Tips Perkahwinan 5 Petua Rumahtangga Bahgia

Mengekalkan kebahagiaan rumah tangga tidak semudah yang disangka sekiranya pasangan tidak mengetahui asas kepada kebahagiaan.

 http://koleksicikgusuraya.blogspot.my/
Setiap perkahwinan, mana mungkin kita harapkan kecundang di kemudian hari. Mestilah kita doakan yang baik-baik dan indah sahaja sepanjang bersama pasangan, sehingga akhir hayat.
"Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1)
Dalam surah An-Nisa sendiri telah nyatakan kita dicipta berpasangan dan hendaklah kita memelihara hubungan tersebut. Meskipun ramai berpendapat hanya di awal perkahwinan sahaja indah, bila sudah usia perkahwinan menjangkau 10 tahun dan mula lah segala masalah bermula. Ada mungkin betulnya di situ. Bukan apa, meskipun sudah 8 tahun menyulam cinta sebelum berkahwin, belum tentu semua perangai pasangan anda sudah kenal. Mereka yang sudah berkahwin 20 tahun pun ada juga mengakui masih tidak faham dengan pasangan mereka sendiri. Inikan pula hanya bercinta 8 tahun.
Cuma admin hendak tekankan di sini kepada mereka yang bakal mendirikan rumahtangga untuk janganlah pula takut atau teragak-agak dengan keputusan untuk berkahwin itu. Tarik nafas. Senyum. Okay, sekarang baca apa yang admin hendak kongsikan. Jangan termakan kata-kata orang yang hubungan anda akan kelam selepas sekian lama bersama. Oleh itu, admin di sini akan kongsi cara-cara untuk tidak mendekatkan hubungan anda dan pasangan dengan suasana kelam yang sering diperkatakan.
Tips yang ingin admin kongsikan ini, bukan sahaja untuk pasangan yang baru berkahwin. Juga boleh diamalkan bagi pasangan-pasangan lama yang ingin memupuk kembali rasa cinta seperti pertama kali mengucapkan “Aku terima nikahnya".
 http://koleksicikgusuraya.blogspot.my/
1) Hormati pasangan anda.
Jika ada sebarang ketidakpuas hatian anda terhadap pasangan. Jangan bersikap panas untuk terus menghembur pasangan. Sebaliknya, tarik nafas dan cuba bicara berdua di dalam nada yang lembut supaya pasangan anda tidak rasa tercabar dengan pendapat serta luahan anda mengenai perasaan rasa tidak puas hati tersebut. Hormat suami sebagai ketua keluarga. Serta hormat isteri sebagai peneman serta ibu kepada anak-anak anda.
2) Luahkan rasa cinta anda terhadap pasangan setiap hari
Tahukah anda, dengan hanya mengatakan anda sayang dan cinta itu telah boleh merubah hati yang suram kepada hari yang indah dan penuh dengan bunga-bunga? Rendahkan ego dan rasa malu. Katakan pada pasangan bertapa indahnya hidup anda memilikinya sebagai teman hidup. Pujilah jika mereka tampak kacak dan cantik dari hari biasa. Jangan segan untuk berjalan berpegang tangan ketika berjalan berdua di luar. Kerana dengan luahan ini, telah menjadikan hubungan anda dan pasangan penuh dengan bunga cinta.
3) Hargai pasangan anda
Mungkin setelah sekian lama bersama, 1001 perangai pasangan anda telah anda ketahui. Sesungguhnya tiada insan sempurna di dalam dunia. Jika ada sebarang rasa negative, gantikan fikiran dengan fikirkan perkara baik dan positive yang telah dia dan anda lakukan bersama, atau yang telah dia lakukan untuk anda. Jangan cuba mengubah seseorang. Nilai dan pandanglah diri sendiri terlebih dahulu di dalam cermin, buat penilaian diri. Layakkah anda mengubah pasangan anda? Hargai kehadiran mereka. Ucap terima kasih dengan setiap apa dilakukan dan sentiasa memberikan kata cinta supaya dengan ini mereka rasa dihargai dan kewujudan mereka disedari. Jika anda mempunyai rezeki lebih, berikan pasangan hadiah tanda terima kasih anda kerana kehadirannya di dalam hidup anda.
4) Komunikasi antara pasangan
Oh wanita mahupun lelaki, keduanya mempunyai ego tersendiri. Siapa kata ego lelaki tinggi? Perempuan tidak terkecuali. Jadi, untuk menjadikan perkahwinan anda dan pasangan indah dan bahagia, terapkan nilai hormat di dalam diri masing-masing. Jangan sesekali meninggikan suara untuk menunjukkan siapa benar dan siapa salah. Dan di dalam perkahwinan juga tiada istilah anda adalah boss. Meskipun suami adalah ketua keluarga. Tetapi kaum Adam harus peka, dengan kuasa yang anda ada, jangan tersalah guna. Untuk kaum Hawa pula, jangan mudah marah dan menyalahkan pasangan. Komunikasi amat perlu untuk membantu anda dan pasangan saling memahami antara satu sama lain. Luahkan rasa anda supaya tiada apa yang terpendam di dalam hati. Jika pasangan anda mempunyai masalah, jadilah bahu dan telinga mereka. Dengar setiap apa yang mereka luahkan, nasihat jika perlu.
 http://koleksicikgusuraya.blogspot.my/
5) Wujudkan suasana romantik di rumah
Kebersihan amat lah penting. Bersihkan rumah anda. Jika ada kelapangan, ajak pasangan anda bersama lakukan aktiviti mesra di rumah. Seperti masak bersama, kemas rumah bersama dan lain-lain lagi. Kepada kaum Hawa, jagalah kebersihan suami anda. Kebersihan diri mereka. Makan, pakaian serta kebersihan diri seperti rambut, wangian badan, jambang dan etc. Gunakan panggilan mesra antara anda dan pasangan di mana sahaja anda berada. Supaya rasa sayang itu sentiasa ada di dalam setiap kata dan perbualan anda.
Ini antara tips yang boleh admin kongsikan agar anda dan pasangan lebih bahagia. Paling penting, pasangan haruslah pandai memainkan peranan masing-masing dan mengetahui tanggungjawab yang digendong. Kebahagiaan hubungan anda sebenarnya terletak pada anda sendiri. Jangan berhenti mencuba jika anda rasakan rasa mesra dahulu, yang pernah anda rasa telah hilang. Teruskan mencuba. Paling utama, jangan putus berdoa kepadaNya. Kerana Dia Maha Kuasa, Maha Mengetahui. Kepada pasangan yang baru sahaja melayari bahtera cinta, rasa kasih dan sayang yang membuak-buak di mana anda merasakan dunia ini hak milik anda, jangan terus hilang rasa itu. Pegang dan kunci rasa itu, biar selamanya begitu.
Percayalah, anda mampu bahagiakan hubungan anda! Semoga berjaya!
kredit: Mya Zulkifli
 http://koleksicikgusuraya.blogspot.my/

0 ulasan :

Post a Comment