BERBAHAYA... Seorang remaja leka bermain Pokemon Go menerusi telefon pintar di Jalan Magazine, Pulau Pinang yang terkenal dengan laluan yang sibuk dengan kenderaan. - fotoBERNAMA |
SUNGAI PETANI 12 Ogos - Dua lelaki yang sedang asyik bermain Pokemon Go bernasib baik hanya mengalami kecederaan ringan setelah dirempuh sebuah kereta di Jalan Bakar Arang, awal pagi ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md. Zukir Md. Isa berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 2.30 pagi apabila mangsa, Tan Chin Kang, 35 dan rakannya, Teoh Koon Ee, 30, berdiri di hadapan sebuah kedai di situ.
“Tiba-tiba datang sebuah Proton Wira melanggar mereka berdua dan terus meninggalkan tempat kejadian.
“Akibat daripada kecederaan itu, Chin Kang mengalami luka di kaki kiri sementara Koon Ee luka di muka, kepala, tangan kiri dan kanan serta kedua-dua belah kaki,” katanya. - UTUSAN ONLINE
0 ulasan :
Post a Comment