Jangan bawa anak dara anda kesini !!

16 gadis disahkan mengandung selepas mandi dikolam ini

Fakta ke auta?

Pelajar lebih pandai jika miliki guru menarik

Suami-suami diluar sana, jangan sampai isteri jadi macam ni

Lagi pengakuan isteri curang, tertarik aku pada seorang duda

Tips kulit gebu dan sihat

Tiada masa untuk melakukan rawatan kulit di pusat pakar kecantikan?

20 tips hidup sihat

Mengekalkan kecergasan dan berat badan sihat membantu memanjangkan jangka hayat

KKM TIDAK BERSETUJU DENGAN CADANGAN TANAMAN KETUM


http://koleksicikgusuraya.blogspot.my/

Kementerian Kesihatan (KKM) tidak bersetuju dengan cadangan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) supaya kerajaan membenarkan pekebun kecil di negara ini menanam pokok ketum bagi meningkatkan pendapatan mereka.

Menterinya Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata kementerian itu ketum mempunyai ciri-ciri seperti ganja dan heroin yang boleh mendatangkan kesan negatif.

"Kita tidak sokong apa yang dicadangkan oleh RISDA agar ketum ditanam untuk tujuan perubatan walaupun mendapat permintaan tinggi dari beberapa syarikat farmasi dari Amerika Syarikat dan Eropah," katanya kepada pemberita di sini, malam ini.

Beliau berkata demikian pada program penyerahan uniform Pakaian Operasi Digital (P.O.V) Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan sambutan Hari Raya Rela daerah Segamat.

RISDA sebelum ini memohon kerajaan agar membenarkan pekebun kecil di negara ini menanam pokok ketum bagi meningkatkan pendapatan golongan berkenaan.

"Kita risau jika penanaman ketum dibenarkan akan timbul masalah salah guna oleh golongan remaja terutamanya pelajar sekolah yang sukar dibendung nanti," katanya.
Sementara itu mengulas mengenai kes difteria, beliau berkata sehingga kini terdapat 25 kes yang dikesan oleh kementerian.

"Kita sedang kaji daripada semua sudut mengapa perkara ini berlaku walaupun pada masa dahulu kita telah menghadapi beberapa kes difteria namun kali ini jumlah tersebut lebih tinggi daripada biasa dan mereka yang mendapat vaksin tidak terkecuali dijangkiti penyakit itu," katanya.

Beliau berkata sekarang ini Kementerian Kesihatan menerusi semua agensi di bawahnya dalam proses mengkaji kenapa perkara ini berlaku dan bagaimana untuk mengawalnya.

 http://koleksicikgusuraya.blogspot.my/


"Saya diberitahu bahawa negara lain turut mengalami masalah yang sama contohnya negara Filipina yang menghadapi masalah penularan penyakit difteria pada tahun lepas dan jumlah telah meningkat pada tahun ini.

"Kita akan mengkaji sama ada ianya berlaku di seluruh dunia ataupun hanya berlaku di negara kita," katanya.

Beliau berharap orang ramai tidak mengambil mudah jika menghadapi tanda-tanda sakit tekak sebaliknya terus membuat pemeriksaan di klinik atau hospital, manakala doktor kerajaan mahupun swasta mesti mengambil berat tentang perkara ini dan mengadakan penyiasatan untuk memastikan penyakit dapat dikesan awal.

"Bakteria dapat dirawat dengan ubat namun ianya perlu dikesan daripada awal serta mendapat ubat yang betul," katanya.

-- BERNAMA

Seorang Doktor Kecantikan Mencabul Kehormatan Seorang Pesakit Lelaki


 http://koleksicikgusuraya.blogspot.my/

Seorang doktor kecantikan dihukum penjara tiga setengah tahun pada Khamis kerana mencabul kehormatan seorang pesakit lelaki rakyat Malaysia sebanyak dua kali setelah memberinya ubat pelemah, lapor Channel NewsAsia.
Portal berita itu berkata Tan Kok Leong, 50, disabitkan kesalahan bulan lepas kerana memberi ubat pelemah, Dormicum dan Rosiden kepada mangsa, juga seorang doktor, di Hotel Oasia pada Julai 2013 selepas prosedur liposuction atau menyedut lemak.

Menurut laporan itu, Tan didapati bersalah mencabul kehormatan mangsa selama dua malam, setelah memberi ubat pelemah kepada pesakit berusia 33 tahun itu dengan alasan untuk melegakan rasa sakit.

Memetik Hakim Daerah Siva Shanmugam, portal itu berkata Tan "menyalahgunakan kedudukannya dengan mengambil kesempatan daripada kepercayaan mangsa terhadapnya", berikutan hubungan unik antara doktor - pesakit, dan mangsa, seorang doktor muda, juga menganggap Tan sebagai mentornya.

Tan memberi ubat berkenaan kepada mangsa hingga menyebabkan lelaki itu menjadi rentan dan tidak berdaya mempertahankan diri daripadanya; membogelkan mangsa untuk merakam lebih 20 gambar alat sulitnya tanpa pengetahuan atau keizinan mangsa.

