Jangan bawa anak dara anda kesini !!

16 gadis disahkan mengandung selepas mandi dikolam ini

Fakta ke auta?

Pelajar lebih pandai jika miliki guru menarik

Suami-suami diluar sana, jangan sampai isteri jadi macam ni

Lagi pengakuan isteri curang, tertarik aku pada seorang duda

Tips kulit gebu dan sihat

Tiada masa untuk melakukan rawatan kulit di pusat pakar kecantikan?

20 tips hidup sihat

Mengekalkan kecergasan dan berat badan sihat membantu memanjangkan jangka hayat

Sebuah gabungan belia dan kumpulan pelajar hari ini mengumumkan usaha untuk menggerakkan kempen #TangkapMalaysianOfficial1



Sebuah gabungan belia dan kumpulan pelajar hari ini mengumumkan usaha untuk menggerakkan kempen #TangkapMalaysianOfficial1 di Kuala Lumpur pada 27 Ogos ini.
Pada sidang akhbar di sebuah restoran di Kuala Lumpur hari ini, kumpulan itu merujuk ‘Malaysian Official 1’ yang tidak dinamakan dalam saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat untuk mendapatkan semula aset berbilion yang dikaitkan dengan 1MDB.
Jurucakap kumpulan itu, Anis Syariah Mohd Yusuf berkata kempen mereka bertujuan untuk memberikan tekanan kepada pihak berkuasa tempatan untuk menangkap dan mendakwa ‘Malaysian Official 1'.
"Kemuncaknya adalah perhimpunan aman tetapi pelajar dan belia akan memberi taklimat kepada pelajar lain dan mereka yang tinggal di luar Lembah Klang.
"Sekarang adalah masa untuk bertindak. Kami menggesa semua belia berhimpun sama di Kuala Lumpur pada 27 Ogos. Ini masanya untuk kita meraikan makna sebenar kemerdekaan," kata Anis, yang juga mewakili Kesatuan Mahasiswa Malaysia.
Dalam laporan DOJ, rujukan sebanyak 36 kali dibuat ke atas ‘Malaysian Official 1' yang juga didakwa menerima AS$731 juta dana daripada 1MDB.
Pengkritik mendakwa adalah jelas, dari butiran laporan itu, ‘Malaysian Official 1' hanya boleh merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Walau bagaimanapun, Najib dan penyokongnya berkata bahawa tiada andaian perlu dibuat mengenai perkara itu.
Saman DOJ yang difailkan di Los Angeles itu juga dinamakan anak tiri Najib, Riza Aziz, bersama-sama dengan rakan keluarga mereka iaitu ahli perniagaan Jho Low.
Aktivis belia Chan Tsu Chong berkata mereka percaya perhimpunan yang dicadangkan itu tidak akan dilihat sebagai ancaman kepada keselamatan negara.
"Ia sebenarnya adalah lanjutan kepentingan negara kerana ramai orang semakin bimbang tentang isu 1MDB.
"Saya fikir tindakan kami bukan satu ancaman kepada keselamatan negara...," kata Chan.

Kerajaan negeri Melaka mengumumkan insentif keseluruhan sebanyak RM25,000

 http://koleksicikgusuraya.blogspot.my/

Kerajaan negeri Melaka mengumumkan insentif keseluruhan sebanyak RM25,000 atas kejayaan raja pecut kebangsaan Khairul Hafiz Jantan mencipta rekod baharu pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-18 di Sarawak yang berakhir semalam.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata jumlah itu termasuk imbuhan RM10,000 atas kejayaannya memecahkan rekod kebangsaan 18 tahun acara 100 meter lelaki.
"Insentif tersebut sebagai penghargaan, sokongan dan dorongan kerajaan negeri kerana berjaya mengharumkan nama Melaka selain mencipta satu rekod baharu dalam acara 100 meter.
"Kami anggarkan Khairul Hafiz akan menerima insentif kira-kira RM25,000 dari kerajaan negeri atas kejayaannya meraih pingat emas dan juga memecah rekod kebangsaan serta perbaharui rekod Sukma," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Atlet Sukma Kontinjen Melaka dari Sarawak di Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah di Melaka, hari ini.
Kira-kira 2,000 orang awam, kakitangan kerajaan, ketua jabatan dan agensi kerajaan negeri Melaka dan anggota keluarga atlet yang menyertai pertandingan berkenaan hadir menyambut kepulangan mereka.

