Jangan bawa anak dara anda kesini !!

16 gadis disahkan mengandung selepas mandi dikolam ini

Fakta ke auta?

Pelajar lebih pandai jika miliki guru menarik

Suami-suami diluar sana, jangan sampai isteri jadi macam ni

Lagi pengakuan isteri curang, tertarik aku pada seorang duda

Tips kulit gebu dan sihat

Tiada masa untuk melakukan rawatan kulit di pusat pakar kecantikan?

20 tips hidup sihat

Mengekalkan kecergasan dan berat badan sihat membantu memanjangkan jangka hayat

Video Penampakan Haiwan Purba Gemparkan Rakyat China



Video Penampakan Haiwan Purba Gemparkan Rakyat China|Satu Viedo penampakan haiwan yang banyak di tulis dalam mitologi kuno (Naga) Telah membuat negara China gempar.

Tanah naga merah china,diberi nama itu konon dalam cerita banyak naga bersarang di antara bukit bukit itu.

Diketahui populasi naga telah pupus dan tidak dipercayai wujudnya binatang ini,namun baru baru ini seorang individu mendakwa bahwa dia melihat sesuatu menyerupai seekor Naga di lagit bukit tanah merah naga China.

Menerusi saluran youtube apextv video berdurai 5 menit lebih itu menjadi perhatian pengguna media sosial.

“Ada mahluk terbang di atas langit luas,sayapnya lebar dan berwarna gelap,tertangkap di China “katanya.

Bagainamapun reaksi natizen mendakwa ia adalah burung gergasi sejenis Dinosaurus pterodactyl.

Beberapa orang juga menafikannya dan mengatakan video itu adalah hasil daripada kecanggihan teknologi.

Namun di akhir video Yang di tonton lebih dari 2 juta berkenan, mahkluk serupa juga pernah terlihat di langit Pennsylvania ,Adakah ia mahluk yang sama?

Anda boleh lihat sendiri videonya di bawah. 




Kredit: eberita

India Negara Paling Banyak Korban Selfie



NEW DELHI - INDIA. Sebuah analisis terbaru mendakwa India menduduki tempat tertinggi dengan angka kematian berpunca daripada aktiviti selfie.

Menurut laporan Washington Post, analisis tersebut dihasilkan oleh cendiakawan dari Universiti Carnegie Mellon dan Indraprastha Institute of Information di New Delhi.

Analisis bertajuk 'Me, Myself and My Killfie: Characterizing and Preventing Selfie Deaths' berkenaan mengatakan terdapat 126 kes kematian ketika mengambil selfie di seluruh dunia.

Daripada jumlah tersebut, 76 kes berlaku di India.

Pakistan menduduki tempat kedua dengan 9 kes kematian dan diikuti oleh Amerika Syarikat dengan 8 kes, Rusia (6 kes), China dan Filipina (4 kes) dan Sepanyol (3 kes).

Indonesia, Portugal, Peru dan Turkey pula mengumpul 2 kes diikuti oleh Romania, Australia, Mexico, Afrika Selatan, Itali, Serbia, Chile, Nepal dan Hong Kong melaporkan 1 kes.

Penyelidik juga melaporkan lelaki lebih cenderung mengambil selfie merbahaya berbanding wanita.

Majoriti mangsa pula berusia kurang dari 24 tahun.

Antara kematian selfie 'biasa' melibatkan jatuh bangunan dan jatuh gunung (29 kes) diikuti dengan dilanggar kereta api (11 kes).

27 Terbunuh Dalam Serangan Masjid



Pengebom berani mati menyerang sebuah masjid Syiah di Kabul, Afghanistan, mengorbankan 27 orang.

Sekurang-kurangnya 35 orang cedera dalam letupan di Masjid Baqir ul Olum yang terletak di barat bandar itu.

Serangan itu berlaku ketika jemaah sedang berkumpul untuk acara agama.

Tidak jelas dalang di sebalik serangan itu tetapi Syiah Afghanistan berhadapan dengan beberaapa siri serangan sejak kebelakangan ini dipercayai dilakukan oleh Kumpulan Militan IS.

Saksi memberitahu, penyerang itu berjalan kaki dan meletupkan dirinya dalam kalangan orang ramai di dalam bangunan.

"Saya berada di dalam masjid dan Mullah sedang membaca doa. Tiba-tiba letupan besar berlaku dan suasana jadi gelap," Ewaz Ali, 50, yang mengalami kecederaan ringan.

Polis percaya pengebom berani mati itu meletup bahan letupan di dalam masjid.

Media tempatan melaporkan kanak-kanak antara mangsa yang terbunuh dalam serangan itu. - MalaysiaGazette

Jam Tangan Patek Philippe Reference 1518 Paling Mahal Di Dunia Berharga RM48.4 Juta!



Seutas jam tangan Patek Philippe Reference 1518 memecah rekod jam tangan paling mahal dilelong dengan harga RM48.4 juta pada awal November 2016.

Harga jam tangan tersebut ditetapkan 13 minit selepas lelongan dimulakan di lelongan jam Phillips in Association with Bacs & Russo di Geneva.

Menurut laporan CNN, terdapat 8 pihak berminat untuk membeli jam tersebut pada awal lelongan.

"Mereka berlawan harga sehinggalah harga mencecah nilai tertinggi dan tinggal dua pihak bertarung harga," kata pengurus lelongan, Sam Hines.


Kata Sam, jam tersebut 'menjadi rebutan ramai' dan hanya wujud empat utas di dunia dalam keadaan sempurna.

Jam tangan Patek Philippe Reference 1518 telah dihasilkan pada 1943 dan mengandungi fungsi fasa bulan, tanda waktu arab dan meter tachy yang mampu mengukur kelajuan dan jarak.

Sebelum ini, rekod jam termahal pernah dilelong dipegang oleh jenama sama tetapi model yang berlainan iaitu Patek Philippe Reference 5016 pada harga RM32.1 juta.

Dalam dunia jam tangan, produk buatan Patek Philippe dianggap sama taraf dengan sebuah Rolls-Royce.

Sumber artikel: sentiasapanas