Semasa perbicaraan, mahkamah diberitahu bahawa setelah mencabul kehormatan mangsa yang tidak sedarkan diri, Tan memakaikan kembali pakaiannya agar apabila tersedar, mangsa tidak menyedari apa yang dilakukan tertuduh terhadapnya.
Menurut laporan itu, pihak pendakwa yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya Alan Loh dan Pembantu Pendakwa Raya Thiagesh Sukumaran mendesak mahkamah mengenakan hukuman penjara lima tahun lapan bulan terhadap Tan.

Bagaimanapun, sebaik sahaja hukuman terhadap Tan diumumkan, peguamnya, Edmond Pereira memberitahu mahkamah bahawa doktor itu akan mengemukakan rayuan terhadap sabitan kesalahan dan hukuman yang dikenakan terhadapnya.
Laporan itu berkata Tan dibenarkan ikat jamin sementara menunggu keputusan rayuannya.

- Bernama

PM Rombak Kabinet 3 Ogos


 http://koleksicikgusuraya.blogspot.my/


TOKYO: Jurucakap pegawai tertinggi kerajaan Jepun pada Jumaat memberitahu bahawa Perdana Menteri, Shinzo Abe akan membuat rombakan kabinetnya pada 3 Ogos depan bagi mempercepatkan pelaksanaan dasar ekonominya yang dikenali sebagai "Abecomics".

Bercakap pada sidang media, Ketua Setiausaha Kabinet, Yoshihide Suga berkata, kabinet akan meluluskan pakej rangsangan ekonomi itu pada Selasa depan, sehari sebelum rombakan kabinet diadakan.

Beliau turut memberitahu bahawa pasaran kerja di Jepun berkembang dengan stabil dan kerajaan akan berusaha sedaya-upaya untuk mengatasi deflasi dan memulihkan ekonomi negara itu. - Reuters

Isteri Curang Dengan Lelaki Lain Di Pejabat (Kisah Benar)



ISTERI CURANG LEBIH BANYAK MENGUNDANG PENCERAIAN BERBANDING SUAMI CURANG.

KES PENCERAIAN yang disebabkan oleh kecurangan semakin menjadi-jadi. Terlalu banyak kes dalam simpanan fail rujukan kami, dari kes yang melibatkan artis, melibatkan ahli perniagaan, melibatkan para pemimpin negara bahkan juga pasangan biasa.

Kali ini ingin kami pautkan fenomena ini melalui satu kisah benar yang dikirim kepada kami ini secara lengkap untuk renungan kita bersama. Bacalah dengan hati terbuka dan teliti pelajaran yang kami kongsikan di hujungnya. Kami hilangkan ‘nama penulis’ untuk mengelak fitnah.

KISAH BENAR ISTERI CURANG – WAJIB BACA!!!

Saya bekerja sebagai seorang ketua eksekutif di sebuah syarikat swasta. Isteri saya adalah juru audit di sebuah syarikat swasta juga. Kami mempunyai seorang anak perempuan yang kini berumur 13 tahun. Dialah buah hati saya dunia dan akhirat.

KISAH ini terjadi pada dua tahun lepas. Saya perhatikan sikap isteri saya tak macam biasa. Saya dapat kesan perubahan sikapnya kerana dah lebih 10 tahun kami bersama. Mana tidaknya, kadangkala saya sembunyi-sembunyi perhatikan tingkah lakunya. Saya lihat dia semakin gemar membawa handphonenya kemana-mana walau ke bilik air. Saya cuba mintak nak lihat handphonenya tetapi berjuta alasan yang dia berikan. Saya dah terfikir macam-macam. Saya cuba selami apa yang dia alami tetapi gagal. Nampak seperti dia menyembunyikan sesuatu dan layanannya juga tidak seperti dulu.

SEBELUM INI, bila saya buat lawak, pasti dia yang akan ketawa dahulu walau pun cerita yang saya nak sampaikan belum habis lagi. KINI, setakat ketawa kecil untuk ambil hati saya saja. Soal Atas Katil pun begitu, dalam sebulan sekitar 5 kali yang saya minta cuma sekali yang saya dapat. Itu pun rasa macam beraksi dengan patung. Kalau dulu, bila saya mintak 5 kali, 8 kali pun dia sanggup walaupun dia sampai susah nak bangun pagi tapi sekarang nyata berbeza.

SUATU HARI, mungkin tuhan nak kabulkan doa saya supaya diberi petunjuk dalam menghadapi situasi ini. Isteri saya mandi dan tertinggal handphonenya dalam laci. Saya yang sedang bersiap nak pergi kerja terdengar handphonenya berbunyi tanda ada mesej diterima. Terus saya capai handphonenya dan buka peti mesejnya. Tiada nama terpapar, cuma nombor sahaja. Saya cepat-cepat catat nombor handphone yang tertera. Kemudian saya baca isi mesejnya. Kesangsian saya mula memuncak bila terbaca mesejnya yang berbunyi “Lepas kerja tunggu kat tempat biasa”. Hati saya mula bergelora dan fikiran mula bercelaru. Tapi saya tahankan dan cepat-cepat padam mesej tu dan letakkan kembali handphone tu ditempatnya. Perlahan-lahan saya keluar dari bilik dan bersarapan.

