Seorang wanita dikenali sebagai Nadia Nordin bertindak memukul skandal suaminya dengan botol, dipercayai botol arak di sebuah hotel.
Rakaman insiden itu yang viral setelah dimuat naik dalam laman sosial hari ini, memaparkan seorang wanita yang tidak berpakaian dibelasah teruk hingga merintih kesakitan di atas lantai bilik hotel.
Dalam video pertama berdurasi 30 saat itu, kelihatan wanita terbabit bertindak memukul dalam keadaan marah sementara mangsa yang dibogelkan memohon untuk dilepaskan kerana sakit.
Wanita tidak berpakaian itu menerima 15 jahitan susulan dipukul dengan botol di kepala.
Difahamkan, wanita yang menjadi skandal suaminya itu adalah rakan baiknya sendiri dan ketika Nadia menyerbu bilik tersebut, wanita berkenaan sudah berada dalam keadaan bogel.
Tidak cukup dengan itu, sebuah lagi video memaparkan Nadia memukul lelaki dipercayai suaminya yang dikenali sebagai Mohd Faizal.
Walaupun dipukul dan dibelasah dengan teruk, suaminya itu tidak membalas sebaliknya membenarkan sahaja dirinya diperlakukan sebegitu.
Ketika kejadian, ada beberapa indvidu lain turut berada dalam bilik berkenaan.
Pelbagai versi kejadian yang tersebar setakat ini termasuk ada yang mengatakan wanita yang dipukul itu merupakan kawan baik si isteri.
Selain itu, ada pihak mendakwa wanita berkenaan tidak dibogelkan tetapi memang dalam keadaan tidak berpakaian ketika dikantoikan.
Lokasi sebenar kejadian tidak dapat disahkan namun berdasarkan pertuturan, kejadian dipercayai berlaku di bahagian Pantai Timur negara atau Selatan Thailand.
Pemerhatian kami mendapati akaun Facebook yang digunakan Nadia yang berasal dari Kota Bahru, Kelantan itu tidak aktif selepas insiden tersebut menjadi viral di media sosial.
0 ulasan :
Post a Comment