fatihah 1x
4. Ayatul Kursi 1x

Sediakan air, setiap kali selesai membaca bacaan diatas ditiupkan kepada air tersebut. Orang yang sakit diberi minum air dibacakan ayat al-Qur’an dan bacaan tersebut, ulangi setiap hari. Mandi dengan air yang sudah dibacakan dan minum setiap hari hingga sihirnya hilang.

Bila ada reaksi ingin muntah dari korban, sediakan kain putih serta tadah muntahan dan lihat seperti jenis racun itu dan buang racun itu ke sungai.

Amalan ini juga bisa diterapkan pada orang yang yang kerasukan makhluk halus dengan cara ditiupkan pada ubun-ubun kepala orang tersebut. Denga izin Allah akan sembuh.

1. Surah Asy Syuaraa’ : Ayat 95 Hingga 118



2. Surah Ar Ra’d : Ayat 30 Hingga 34



3. Surah Fussilat : Ayat 25 Hingga 44



4. Surah Al Furqan : Ayat 61 Hingga 77



5. Surah Al Mukminun : Ayat 105 Hingga 118


Sumber: islamidia

Tiga BERADIK Liar Buru KEPUASAN Jadi "CALL GIRL" SAPU SEMUA LELAKI




TERLUPA batasan agama untuk menjadi panduan hidup, tiga beradik yang mulanya ke pusat hiburan untuk berhibur dan mempunyai kekasih sebagai pengubat sunyi akhirnya hanyut dek godaan syaitan hingga ada yang sanggup menjual tubuh.


Disebabkan limpahan wang yang mampu diraih dengan mudah juga membuat ada antara tiga beradik liar dari Georgetown, Pulau Pinang itu rela menjadi “call girl” bagi dengan melayan lelaki kaya, kacak dan berkereta mewah hingga ke ranjang. Wartawan Metro Ahad, Zuhainy Zulkifli berkesempatan bertemu dengan tiga beradik ini untuk mendengar sendiri pengalaman dan luahan rasa mereka.


AIZA (bukan nama sebenar), 26, anak ketiga dari lima beradik:

“Hidup saya mula menjurus ke arah perbuatan seks bebas bermula sejak usia 17 tahun selepas berkenalan dengan Saiful yang ketika itu berusia 18 tahun dari Alor Setar, Kedah. Ketika itu saya bukan saja bangga menjadi teman wanita kepadanya disebabkan dia dikenali ramai di tempatnya tetapi Saiful yang selalu memberi wang dan membelikan pakaian berjenama menyebabkan saya mula gelap mata dan rela mengorbankan dara kepadanya.

Saya masih ingat semasa kami menyambut satu perayaan dan selepas melihat persembahan bunga api, Saiful mengadu tidak boleh memandu kereta kerana mengantuk dan memujuk saya supaya menginap di sebuah hotel tiga bintang. Saya masih mentah ketika itu hanya menurut saja katanya, malah dia berkata akan menyewa dua bilik berasingan tetapi apabila tiba di hotel, dia beritahu semua bilik sudah penuh dan hanya ada satu bilik saja. Pada malam itu jugalah mahkota diri saya diragut Saiful, malah kami beberapa kali terlanjur.

Bermula hari itu, kami sering melakukan perbuatan terkutuk itu, malah pernah beberapa kali melakukan seks dalam kereta berhampiran sebuah stadium di Alor Setar. Saiful anak orang kaya kerana bapanya seorang ahli perniagaan terkenal. Setiap hari Sabtu, kami akan bertemu dan setiap kali kami berjumpa sekurang-kurang RM200 pasti masuk kocek. Jumlah itu bagi saya yang hanya seorang pelajar tingkatan lima adalah cukup besar dan sebab itu saya tidak kisah untuk membiarkan dia meratah tubuh saya.

Setahun selepas berkenalan dengan Saiful, hubungan kami putus selepas dia melanjutkan pelajaran dalam bidang perniagaan di sebuah kolej swasta apabila dipaksa bapanya. Saya yang seperti ketagih hubungan seks kemudiannya bertaut kasih pula kepada seorang pemain muzik berkumpulan yang terkenal, Azlan. Hubungan saya dan Azlan hanya sekadar untuk melempiaskan keinginan seks masing-masing dan bukan kerana cinta. Azlan juga seorang yang agak kaya, kacak dan digilai ramai gadis ketika itu membuatkan saya bangga diusung ke sana ke mari ketika dia melakukan persembahan jelajah negeri.