Semasa saya bersarapan isteri saya siap mandi dan kemudian dia bersarapan bersama-sama saya. Saya cuba tahankan perasaan saya ketika itu dan buat macam tidak ada apa-apa yang berlaku. Kemudian kami pergi kerja menaiki kereta masing-masing. Sebelum itu, saya bawa bersama viewcam untuk digunakan sebagai pengumpul bukti.

PETANG ITU Saya menantikan kelibat isteri saya selepas waktu kerja dengan menunggu di hadapan pejabatnya di dalam kereta yang saya pinjam dari rakan. Saya tidak gunakan kereta saya, takut isteri saya perasan. Hati saya bergelora apabila terlihat isteri saya keluar dari pejabatnya dan terus menuju ke arah kereta yang tidak saya kenali. Nampaknya kereta tersebut telahpun menunggu isteri saya sebelum saya sampai.

Saya perhatikan kereta tersebut meninggalkan perkarangan pejabat isteri saya. Dengan berhati-hati saya ekori kereta tersebut dalam jarak yang selamat. Tiba-tiba handphone saya berdering, rupanya isteri saya telefon saya. Saya pelik, adakah dia dapat menghidu perbuatan saya. Saya jawab panggilannya dan hati saya hancur apabila dia memberitahu bahawa pada hari itu dia balik lewat dan ada meeting katanya. Bila saya tanya dia berada di mana, dia kata sedang bekerja di pejabat. Sungguh pilu hati saya melihat isteri saya berbohong.

Saya kuatkan semangat ingin membongkar apa sebenarnya yang terjadi dengan isteri saya. Saya ekori hingga ke sebuah restoran yang terkenal. Saya lihat isteri saya keluar dari kereta dan menuju ke restoran berkenaan bersama seorang lelaki yang saya rasa jauh lebih muda dari isteri saya. Setelah mereka masuk, saya mencari sudut yang memudahkan untuk saya memerhatikan mereka. Hampir 3 jam saya lihat kemesraan mereka berdua. Kadangkala saya nampak lelaki itu seperti membetulkan tudung isteri saya dan mereka kadangkala ketawa kecil. Entah apa yang mereka bualkan saya pun tidak tahu. Berdosa saya pada hari itu kerana telah meninggalkan solat Asar dan Maghrib semata-mata mencari kebenaran.

Saya menunggu di dalam kereta sampai lenguh seluruh badan saya. Sekali sekala saya rakam perbuatan mereka di dalam view cam. Setelah sekian lama menanti, akhirnya mereka keluar dari restoran dan menuju ke arah kereta tadi. Saya rakam segala perbuatan mereka. Kemudian mereka bergerak menuju ke arah yang saya tidak pasti. Saya ekori lagi hinggalah saya tahu kemana tujuan mereka. Rupanya mereka kembali ke pejabat isteri saya tetapi melalui lorong belakang yang gelap dan sempit itu. Saya tidak dapat ikut kerana takut mereka sedar akibat lampu yang saya pasang.

Saya mengambil keputusan untuk berjalan menyusup ke tempat-tempat yang tersembunyi untuk merakam perbuatan mereka di dalam kereta di tempat yang gelap itu dengan meletakkan kereta saya di tempat yang sesuai. Suasana di lorong itu amat gelap. Yang kedengaran hanya deruman bunyi kereta lelaki tadi yang tidak dimatikan enjinnya. Saya cari tempat yang sesuai dan tersembunyi agar tidak disedari mereka. Saya hidupkan fungsi night vision yang mana saya dapat merakam setiap aksi mereka walaupun dalam keadaan yang amat gelap.

Bagai nak luruh jantung saya berdebar, amat terkejut bila mendapati mereka sedang #berasmara. Saya lihat mulut mereka bercantum dan setelah agak lama, saya lihat lelaki itu menurunkan tempat duduk yang diduduki oleh isteri saya. Saya agak mereka pasti sedang berbaring bersama dan terpaksa berdiri lebih dekat di tempat yang selamat untuk merakam apa yang mereka lakukan.

HATI SAYA HANCUR LULUH pada ketika itu. Syaitan mula berbisik menyuruh saya menamatkan sahaja riwayat kedua-dua makhluk yang sedang berzina itu di situ juga, tetapi saya tetap bersabar dan terus merakam setiap perbuatan mereka. Saya sedar, tuhan menyebelahi saya. Kebencian saya meluap-luap. Terus saya padamkan view cam dan dengan berhati-hati saya berjalan kembali ke kereta. Selepas memulangkan kembali kereta rakan, saya pun memandu kereta saya pulang.

Dalam solat saya menangis dan berserah kepada Allah untuk menegakkan jalan bengkang bengkok yang dicipta oleh isteri saya itu. Kemudian saya pergi ke bilik anak saya. Saya lihat anak saya sedang lena tidur. Sekali lagi saya menangis melihat anak saya yang tidak berdosa itu. Pada ketika itu saya terfikir, apakah dosa saya sehingga begini hebat dugaan tuhan kepada saya.

