Video viral kononnya penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dihalang dari menjalankan tugas oleh pasangan Cina semalam, dipercayai akan diselesaikan dengan baik.
ADUN Seri Kembangan dari parti DAP yang mewakili pasangan tersebut YB Ean Yong Hian Wah yang mewakili pasangan tersebut, dikhabarkan telah menawarkan sejumlah ganti rugi sebagai pampasan kepada penguatkuasan wanita MBSA yang berkenaan.
Hal ini menurut sumber, adalah salah faham berikutan pasangan berkenaan keliru dengan pakaian seragam yang digunakan anggota MBSA berkenaan, yang menurut pasangan berkenaan sama seperti pakaian seragam badan beruniform sekolah.
Oleh yang demikian, menyangkakan pelajar sekolah cuba bergurau dengan memberikan saman, pasangan berkenaan juga bergurau semula tanpa menyedari mereka adalah penguatkuasa MBSA yang sebenarnya.
Justeru, MBSA juga atas arahan kerajaan negeri, telah mengarahkan kakitangan penguatkuasaan yang berkenaan untuk menarik balik laporan polis yang telah dibuat dan sebagai kakitangan kerajaan negeri, mereka wajib mematuhi arahan tersebut atau tindakan tatatertib dikenakan.
Hal ini akan diselesaikan secara dalaman tanpa perlu campur tangan pihak polis. MBSA juga akan menukar pakaian seragam anggota penguatkuasanya untuk mengelakkan salah faham.
Permohonan baharu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017 dan kemaskini maklumat BR1M bagi penerima sedia ada boleh dibuat mulai 5 Disember sehingga 31 Disember 2016.
Penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar sekali lagi, sebaliknya hanya perlu mengemaskini maklumat berkaitan yang berubah, seperti alamat terkini, maklumat akaun bank (akaun simpanan atas nama pemohon sahaja), maklumat ahli isi rumah, maklumat waris dsb.
Memohon dan kemaskini BR1M secara online Proses permohonan baharu BR1M dan pengemaskinian maklumat BR1Mboleh dibuat dengan mengisi borang BRIM secara atas talian melalui portal rasmi eBR1M Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) iaitu di pautan:
https://ebr1m.hasil.gov.my Permohonan secara online hanya boleh dibuat menggunakan komputer kerana aplikasi e-BR1M tidak direka bentuk untuk capaian peranti mudah alih.
Memohon dan kemaskini BR1M secara offline
Permohonan baharu dan pengemaskinian BR1M juga boleh dibuat secara manual dengan menggunakan Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017 (borang BK-01 [1/2017]) yang boleh dimuat turun di sini.
Borang BR1M yang siap diisi boleh dikembalikan ke mana-mana cawangan LHDNM, Pusat Khidmat Hasil LHDNM, Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM, pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) atau pejabat daerah.
Tarikh Dan Cara Pembayaran BR1M 2017 BR1M akan dibayar secara berperingkat mulai Februari 2017. Sila rujuk Tarikh Dan Cara Pembayaran BR1M 2017 untuk maklumat lanjut.
Untuk sebarang pertanyaan mengenai permohonan dan kemaskini BRIM, sila hubungi: Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-88824565 atau 03-88824566 Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716 Email kepada br1m@treasury.gov.my
Selangor - Foto Warga Pakistan Kantoi Rogol Gadis Melayu Dibelasah Oleh Keluarga Mangsa Di Puncak Alam!
Inilah Wajah pemotong rumput berbangsa Pakistan yang ditangkap oleh penduduk di Puncak Alam dekat Petronas semalam kerana memperkosa seorang gadis melayu.
Mengikut maklumat, warga Pakistan yang ambil upah memotong rumput telah mencabul dengan memeluk erat seorang anak dara tuan rumah selepas menerima bayaran.
Seperti diceritakan, 5 warga Pakistan ni telah menghalang kereta cara samseng ahli keluarga yang mencari Pakistan ini.