Saya berpisah dengan Azlan dua tahun kemudian dan selepas itu saya mula memburu lelaki kaya dan hidung belang tanpa mengira usia, namun tidak bagi lelaki biasa dan tidak berduit. Ibu dan ayah tidak pernah bertegas dengan saya dan mereka hanya memberi teguran dan nasihat supaya meninggalkan kehidupan penuh dosa itu. Pada usia remaja, saya tidak perlu bekerja seperti rakan yang lain, telefon saja lelaki yang saya kenal, mereka akan memberi saya wang dengan hanya perlu melayan nafsu dan tuntutan batin mereka saja.

Pada suatu hari, saya mendapat panggilan telefon daripada beberapa rakan yang mendakwa video seks mirip wajah saya tersebar di internet. Saya tidak tahu siapa yang menyebarkannya kerana saya sudah tidur dengan beberapa lelaki dan akhirnya saya mengambil keputusan menetap bersama kakak sulung saya yang tinggal bersama teman lelakinya di sebuah rumah di Cheras, Kuala Lumpur. Ibarat lari dari mulut buaya, masuk ke mulut naga, saya sedari sikap kakak dengan saya sama saja. Sebut sahaja nama kelab malam, semuanya kami tahu dan kakak yang bekerja di sebuah butik pakaian juga memperkenalkan rakannya kepada saya, malah ramai juga yang sudah 'cuba' saya. Dua bulan kemudian, saya bekerja di sebuah butik kecantikan sebagai mengisi masa lapang pada waktu siang.


Dengan wang gaji, saya membeli sebuah kereta supaya nampak mewah bagi mengaburi mata lelaki. Jika lelaki itu kaya, tinggi jugalah habuan yang akan saya dapat asalkan melayan mereka sebaiknya. Kadang kala, terbit juga penyesalan di hati saya mengenai tahap pendidikan, pekerjaan dan seluruh kehidupan saya. Ada rakan yang saya jumpa sudah bertudung dan mengenal tikar sembahyang sedangkan saya, membaca surah al-Fatihah pun sudah lupa. Kakak kedua saya sering menghubungi saya dan kakak dengan menasihatkan kami supaya pulang ke pangkal jalan tetapi semua itu saya balas dengan gelak tawa.

Kini, saya tidak pasti berapa lama lagi kami adik-beradik akan terus berada dalam keadaan tersesat begini, adakah Tuhan akan mengampunkan dosa kami yang sudah jauh tersesat ini.”

LILY (bukan nama sebenar), 29 tahun dan anak sulung dari lima beradik:

“Kehidupan saya dan Aiza tidak banyak bezanya tetapi saya jadi begini kerana seorang lelaki. Saya akui bahawa saya lebih pandai bersosial daripada Aiza kerana semua lelaki saya sapu. Minuman keras pula sentiasa di tangan, pendek kata mahu sarapan pun dengan air kencing syaitan itu.

Saya pernah belajar di sebuah universiti tempatan di pinggir Kuala Lumpur selepas tamat tingkatan enam tetapi diberhentikan pada semester ketiga selepas pelajaran saya merosot. Semua itu terjadi selepas kejutan budaya yang dialami menyebabkan saya berhibur setiap malam bersama rakan. Saya tidak mahu pulang ke kampung kerana kehidupan di kota lebih seronok, malah saya langsung tidak menjenguk keluarga dan hanya menelefon mereka sebulan sekali. Saya berkenalan dengan Rizal yang berusia 26 tahun ketika itu, bekerja sebagai penjual kereta. Kehidupan saya mewah kerana dia juga membela saya ketika baru berusia 21 tahun di rumah yang saya tinggal sekarang di Cheras.

Dia mengajar saya merokok, meneguk arak, malah dia sering berkunjung ke rumah sewa saya bagi memadu kasih. Rizal yang sudah mempunyai tunang ketika itu tetapi dia bijak menyembunyikan hubungannya dengan saya. Pada hujung minggu, Rizal akan ke Johor Bahru berjumpa tunangnya dan pada ketika itulah saya mengambil peluang memberi layanan istimewa kepada beberapa rakan lelaki lain yang sanggup memberi wang. Dua tahun kemudian, kira-kira tiga bulan sebelum Rizal berkahwin, kami ditangkap basah.