Apabila terdengar bunyi kereta isteri saya tiba di garaj, saya keluar dari bilik anak saya dan menuju ke pintu untuk membukakan pintu supaya isteri mudah masuk ke dalam. Isteri saya terkejut melihat saya masih belum tidur. Dia cuma tersenyum dan mengatakan banyak perkara-perkara berbangkit ketika mesyuarat yang membuatkan dia pulang lewat. Dalam hati saya menyumpah sendirian, perempuan laknat!!. Berani kau menipu hidup aku dan anak aku. Tetapi saya sembunyikan perasaan itu dengan tersenyum dan saya lihat pakaian dan tudungnya semuanya rapi seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Dasar perempuan jalang, tahu sahaja menyembunyikan perbuatan keji di jalan tadi.

Malam itu saya biarkan isteri saya tidur sendirian. Saya tidur menemankan anak saya didalam bilik anak saya walau pun pada malam itu, selepas isteri saya mandi, dia minta disetubuhi. Saya beri alasan saya penat, sedangkan saya tahu niatnya, untuk menyembunyikan angkara perbuatannya tadi. Manalah tahu jika ianya membuahkan hasil, sekurang-kurangnya dia dapat meyakinkan bahawa hasil itu adalah dari benih saya. Sudahlah, saya dah menjangkakan semua kemungkinan dan muslihat itu setelah melihat apa yang dia lakukan tadi.

Pada keesokkannya, saya ambil kesempatan untuk memasukkan apa yang saya rakamkan malam tadi ke dalam CD menggunakan laptop saya secara senyap. Pada sebelah petangnya saya berbincang bersama isteri saya berdua di dalam bilik. Saya bertanyakan adakah dia mahu jika saya menceraikannya jika dia sudah mempunyai lelaki yang lebih baik dari saya.

Dia menyangkal kata-kata saya dengan mengatakan saya kuat cemburu dan dia meyakinkan saya bahawa tiada insan lain dalam hidupnya melainkan saya sorang. Kemudian saya katakan kepadanya, bagaimana jika saya ada bukti yang menunjukkan bahawa dia berbohong. Pada ketika itu air muka isteri saya mula berubah. Seperti biasa, dia sengaja mengalihkan cerita. Saya yang sudah tidak dapat bersabar terus mengarahkannya mengemas pakaian dan memberitahu bahawa kami akan pulang ke rumah ibu bapanya pada hari itu juga.

Isteri saya terkejut dengan tindakan saya. Kemudian dia mula menanyakan berbagai soalan. Dari nada suaranya saya tahu, dia sedang dalam keresahan. Dia takut saya dapat menghidu perbuatannya. Saya terpaksa meninggikan suara akibat terdorong rasa marah yang teramat sangat. Tak pernah saya bersikap sebegitu selepas kawin cuma pada hari bersejarah itulah saya bertukar rupa sebentar. Kemudian saya meminta anak saya mengemas pakaiannya dan memberitahu bahawa kami akan pulang ke kampung.

Alangkah gembiranya anak saya, dapat berjumpa atuk dan neneknya yang dirindui. Tetapi hati saya menjadi sebak melihat telatah anak yang mash tidak mengerti erti hidup. Anak saya seakan mengetahui hati saya. Tiba-tiba dia berhenti melompat kegirangan dan dia terus menuju kepada saya sambil bertanya kenapa saya nampak sedih. Saya berkata saya letih tetapi anak saya kata saya tipu. Dia seboleh-boleh minta saya beritahunya kenapa perwatakan saya tidak seperti biasa.

Saya menjadi teramat sebak dan mengalirkan air mata. Seorang anak kecil menjadi terlalu prihatin dengan papanya. Saya peluk anak saya, saya cium dia. Saya beritahu dia bahawa nanti bila sampai rumah atuk dia akan tahu. Anak saya hanya mengangguk dan terus masuk ke biliknya mengemas pakaian selepas diminta oleh saya.

Dalam perjalanan kami tidak banyak berbual. Saya hanya menumpukan perhatian pada jalan raya dan hilang selera saya untuk berbual bersama isteri. Isteri saya tidak habis-habis bertanyakan kenapa saya membisu dan tidak banyak bercakap. Tetapi saya hanya diam. Cuma celoteh anak saya yang membuatkan saya kadang-kadang tertawa kecil.

Sampai di rumah mertua saya, mereka sungguh gembira melihat anak, menantu dan cucunya pulang. Terasa seperti tidak sampai hati untuk saya meluahkan apa yang terbuku di hati saya kepada mereka. Sehinggalah pada keesokkannya, selepas solat zohor saya meminta kedua-dua mertua saya dan isteri saya duduk di ruang tamu untuk membincangkan satu perkara. Isteri saya kelihatan tenang dan saya tahu, itu hanyalah luaran sahaja, sedangkan hatinya lebih berkecamuk akibat kecurangannya.

Akhirnya bapa mertua saya bertanya, apakah hajat sebenarnya saya memanggil mereka. Apakah perkara yang hendak dibincangkan. Saya seperti hendak menangis ketika saya bertanyakan kepada mereka, apakah pendapat mereka jika saya pulangkan kembali isteri saya kepada mereka. Mereka terkejut, begitu juga isteri saya. Kemudian mereka bertanya, apakah salah anak mereka sehingga saya ingin mengambil keputusan sebegitu rupa. Saya terdiam tidak terkata. Setelah berkali-kali dihujani soalan kenapa dan mengapa, akhirnya saya mengatakan bahawa isteri saya telah pun berzina dengan disaksikan oleh mata saya sendiri.