Warga Pakistan ini memegang kayu dan memukul 2 lelaki melayu sambil memetik yang mereka adalah 3 line.
Pergaduhan ini melibatkan orang awam Puncak Alam yang tidak menyukai sifat buruk pekerja asing ini yang mencabuli remaja dan berlagak samseng, menurut sumber di laman sosial.
Fatwa Khomeini Imam Syiah Makan Diri | Beliau mati Dalam Keadaan Mayat Terjatuh 3 Kali Dan Auratnya Terbuka ( Gambar ) | Antara Fatwa beliau, Barangsiapa yang meninggal lalu jenazahnya jatuh dari keranda jenazah maka dia termasuk dari penduduk neraka. Dan dalam fatwanya yang lain Khomeini mengatakan; salah satu dari tanda-tanda su'ul khatimah adalah jatuh dari keranda jenazah saat akan dikuburkan.
Khomeini merupakan pemimpin utama Syiah; meninggal dunia pada hari Sabtu, 03 Jun 1989 – mengalami sendiri apa yang dia fatwakan. Dianggarkan sekitar 3-3.5 juta orang menghadiri upacara pemakaman Khomeini dan hampir setiap individu ingin melihat jenazahnya dan ingin menyentuhnya buat kali terakhir.
Media massa yang tidak dapat dikawal berebut untuk mengangkat keranda jenazah mengakibatkan kerosakan keranda dan jenazah terjatuh, lebih mengaibkan ialah kain kapan Khomeini terbuka sehingga setengah telanjang. Belajar dari pengalaman itu, sebelum upacara pemakaman berlangsung, jenazah Khomeini diletakkan di dalam besi baja.
SIAPAKAH KHOMEINI?
Di blog ini bukanlah tempat untuk menceritakan riwayat tokoh yang berhasil menjadi pemimpin bangsa Persia-Iran sekaligus tokoh Syiah yang menggoncang dunia ini secara mendalam. Ia sekadar memperlihatkan beberapa sisi seorang Khomeini dari sejumlah pandangan, sikap dan juga tulisan berupa percakapan Khomeini yang telah dibukukan sebagai panduan penganut Syiah. KHOMEINI MENOLAH PERIBADAHAN KEPADA ALLAH SWT
“Sesungguhnya kami tidak menyembah Ilah (sesembahan) yang mendirikan bangunan yang tinggi untuk ibadah, keadilan dan agama yang kemudiannya menghancurkannya sendiri. Kemudian ia menduduki Yazid, Mu’awiyah dan Utsman dan selain mereka dari golongan orang-orang yang melampaui batas terhadap manusia dalam pemerintahan. Dan ia tidak pula menentukan nasib ummat setelah wafatnya Nabi”. (Lihat Kasyf al-Asrar, hal 123, karya Imam Ayatullah Khomeini) KHOMEINI MENGHINA NABI
Sebagai penganut Syiah, posisi para Imam mereka (Syiah) lebih terhormat daripada Nabi dan itulah keyakinan yang diamalkan oleh para Khumaini.
“Sesungguhnya diantara hal yang termasuk paling penting dalam mazhab kami ialah imam-iman kami memiliki posisi yang tidak boleh dicapai oleh para malaikat, begitu juga dengan para nabi yang diutus”. (Lihat aL-Hukumah aL-Islamiyah, hal 52, karya Imam Ayatullah Khomeini) KHOMEINI MENINDAS AYATOLLAH HASAN THABATHABA’I
Maka Ayatollah Hasan Thabathab yang tinggal di Qum telah diperangi oleh Khomeini, seperti dilarang menggunakan pesawat, telefon, dilarang menemui para sahabat, bekalan air dan letrik ke rumah beliau juga dipotong, tidak boleh juga mendapatkan rawatan sekiranya sakit. Hasan Thabathab menentang teori ‘Khomeinism’ ini yang dianggap dapat menjadikan Khomeini seorang diktator, bukan wali Allah.
