Pencuri bercoli akhirnya ditangkap dan direman 3 hari

Empat wanita, digelar pencuri bercoli  yang menyembunyikan produk kecantikan di dalam pakaian dalam dan beg tangan mereka direman selama tiga hari.

Mereka yang disyaki mencuri di sebuah butik di Parit Raja, di sini, minggu lalu ditahan pada 8 malam tadi, kata ketua polis daerah Batu Pahat seperti dilapor Berita Harian.

Pencuri bercoli akhirnya ditangkap dan direman 3 hari
BATU PAHAT, 6 Dis — Kerana inginkan barang kecantikan “percuma”, sekumpulan wanita muda mencuri di sebuah kedai di Parit Raja di sini, termasuk menyoroknya di dalam coli.

Kegiatan empat gadis itu, yang digelar “pencuri bercoli”, terbongkar melalui rakaman kamera CCTV butik kecantikan tersebut dan kini menjadi buruan polis, lapor Sinar Harian.

Keratan-keratan video kegiatan mereka juga tersebar meluas di Facebook sejak kelmarin. Hampir 10,500 pengguna media sosial berkongsi video kes curi itu yang dianggap memeranjatkan.

Pengurus kedai itu Jalina Othman berkata seorang daripada mereka berpura-pura membeli satu produk, manakala tiga lagi ambil kesempatan mencuri barangan kosmetik.

“Namun, apa yang lebih memeranjatkan kami adalah barangan curi itu kemudiannya disorok dalam coli mereka dan pekerja saya hampir menangis kerana tidak percaya apa yang dilihat mereka,” katanya seperti dilapor.

Empat wanita itu datang ke butik pada waktu lewat petang minggu lepas ketika hanya seorang kakitangan Blackcube Rich bertugas, tambahnya. Kakitangan itu tidak sedar kecurian ketika melayan seorang daripada mereka, kata Jalina lagi.

Pemilik butik Nurul Atiqa Abu Rahim, 26, membuat aduan polis malam Ahad selepas meneliti rakaman CCTV berkenaan, lapor portal Berita Harian.

“Kakitangan saya akan mengira stok barangan di butik setiap hari dan mereka terkejut apabila mendapati kehilangan produk kecantikan bernilai sehingga RM2,000 pada 30 November lalu.

“Selepas meneliti semula rakaman, saya dapati empat gadis itu mencuri puluhan produk kecantikan dengan memasukkannya ke dalam coli serta beg tangan,” katanya kepada portal itu.

“Gadis yang memasukkan produk kecantikan ke dalam colinya sanggup berulang-alik ke kereta bagi mengeluarkan hasil curi sebelum kembali ke dalam butik dan mengulangi perbuatan itu.”

Ketua polis daerah Batu Pahat ACP Abdul Wahib Musa berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan, lapor Sinar Harian lagi.

“Keempat-empat suspek sudah dikenal pasti dan siasatan awal mendapati mereka bersaudara,” katanya kepada Berita Harian pula.

0 ulasan :

Post a Comment