Mertua saya mengucap panjang. Mereka terus bertanyakan kepada isteri saya. Isteri saya menafikan sesungguh-sungguhnya sambil memeluk ibunya. Tidak cukup dengan itu, isteri saya terus mengatakan bahawa saya kuat cemburu dan mengatakan dia memang selalu pulang lewat malam tetapi atas urusan tugas, bukan berselengkoh orang lain. Mertua saya bertanyakan soalan bertalu-talu kepada saya dan isteri saya. Akhirnya saya pergi ke kereta, mengambil CD dan saya pasangkannya di VCD player yang terletak di ruang tamu.

Mertua saya mengucap tidak henti-henti setelah melihat apa yang ditayangkan dihadapan mata mereka. Itulah rakaman kecurangan anak mereka ‘sedang #bermain’ di hadapan mata mereka. Isteri saya hanya menundukkan kepala sambil menangis teresak-esak. Kemudian isteri saya bangun mendapatkan saya dan dipeluknya kaki saya sambil meraung-raung meminta ampun dan berjanji untuk tidak mengulangi perbuatannya itu.

Anak saya dan Mak Usunya tiba-tiba keluar daripada bilik akibat terdengar raungan isteri saya. Mereka terus ke ruang tamu tanpa kami sedari dan turut melihat tayangan kecurangan isteri saya. Kemudian saya terdengar suara anak saya bertanyakan kenapa mamanya memeluk lelaki lain dan bukan papanya di dalam television itu dan kenapa mamanya biarkan lelaki itu memegang buah dadanya. Saya yang menyedari anak saya berada di ruang tamu dengan pantas menutup television. Saya lihat wajah anak saya yang kehairanan akibat terlihat tayangan tersebut dan juga setelah melihat mamanya meraung-raung dikaki saya.

Wajah adik ipar saya juga dalam keadaan terkejut. Tangannya menutup mulutnya dengan matanya yang terbeliak akibat terkejut setelah mengetahui perbuatan kakaknya itu. Terus sahaja dia menarik tangan anak saya masuk ke bilik. Kedua-dua mertua saya tidak dapat berkata walau sepatah kata pun. Seminggu selepas itu, saya dan isteri saya pergi ke mahkamah syariah dan memohon perceraian. Selepas perbicaraan dan bukti-bukti yang kukuh, saya mendapat hak penjagaan anak saya. Kemudian saya meminta bekas isteri saya supaya menikah dengan lelaki yang saya nampak pada hari itu dengan disaksikan oleh hakim dan orang-orang pejabat agama.

Selepas kejadian itu, saya tinggal bersama anak saya dan sebulan sekali bekas isteri saya datang melawat anaknya. Sehinggalah selepas beberapa bulan, saya tidak nampak lagi batang hidungnya menjengok anaknya. Dari cerita yang saya dengar dari orang-orang tempat dia bertugas, selepas bekas isteri saya berkahwin dengan lelaki tersebut, dia memakan hati kerana lelaki tersebut ada hubungan sulit dengan perempuan lain. Mungkin itulah balasan Allah kepadanya.

Pada hari raya puasa yang lalu, saya berziarah ke rumah bekas mertua saya atas desakan anak saya. Di sana saya berpeluang berjumpa dengan bekas isteri saya. Saya lihat, dirinya tidak lagi seperti dahulu. Tubuh yang dahulunya montok dan menawan kini kurus kering. Dari wajahnya saya tahu bahawa dia memang benar-benar makan hati dengan suami barunya yang diberahikan itu.

Biarlah, Allah sudah pun temukan mereka berdua. Bahagia atau tidak itu bukan kerja saya, itu kerja tuhan. Yang penting, saya kini memulakan hidup baru dengan anak kesayangan saya. Dialah harta yang tidak ternilai untuk saya di dunia dan akhirat. Saya akan pastikan anak saya melalui jalan hidup yang betul agar hidupnya tidak menyimpang daripada ajaran Allah yang sebenar.


KESIMPULAN

Semuga kisah pedih pengalaman sahabat kita ini dapat menyedarkan pasangan lain di luar sana. Ingatlah ‘lelaki yang tidak cemburu terhadap isteri dan anaknya adalah dayus dan tidak akan mencium syurga’. Iman wanita amatlah tipis dan amat mudah tergoda, khususnya apabila mereka bebas sewaktu bekerja.

WARGA PRIHATIN ada banyak kes sebegini dalam simpanan fail kami. Zina bagi yang sudah berkahwin hukumannya rejam sampai mati. Jika tidak direjam secara muhkamat, mereka tetap direjam secara mutasyabihat. Aktiviti haram memang dipromosi oleh syaitan. Ia dilakukan semata-mata kerana nafsu, tanpa ikatan dan tanggungjawab. Oleh itu, menjadi trend sekarang semua perbuatan zina itu dirakam untuk ‘kenangan’. Apabila nafsu sudah memuncak, masing-masing sudah tidak kisah untuk dirakam aksi ranjangnya. Banyak sekali kes yang pihak wanita sendiri yang merakam aksinya berkali-kali.