“Saya tidak dapat menerima hal itu, itu merupakan penunggangan aliran Syiah; dan kediktatoran tidak ada dalam agama ini. Saya berpesan kepada semua ulama dan cendekiawan bahawa segala apa yang terjadi di Iran dengan ‘Revolusi Islam’nya sebenarnya tidak ada kaitan dengan agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW, bahkan banya bertentangan dengan nas-nas Al-Quran yang sampai pada kita. Apa yang diperbuat oleh Khomeini dan kuncu-kuncunya tidak ada hubung kait dengan Islam”. (Lihat Ayatollah Hasan Thabathab-Naqdu Walayatil Faqih-Muhammad Maalullah, hal 27 & 28, 30 & 31) KHOMEINI MEMBUNUH GURUNYA SENDIRI
Sementara itu, Ayatollah Syariat Madari, guru Khomeini yang telah menganugerahkan istilah “Ayatollah” kepada Khomeini, di mana beliau juga seorang tokoh Syiah yang ternama turut menentang konsep yang diangkat oleh Khomeini. Akibatnya setelah berkuasa, Khomeini mengirimkan 10k tentera untuk menyerang dan membunuh gurunya ini. Ayatollah Syariat Madari sependapat dengan ulama Syiah Iran lainnya yang membatasi kekuasaan faqih dalam bidang-bidang tertentu sahaja dan sama sekali tidak boleh mengisytihar diri mereka sebagai wakil Allah SWT atau Imam Mahdi. KHOMEINI BUKAN AHLUL BAIT
Sebelum ini pernah gempar di media sosial tentang keturunan Khomeini di mana seorang pemuzik dari Indonesia; Ahmad Dhani mengatakan bahawa Khomeini jelas dan sahih keturunan Nabi Muhammad SAW. Menurut Ahmad Dhani lagi yang mempertahankan kesesatan pemimpin Syiah itu, “hanya itu yang boleh disahkan dan tidak pada yang lain”.
FAKTA SEBENAR
Petikan Kajian Ustaz Muhammad Abdurrahman Al Amiry
“Datuk Khomeini datang dari India 120 tahun yang lalu. Di tinggal di kota Khumain di Iran. Ayahnya bernama Musthafa Ahmad dan dikenali sebagai ‘Singh’, lahir pada tahun 1842 di Kashmir; keluarganya penganut agama Sikh. Datuk Khomeini adalah seorang penjual Khamr dan memiliki hubungan rapat dengan Inggeris. Dia telah memeluk Islam demi ingin menikahi seorang muslimah, anak seorang pedagang yang bernama Thahirah.
Tindakan Singh memeluk Islam telah membangkitkan kemarahan keluarganya dan beliau diancam akan dibunuh. Maka, Singh telah lari ke Kota Lokfo bersama Thahirah. Singh memeluk Islam disaksikan Sayyid Hamid Husain, penulis kitab ‘Aqabat Al-Anwar. Dan cucu dari bapa saudaranya Khumaini bernama Wud terus tinggal bersama di Srinagar, ibu kota Kashmir dan menjadi pemegang amanah kuil-kuil ibadat Sikh. Inilah info-info yang dikumpulkan oleh penulis dari ulama’² Syiah di Kashmir”. (Lihat Al-Jumhuriyyah Ats-Tsaniyah, hal 352)
Upacara Pemakaman Khomeini Diiringi Gendang Sikh
Gambar Sekitar Pemakaman Khomeini
Syaikh Ahmad Deedat:
Dengan nama Allah Pengasih dan Penyayang. Al-Quran yang suci menyebutkan: “Dan jika kamu berpaling (dari Islam dan ketaatan kepada Allah), Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain dan mereka tidak akan seperti kamu. (QS.Muhammad:38). KREDIT EBERITA.