Saya pulang ke Pulau Pinang pada malam itu juga bersama Rizal selepas diikat jamin. Ayah dan ibu hanya diam membisu, malah bersetuju saja dengan keputusan kami yang mahu segera berkahwin. Rizal pula berdepan dengan masalah apabila keluarga tunangnya minta ikatan diputuskan. Sebulan kemudian kami berkahwin tanpa restu keluarga Rizal. Mungkin perkahwinan yang tidak diberkati, kami bercerai enam bulan kemudian. Dengan gelaran janda pada usia 24 tahun, saya kembali liar dan berpeleseran di kelab malam.


Kegiatan saya lebih rancak selepas Aiza tinggal di rumah saya, malah bekas suami juga sering berkunjung ke rumah bagi menghilangkan rindu sedangkan saya sendiri sudah tidak mempunyai perasaan terhadapnya. Rizal tetap membayar sewa rumah dan memberi wang perbelanjaan menyebabkan saya sendiri tidak kisah dengan perbuatan itu. Namun, tidak pernah pula Rizal mencuba Aiza serta menyayangi Aiza seperti adiknya malah dia sering membawa kami pergi bercuti. Dengan hidup yang bergelumang dosa, adik keempat saya juga sering berkunjung ke rumah saya kerana menyambung pelajaran di universiti tempatan di Shah Alam.

Setiap hujung minggu, dia akan datang ke rumah saya bagi menikmati kehidupan sosial seperti kami. Shila tidak berminat melakukan hubungan seks berbayar tetapi dia lebih cenderung secara ringan-ringan. Saya terfikir, adakah dosa saya ini diwariskan kepada dua adik saya dan apakah ibu bapa masih mahu menerima kami selepas mereka tahu kegiatan kami? Saya dan Aiza tidak berani menjejak kaki ke rumah di kampung dan pulang hanya pada Aidilfitri. Selepas memohon ampun dan maaf, kami terus pulang ke ibu kota. Panas rasanya berada di kampung.”

SHILA (bukan nama sebenar), 24 tahun dan keempat daripada lima beradik:

“Antara lima beradik, saya paling bijak dalam pelajaran malah tidak pernah mengabaikannya. Begitu juga ketika menuntut di universiti, saya hanya bersosial setiap hujung minggu dan turut menerima wang tambahan dari kedua kakak saya bagi membeli keperluan belajar. Ketika pertama kali pergi ke rumah kakak keempat saya itu, agak terkejut apabila terdapat tiga lelaki ada dalam rumahnya termasuk bekas abang ipar yang sedang berbaring di bilik tidurnya.

Saya tanya kepada Lily, tetapi dia hanya tersenyum dan mendakwa itu adalah perkara biasa jika menetap di Kuala Lumpur. Pada malam itu, saya dibawa ke sebuah pusat hiburan dan agak kekok dengan suasana baru. Namun sedikit pun saya tidak berminat menyentuh minuman beralkohol yang dipesan Lily malah beberapa lelaki menawarkan RM400 bagi mencuba saya tetapi saya tolak dengan baik. Tetapi selepas itu, saya semakin seronok apabila diraba rakan Lily dan Aiza. Akhirnya saya tewas dan terjebak dengan aksi ringan-ringan. Mereka membayar saya RM300 sebagai duit poket dan jumlah akan ditambah jika saya ikut mereka balik ke rumah tetapi saya masih sayangkan dara saya dan tidak mungkin akan menyerahkannya kepada sesiapa sebelum berkahwin. Namun, bagi saya wang bukanlah segalanya. Saya berkenalan pula dengan Shafiq yang berusia 27 tahun dan dia seorang pemain gitar di sebuah kelab.


Shafiq seorang yang baik, jauh sekali meminta tubuh saya dan saya senang ketika bersamanya. Saya tidak pasti berapa lama hubungan kami dapat bertahan kerana saya mula mengharapkan Shafiq dapat membawa saya keluar dari keseronokan hidup ini. Hiburan yang kami nikmati saban malam, kadang kala membosankan. Kini saya mula rasa bersalah kepada keluarga.