Seorang suami yang berprinsip tidak akan mampu menerima semula isteri yang berlaku curang. Itu adalah ego atau ‘pride’ lelaki yang Allah kurniakan secara fitrah. Pengalaman kami menunjukkan suami akan menceraikan isterinya pada kadar segera sebaik sahaja mendapat bukti. Memanglah hakikatnya seorang wanita hanya untuk seorang lelaki sahaja. Tidak mungkin 2 lelaki atau lebih boleh hidup bersama seorang wanita dalam masa yang sama.

Hasil kajian dan pengalaman kami juga menunjukkan situasi yang amat berbeza dengan sikap isteri yang masih mampu walaupun pahit untuk menerima suami yang berselingkuh dengan wanita lain. Mungkin para isteri memikirkan soal nasib anak, nasib diri yang mungkin menjanda, menjaga maruah diri serta keluarga dan sebagainya. Kebetulan pula dalam Islam ada Poligami yang sering diambil peluang oleh suami untuk berbuat sewenangnya. Kononnya boleh tambah isteri bila ‘terkantoi’. Maka meranalah si isteri.

Janganlah biarkan isteri kita BERKELIARAN, samada melalui aktiviti sosial secara zahir maupun melalui alam maya. Jika isteri kita diizinkan bekerja, pantaulah gerak geri mereka. Begitulah juga dengan para suami. Janganlah buang masa melayan isteri dan anak dara orang. Jika kita benar-benar mampu dan mahu, bernikahlah sahaja agar perhubungan itu ada berkatnya.

Pengalaman seorang dari kami amat mengejutkan sekali. Seorang artis terkenal yang sudah bersuami dipelawa di hadapannya oleh rakan lelakinya hanya dengan ayat “can I have #se’x with you, I have got a room here’. Beliau yang sedang makan di restoran Hotel itu bersama rakan beliau boleh dengan mudah ikut naik ke bilik. Ironinya, ia tidak berlaku di hadapan rakan kami dan rakan-rakan artis itu, bukan secara rahsia. Beliau turut menceritakan kisah zina yang berleluasa secara terang-terangan di kalangan artis dan penari budaya.

Lihatlah penceraian yang berlaku apabila suami dapat tahu isterinya bertukar gambar alat kelamin dengan artis, melakukan perbualan #lu-ca’h melalui telefon, sms, facebook, Whatsapp dan sebagainya. Hari ini ramai lelaki yang mengadu isteri mengabaikan suami dan anak kerana aktiviti ini. Dari aktiviti maya itu mereka berjumpa dan akhirnya syaitan akan menggoda masing-masing melakukan zina. Ingatlah, rakaman dan berita dari kerosakan akhlak ini akan menjadi rejaman masyarakat terhadap kita hingga ke anak-cucu, bahkan ke akhir hayat.

Telah Allah tegaskan bahawa “berkeliaran itu membawa kerosakan”. Seharusnya kita mematuhi arahan Allah itu agar mampu kita hentikan segala kerosakan akhlak ini segera. Kita sudah terlalu jauh dari landasan agama kita. Kerana itulah hidup masyarakat kita ini amat ‘tidak sejahtera’.

Sumber: Facebook

(Video) Aksi Wanita Tayang Buah Dada Di Kompleks Beli Belah Disiasat



AKSI seorang penyanyi tidak senonoh di sebuah kompleks beli-belah di Kota Kinabalu.
KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) sedang menyiasat perbuatan seorang lelaki menyerupai wanita yang melakukan aksi tidak senonoh dengan menyanyi sambil menayang sebahagian payu daranya di sebuah kompleks beli-belah di sini, baru-baru ini. 

Berdasarkan video aksi `wanita' itu yang tersebar dalam laman sosial, dia dipercayai menyanyi sambil diiringi sebuah kumpulan buskers dengan orang ramai merakam persembahannya. Difahamkan, pelaku itu tiba-tiba menyertai kumpulan buskers berkenaan yang dijemput oleh pengurusan pusat beli-belah untuk membuat persembahan. 

Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Abidin Madingkir, berkata beliau sudah meminta pegawainya menyiasat kejadian itu yang sepatutnya tidak berlaku khususnya di lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai. 

"Ini kerana saya dimaklumkan `orang awam' berkelakuan tidak senonoh itu tiba-tiba datang menyertai kumpulan buskers yang membuat persembahan. 

"Presiden Buskers Sabah juga ada menghubungi saya dan memaklumkan `orang awam' itu bukan penyanyi mereka tetapi tiba-tiba datang menyanyi bersama. Dia juga memberi jaminan akan menasihatkan semua buskers agar perkara seperti ini tidak berulang. 

"Sehubungan itu, saya mengarahkan pegawai bahagian pelesenan untuk melakukan siasatan menyeluruh bagaimana kejadian berkenaan boleh berlaku. Kita mungkin akan memanggil pelbagai pihak tertakluk kepada hasil siasatan," katanya ketika dihubungi BH di sini, sebentar tadi. Video selama satu minit 20 saat itu menjadi viral di laman sosial termasuk WhatsApp, khususnya di negeri ini.


