Jangan bawa anak dara anda kesini !!

16 gadis disahkan mengandung selepas mandi dikolam ini

Fakta ke auta?

Pelajar lebih pandai jika miliki guru menarik

Suami-suami diluar sana, jangan sampai isteri jadi macam ni

Lagi pengakuan isteri curang, tertarik aku pada seorang duda

Tips kulit gebu dan sihat

Tiada masa untuk melakukan rawatan kulit di pusat pakar kecantikan?

20 tips hidup sihat

Mengekalkan kecergasan dan berat badan sihat membantu memanjangkan jangka hayat

Malaysia Jangan Masuk Campur Urusan Myanmar



SHAH ALAM - Myanmar menegaskan agar Malaysia tidak masuk campur hal dalaman negara yang sedang berhadapan krisis penghapusan etnik Rohingya itu.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan laporan yang mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan menghadiri Himpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya di Stadium Titiwangsa, esok.

Timbalan Ketua Pengarah Pejabat Presiden Myanmar, U Zaw Htay berkata, Malaysia perlu menghormati kedaulatan negara mereka supaya tidak mencampuri hal dalaman negara Asean.

“Kami patuh dan menghormati prinsip itu. Kami berharap kerajaan Malaysia juga mematuhinya,” kata Zaw Htay kepada Myanmar Times.

Perhimpunan besar-besaran itu juga bakal disertai Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas demonstrasi di luar Kedutaan Myanmar pada 25 November lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini mengumumkan suatu demontrasi bantahan yang akan dihadiri pimpinan negara, termasuk perdana menteri, akan diadakan pada Ahad bagi menyuarakan kebimbangan akan keganasan ke atas Rohingya di Myanmar.

Katanya, kita tidak akan berpeluk tubuh sementara ribuan orang Rohingya dibunuh dalam pembersihan etnik yang dibenarkan pemerintah mereka.

“Kekejaman oleh negara anggota Asean tidak boleh dibiarkan dan kita langsung tidak ada niat untuk mencampuri hal dalaman mereka (Myanmar),” katanya.

Zaw Htay sebelum ini menuduh demonstrasi di luar kedutaan Myanmar di Kuala Lumpur adalah bentuk politik yang diatur untuk menarik sokongan rakyat Malaysia.

Sumber: sinarharian

Larang Guna Bahasa Arab


Lebih 50 undang-undang diskriminasi telah dikenakan ke atas penduduk Palestin.
TEL AVIV – Tindakan Israel melarang pengumuman dalam bahasa Arab dalam perkhidmatan bas awam di Beersheba di Negev telah mencetuskan kritikan penduduk Palestin di wilayah itu, kelmarin.

Kecaman itu dibuat selepas Kementerian Pengangkutan Israel mengarahkan syarikat bas, Dan, supaya tidak lagi membuat pengumuman dalam bahasa Arab kononnya menerima aduan daripada penduduk Yahudi di bandar terbabit.

Sebelum ini, syarikat bas tersebut telah membuat pengumuman dalam bahasa Hebrew dan Arab yang merupakan bahasa rasmi di wilayah itu.

Ahli Knesset mewakili komuniti Arab, Yousef Jabareen menyifatkan langkah itu sebagai sebahagian daripada rancangan jahat Tel Aviv untuk menggambarkan bahasa Arab sebagai bahasa musuh.

"Ia menjadi tanggungjawab syarikat pengangkutan tersebut untuk menghormati bahasa Arab dan menggunakannya di semua tempat termasuk bas serta kereta api.

"Tindakan melarang penggunaannya jelas mencerminkan iklim perkauman dan mewujudkan suasana hasutan di wilayah ini," katanya yang merujuk kepada rang undang-undang yang melarang laungan azan menggunakan pembesar suara yang disokong Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, awal bulan lalu. – al-Jazeera

Video Rakaman Aidil Aziz Dijatuhkan Hukuman Gantung Oleh Hakim. Menangis Sampai Terduduk Aidil Aziz. Kesian Tengok Masa Depan Muda2 Lagi Dah Kena Gantung.



Pelakon drama Lara Terindah, Aidil Aziz dan dua rakannya berdepan hukuman mati di tali gantung selepas didakwa atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja seberat hampir 500 gram dua minggu lalu.

Aidil atau nama sebenarnya Mohd. Aidil Abdul Aziz, 28, dan dua rakan iaitu Omar Sayeed Ghulam Mohammad, 36, dan R. Guevara Cortez, 33, hanya meng­angguk faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin di Mahkamah Majistret di sini semalam.
Omar Sayeed merupakan anak kepada seorang Datuk Seri manakala Guevara merupakan rakyat Filipina.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada ketiga-tiga tertuduh berkenaan.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh secara bersama didapati mengedar dadah berbahaya iaitu ganja dengan anggaran seberat 465.61 gram di sebuah rumah banglo beralamat di No. 1 Jalan Ampang Ulu di sini pada pukul 12.40 te­ngah hari, 24 September lalu.

Bagi kesalahan itu, kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.


Media Indonesia Viralkan Najib Songlap Duit 9 Bilion Ringgit Lihat Video Penuh

Isu najib bukan isu yang kecil jika dahulu Mahathir di kenali seluruh dunia dengan kepimpinan yang tegas dan melonjakkan ekonomi serta permodenan Malaysia di mata dunia Mahathir dipuji sebagai PM berjaya mengharumkan nama negara.


Walaupun Mahathir pernah bertindak kejam terhadap Anuar dan rakyat Malaysia yang menentangnya ketika itu pasti dihumban dalam ISA namun beliau tidak membebankan rakyat Malaaysia yang lain berbanding hari ini.

Rata-rata hari ini netizen terutamanya anak muda menaruh perasaan benci terhadap najib kerana pelbagai cukai dan kos sara hidup semakin tinggi ada yang mengatakan hanya orang "bodoh" sahaja akan undi UMNO.

Najib bukan sahaja dikenali rakyat Malaysia Malahan didunia dengan pelbagai isu termasuk skandal 1MDB yang dikatakan di songlap jutaan ringgit. Perkara ini juga telah disebut-sebut media indonesia

bayangkan seluruh asia bahkan dunia mengetahui Perdanan Menteri Malaysia masih boleh senyum dan tiada sebarang tindakan dengan isu dan tuduhan soglap duit.

jika di negara-negara luar walaupun dituduh menteri atau perdanan menteri pasti akan melepaskan jawatan tersebut kerana tak sanggup menahan rasa malu tetapi di Malaysia perkara tersebut mustahil akan berlaku.


Sumber: malaysianewsss