Pernah saya menangis apabila teringat wajah ibu yang menyediakan sarapan semasa saya hendak pulang ke kampus dan wajah ayah yang sudah tua dengan topi lusuhnya mengusung beg ke kereta buruknya. Ibu hanya suri rumah, ayah pula seorang pesawah, siapa pula yang mahu menemani mereka di hari tua. Jika dulu, saya jarang pulang ke kampung kerana terpengaruh dengan rentak hidup Lily dan Aiza, kini Shafiq akan menemani saya sebulan sekali pulang ke kampung bagi menjenguk keluarga. Kini saya bekerja di sebuah jabatan kerajaan sebagai penolong pembantu tadbir. Gaya hidup saya kini lebih kepada melepak di kedai makan bersama teman tetapi tabiat merokok saya masih sukar dibuang. Hubungan saya dengan Lily dan Aiza tidak pernah renggang, saya juga sering mengikut mereka bercuti di beberapa pusat peranginan dalam negeri.


 http://koleksicikgusuraya.blogspot.my/

'Abang Kucing' Cabar Jamal Bertinju: "Saya Cabar Kerana Saya Lihat Kesamsengannya Semakin Terserlah dan Undang-Undang Juga Seakan Tidak Boleh Menyentuhnya"



BUKIT CHANDAN, 18 Nov - Seorang aktivis masyarakat, Sharul Nizam Ab Rahim, 37, melontarkan cabaran terbuka untuk beradu tenaga kepada Jamal dalam laman media semalam.

Sharul yang juga dikenali sebagai 'Abang Kucing' mencabar Jamal untuk bergusti di gelanggang sekiranya Pengerusi Gabungan NGO Malaysia itu benar-benar berhasrat menunjukkan kekuatannya.

Menurutnya, setakat ini, seramai 22 peninju dari seluruh Malaysia menghubunginya dan meminta slot bertarung dengan Jamal dalam gelanggang.

Begitupun, beliau berkata tiada sebarang respon dari Jamal sehingga kini, namun difahamkan Jamal mengetahui tentang cabaran itu yang dimuat naik di media sosial kelmarin.

“Bila saya buat cabaran terbuka sebegini, orang label saya sebagai penyokong Bersih tetapi sebenarnya mereka tidak tahu saya merupakan pemangkah tetap BN di Lubuk Merbau dan Padang Rengas.

“Saya cabar kerana saya lihat kesamsengannya semakin terserlah dan undang-undang juga seakan tidak boleh menyentuhnya. Itu sebab saya cabar beliau buka gelanggang dan bertinju di situ.


“Saya boleh sediakan beberapa peninju dan sekarang pun saya sudah ada 22 orang yang sudi masuk gelanggang menentang Jamal,” katanya sebagaimana lapor Sinar Online.

Tambah Sharul Nizam, beliau melakukan cabaran sebegitu kerana enggan budaya samseng dan pergaduhan terus merebak dalam kalangan masyarakat Melayu.

“Berani itu bagus tetapi bijak lebih baik. Kalau kita bergaduh di tepi jalan sebegitu, ia menyalahi undang-undang. Jadi, apa salahnya kita buka gelanggang dan Jamal boleh tunjuk kekuatannya di situ.

“Apa yang membuatkan saya geram adalah apabila dalam satu video, Jamal menolak seorang lelaki sedangkan polis ada di sekelilingnya. Itu salah, sangat salah.

“Yang kamu (Jamal) tolak tu Melayu tau, Islam sama-sama dengan kamu. Saya tidak tengok baju apa orang pakai masa itu tetapi kalau dia usik Melayu, saya akan bersuara,”
tegas beliau lagi.

Menurutnya, tindakan kumpulan baju merah menunjukkan kekuatan di jalan raya dilihat tidak adil dan tiadanya respon dari kumpulan baju kuning bukan bermaksud mereka takut.

“Mereka masih muda. Bila berlaku pergaduhan, polis akan berkas semua sekali. Bila ada rekod polis, susah untuk mereka cari pekerjaan pada masa depan.

“Sebab itu, mereka tidak melawan. Jadi, kumpulan baju merah janganlah ingat mereka takut lalu mereka terus melakukan lebih banyak provokasi pula,”
katanya.

Sumber: Sinar Online