SUMBER : EAZ

VIDEO VIRALL!! Akibat Terlupa Kancingkan Butang Baju Ketika Membaca Berita Secara LIVE, Tonton VIDEO Apa Yang Jadi Kepada Gadis Jelita Ini Amat Memalukan Sekali

Seorang wanita yang sangat menginginkan pekerjaan sebagai pembaca berita di kaca television benar-benar telah membuat geger netizen setelah video audisinya beredar yang mengenakan pakaian begitu seksi hingga memperlihatkan lekukan belahan dadanya.

Calon news anchor tersebut tampil saat melakukan screen test untuk saluran berita Zjarr di Albania, mengenakan blus berwarna krim dan tampak sangat percaya diri duduk di depan kamera sementara bagian depan tubuhnya tampak menganga lebar saat berlatih membaca berita.

 http://koleksicikgusuraya.blogspot.my/

Dalam video pendek itu yang diunggah keYouTube menyebutkan bahawa wanita tersebut merupakan seorang mahasiswa bernama Enki Bracaj. Setelah tampil dalam audisi cukup nyeleneh, Enki akhirnya memilih meninggalkan pekerjaan tersebut.

“Kebanyakan orang sepakat bahwa gaya presentasinya agak canggung, dan harus jujur ​​bahwa hal tersebut tampaknya tidak akan membahayakan bagi figur itu sendiri.” kata salah seorang juru bicara dari saluran berita tersebut.

Berikut video Enki Bracaj saat audisi menjadi pembaca berita yang bikin heboh.

 http://koleksicikgusuraya.blogspot.my/


Enki sendiri telah menggambarkan aksi tersebut sebagai cara untuk memenangkan kompetisi dalam industri yang kompetitif.

“Itu jelas, bahwa jika saya ingin berhasil maka saya harus berani dan menawarkan sesuatu yang berbeda. Setelah keluarga mendukung keputusan saya, itu tidak menjadi masalah bagi saya untuk terus maju seperti ini.” papar Enki.

“Saya menemukan cara untuk berhasil, dan juga untuk memastikan bahwa saluran yang saya bawakan mendapat peringkat terbaik.” Enki menambahkan.

Sumber: alamak4

Gadis Cantik Dibayar Untuk Menyusukan Payudaranya Kepada Seorang Ahli Perniagaan

Seorang Ahli Perniagaan telah menawarkan wang sebanyak RM52,000 kepada gadis cantik ini untuk MENYUSUKAN payudara kepadanya di Majlis Makan Malam, NAMUN apa yang telah terjadi selepas sahaja 10 minit amat mengejutkan. Astagfirullah hal-azim!


SUMBER : VIRABERITA


 http://koleksicikgusuraya.blogspot.my/


 http://koleksicikgusuraya.blogspot.my/


 http://koleksicikgusuraya.blogspot.my/


 http://koleksicikgusuraya.blogspot.my/



Wanita Yang Kuat Bersetubuh Kelihatan Lebih Cantik & Menarik?


 http://koleksicikgusuraya.blogspot.my/


WANITA YANG KUAT BERSETUBUH KELIHATAN LEBIH CANTIK? | DIKATAKAN hubungan seks mampu mengubati apa jua penyakit yang singgah ke tubuh. Malah, kenyataan ini mulai dipersetujui oleh penyelidik-penyelidik perubatan. Kata mereka, aktiviti seks yang teratur berupaya memperbaiki peredaran darah, menghalang penyakit dan berkemungkinan besar meningkatkan tahap imunisasi badan.

Begitu juga dari sudut emosi. Dipercayai, wanita-wanita yang cukup puas mendapat keperluan jasmani kurang berhadapan masalah tekanan perasaan malah memiliki daya keyakinan diri yang tinggi selain penampilan keseluruhan yang lebih positif. Sebenarnya, apa yang dinyatakan itu hanya sebahagian daripada keseronokan mengadakan hubungan asmara. Ada beberapa keistimewaan melakukan seks selepas berkahwin.



 http://koleksicikgusuraya.blogspot.my/
Wajah berseri

Tidak dinafi, kebanyakan wanita berkongsi pendapat yang sama iaitu hubungan seks yang dilakukan secara teratur mampu membuatkan kulit menjadi lebih mulus dan bersinar malah jelita. Benarkah begitu? Dikatakan, kebangkitan fizikal tidak hanya meningkatkan peredaran darah sebaliknya berupaya menaikkan paras estrogen yang berfungsi untuk mengekalkan kulit wajah yang berminyak dan lembut. Dalam masa yang sama, ia juga membuatkan rambut kelihatan lebih lebat dan sihat.


