“Saya Benci Suami Saya, Saya Benci Perempuan Tu..” – Isteri Mangsa Curang



kisah benar yang berlaku kepada seorang isteri apabila sang suami bertindak curang dengan wanita lain.

Namun ketabahan si isteri dan sikap suami yang akhirnya tersedar dari kesilapan telah mengukuhkan hubungan dan ikatan perkahwinan mereka.


Jom baca kisah ini:

Tawar. Saya cakap dekat suami. Abg buat la apa abg nak. Suami diam. Pegang tangan saya..dan bawa saya balik. Dia tak nak cerai kan saya. Dia sayang saya.

Tapi kalau sayang kenapa curang???? Balik rumah tu, saya meroyan teruk. Perempuan tu hantar gambar mereka bercuti,berpeluk. Saya yang lemah iman ni. Rasa mcm nak mati je dah.

Saya benci suami saya! Saya benci perempuan tu!

Dipendekkan cerita. Perempuan tu sebenarnya xpernah mengandung atau gugur pun. Dia tipu saja untuk buat suami saya stay dengan dia. Dan saya yang bencikan suami saya ni. yg mengandung masa tu.

Dan sebenci² sy dkt suami sy pun.. Sy bagi dia peluang. Namun tak mudah.

Setiap malam sy menangis..sy merayu dkt Allah.untuk beri sy kekuatan. Kerana memang telah hancur binasa hati ini.

Dan setiap malam suami sy peluk kaki sy.menangis merayu memaafkan dia.

Sy dah maafkan. Cuma sy tak boleh lupa.

Dan sepanjang tempoh sy mengandung tu..dia jaga sy. Urut blkng sy ketika sy muntah. Picit kaki sy yg sakit. Belikn makanan yg sy nk makan. Peluk dan lap air mata sy bila sy menangis. Bagi sy tumbuk dia bila sy marah.

Alhamdulillah anak kami pun dah berumur setahun dah sekarang. Sy berjaya memaafkan dan melupakan kesalahan dia. Suami sy seorang suami yg baik.

Baik bukan bermakna tak pernah melakukan kesalahan. Lelaki hanya manusia biasa. Baik macam mana pun buat salah juga. Usaha dia untuk mencuri hati sy semula membuahkan hasil. Alhamdulillah sekarang kami bahagia sangat2.

Allah anugerahkan kami anak yg menjadi kekuatan kami berdua. Org luar yg tgk kami semua cakap “Cemburu lah korang ni bahagia betul..best kalau jadi korang ni tau.” Sy senyum je. Dalam hati..ko tak tau apa aku dh lalu.huhu.

Apa2 pun. Semoga kita semua dilindungi dari perosak2 hubungan yg memang suka mencari peluang ni. Dan hargai lah pasangan masing2. Isteri. Hargai lah suamimu yg bekerja keras untukmu. Suami. Hargai lah isterimu yg sanggup meninggalkan keluarga untuk berkahwin denganmu.

sumber: kotaraya

0 ulasan :

Post a Comment