Kejayaan anak kelahiran Melaka itu dengan catatan 10.18 saat sekali gus memadam rekod terdahulu, 10.30 saat yang dicipta bekas pelari pecut kebangsaan, Watson Nyambek dari Sarawak pada 1998.
Pelajar Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, Kota Tinggi itu yang dinobatkan Olahragawan Sukma turut memperbaharui rekod Sukma dalam acara 200 meter (21.03 saat), 4x100 meter (39.89 saat) dan 4x400 meter (3 minit 12.66 saat) bersama kuartet Melaka.
Mengulas lanjut, Idris berkata selain insentif kejayaan memecahkan rekod kebangsaan, kerajaan negeri turut mengumumkan insentif RM5,000 kerana berjaya memperbaharui rekod Sukma, pingat emas (RM5,000), perak (RM3,000) dan gangsa (RM1,000).
Beliau berkata Khairul Hafiz dilihat mampu mencipta nama lebih tinggi dalam sukan olahraga sekiranya beliau mengikuti latihan dan konsisten dalam setiap perlawanan yang disertainya.
"Banyak lagi peluang dan ruang yang beliau (Khairul Hafiz) dan rakan-rakannya dari Melaka dapat cipta dalam sukan berprestij antaranya Sukan Asia, Komanwel bahkan Olimpik sekiranya mereka diberi latihan dan perhatian yang baik," katanya.
Dalam pada itu, Idris berkata perhatian yang khusus perlu diberikan pada atlet Melaka yang menyinar di Sukma termasuk Khairul Hafiz agar mereka tidak leka atau alpa dengan populariti serta perhatian yang diterimanya dari pelbagai pihak atas kejayaan yang dikecapi mereka.
Sementara itu, Khairul Hafiz yang menggelarkan dirinya sebagai 'The Speedy Jantan' itu berkata beliau akan mengikuti latihan seperti biasa bagi mempersiapkan diri menghadapi Kejohanan Terbuka Malaysia pada September depan.
"Saya amat berterima kasih kepada jurulatih saya (Mohd Poad Md Kassim) yang tidak henti melatih saya sehingga dapat memecahkan rekod kebangsaan. Sebelum Sukma masa terbaik saya adalah 10.36 saat," katanya.

Catatan itu dilakukannya pada Kejohanan Olahraga Remaja Asia di Vietnam pada Jun lepas.

Katanya semua kejayaan yang diperolehnya adalah 'pinjaman Allah' dan ia tidak akan mengubah dirinya menjadi orang lain.

- Bernama

Tun Dr Mahathir Mohamad menolak dakwaan bahawa beliau membuat laporan



Tun Dr Mahathir Mohamad menolak dakwaan bahawa beliau membuat laporan kepada Amerika Syarikat (AS) mendakwa perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menyalah guna kuasa dan melesapkan dana kerajaan.
Dakwaan itu muncul selepas Jabatan Kehakiman (DOJ) AS memfailkan saman untuk menyita pembelian aset AS$1 bilion yang didakwa menggunakan wang yang didakwa “dicuri” daripada 1MDB.
“Saya tidak buat apa-apa laporan. Tetapi jika saya buat laporan pun, hanya kerana itu kesalahan Najib tidak akan menjadi tidak salah.
“Benang basah tidak mungkin ditegak. Percubaan pemimpin-pemimpin Umno mendakwa Najib tidak bersalah tidak mungkin menjadinya tidak salah.
“Tuduhlah, kecamlah, makilah. Yang salah tetap salah,” katanya.
Saman DOJ itu hasil daripada siasatan berterusan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan DOJ sendiri melalui Inisiatif Perolehan Aset Kleptokrasi (KARI).
Menurut New York Times, bekas pemimpin akar umbi Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan sepatunya bertemu dengan FBI pada September lalu tetapi beliau dihalang ke luar negara.

Khairuddin telah membuat pelbagai laporan berkaitan 1MDB di pelbagai negara, sebelum ditangkap atas tuduhan mensabotaj ekonomi dan ditahan bawah Akta Pencegahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) atau Sosma.

Beliau menuntut dibicarakan dan dibebaskan dengan ikat jamin selepas mahkamah mendapati pertuduhan padanya tidak tertakluk bawah akta itu.

Pengasas rangkaian pasar raya Mydin, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur hari ini



Pengasas rangkaian pasar raya Mydin, Mydin Mohamed Ghulam Hussein meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur hari ini, kerana sakit tua.

Anak Allahyarham yang juga Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Ameer Ali Mydin, 60, berkata bapanya yang berusia 88 tahun itu meninggal dunia pada 5.06 petang.
"Bapa saya dibawa ke hospital kerana muntah-muntah selepas pulang dari kedai (Mydin) di Masjid India selepas waktu Zohor tadi," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata jenazah dijangka dikebumikan di Mont Kiara selepas solat Zohor pada Rabu, setelah kepulangan anak bongsu Allahyarham yang menetap di Amerika Syarikat.

Lahir di Pulau Pinang pada 1928, Allahyarham meninggalkan isteri Rowshan Bai, 80, serta tujuh anak.

Ameer Ali berkata syarikat Mydin diasaskan arwah bapanya di Kota Baharu, Kelantan pada 1957.

"Arwah merupakan seorang yang sangat berdisiplin dan menepati waktu semasa berurusan dengan orang lain terutama dalam urusan perniagaan.

"Arwah juga sering mengingatkan anak-anaknya supaya makan duit yang halal dengan menjalankan perniagaan yang jujur," kata Ameer Ali yang merupakan anak ketiga Allahyarham.

- Bernama