Bentuk tubuh yang menarik

Letih bersenam di gimnasium atau penat berdiet semata-mata untuk mendapatkan tubuh badan yang cantik? Sebenarnya, terdapat cara yang lebih mudah untuk merealisasikan impian anda itu. Cukup hanya di rumah dan banyakkan belajar dari suami ketika mengadakan hubungan kelamin. Masih tidak faham? Sebenarnya, ketika anda melakukan seks, anda sebenarnya sedang bersenam tetapi gaya senaman yang dilakukan lebih menyeronokkan kerana saling bekerjasama. Seseorang yang mempunyai kehidupan seksual yang lengkap dan teratur secara automatiknya memiliki daya keyakinan diri yang tinggi lantaran merasakan senaman tersebut serasi dengan tubuh. Hilangkan lenguh-lenguh badan Letih bermain badminton belum hilang ditambah pula dengan rasa sengal-sengal badan. Mungkin kerana lama tidak bersukan jadi ada sahaja urat-urat yang bersimpul dileraikan.

Lazimnya, khidmat tukang urut diperlukan tetapi dalam hal ini, pasangan adalah ‘doktor’ yang paling hebat. Cari waktu yang menarik untuk berdua-duaan dengan pasangan dan nikmati keseronokan tanpa gangguan daripada anak-anak. Pasti kesakitan yang ditanggung itu mampu dipulihkan setelah hubungan seks dilakukan. Kenapa? Ini kerana setiap kali hubungan kelamin berlangsung, sejenis hormon yang dinamakan endorphin telah dikeluarkan yang mana ia adalah ubat penahan sakit secara semula jadi yang dikeluarkan oleh tubuh. Malah, penulis buku “The Healing Power of Sex” menjelaskan bahawa sekali orgasma mampu menjauhkan seseorang dari sakit selama enam jam.


Kitaran haid yang teratur

Menurut Winnifred Cutler, pengarang buku “Love Cycles”, wanita yang mengadakan hubungan seks setiap minggu mudah menjangkakan kedatangan haid berbanding wanita-wanita bujang atau kurang melakukan hubungan kelamin dengan pasangan. Ini kerana, wanita yang mempunyai pusingan haid yang teratur lebih mudah menjangkakan bila waktu suburnya. Jadi, dengan mudah keduanya merancang untuk memiliki cahaya mata setelah mengetahui waktu penting tersebut.



 http://koleksicikgusuraya.blogspot.my/

Punca Sebenar Gadis 17 Tahun Dirogol Sebelum Dibunuh

 http://koleksicikgusuraya.blogspot.my/search/label/ORDER%20NOW%20%21

Pelajar perempuan tingkatan lima yang ditemui mati di rumah keluarganya di Teluk Kumbar dekat sini semalam, dirogol sebelum dibunuh teman lelakinya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Datuk Zakaria Ahmad berkata suspek berusia 20 tahun itu memberitahu polis dia melakukan perbuatan itu akibat cemburu kerana pelajar itu mempunyai teman lelaki lain.
"Lelaki itu yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah di Bayan Lepas, mempunyai kunci pendua rumah mangsa dan dipercayai masuk ke dalam rumah itu kira-kira 6 pagi semalam.
"Ketika itu, pelajar perempuan berkenaan tinggal bersendirian kerana ibu bapanya pulang ke rumah neneknya di Bayan Lepas. Polis sedang siasat bagaimana lelaki itu mendapatkan kunci pendua rumah berkenaan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Mayat Intan Suraya Mawardi, 17, pelajar sebuah sekolah menengah di Teluk Kumbar ditemui terbaring dan berselimut di atas katil oleh bapanya yang pulang ke rumah pada 7.30 malam.
Zakaria berkata lelaki itu, yang mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah, ditahan di Teluk Kumbar kira-kira dua jam selepas penemuan mayat pelajar itu dan mengaku membunuh mangsa.



Beliau berkata lelaki itu juga menunjukkan kepada polis tempat dia membuang pisau yang didakwa digunakan untuk membunuh mangsa, iaitu dalam sebuah lubang di kawasan pencawang elektrik sekolah tempat dia bekerja.
"Polis menemui dua pisau dibungkus dalam anak tudung putih yang terdapat kesan darah dipercayai milik mangsa dan siasatan mendapati senjata itu diambil di rumah mangsa. Polis turut menemui semula telefon bimbit mangsa yang dibuang di kawasan tempat kerja suspek itu," katanya.
Menurutnya siasatan mendapati lelaki itu, yang mengenali mangsa sejak awal tahun ini, masuk ke dalam rumah pelajar itu untuk membunuh teman wanitanya kerana marah dan cemburu.
"Mangsa dipercayai dibunuh antara tujuh dan lapan jam sebelum mayatnya ditemui," katanya.
Zakaria berkata ujian air kencing mendapati lelaki itu negatif dadah dan dia kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan.
Jenazah pelajar perempuan itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Sungai Batu kira-kira 5 petang ini. - Bernama



Mengaku Sebagai Suami Kepada Seorang Warga Asing CUTE !

 http://koleksicikgusuraya.blogspot.my/

Tindakan seorang lelaki mengaku sebagai suami kepada seorang wanita warga Laos bagi mengaburi pihak berkuasa gagal apabila warga asing berkenaan ditahan dalam serbuan di sebuah kedai pakaian, di sini, malam kelmarin.
Serbuan menerusi Ops Jaja berkenaan dilakukan kira-kira jam 11.40 malam oleh sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen negeri diketuai Penolong Pengarah Imigresen Nar Azaman Ibrahim selepas menerima maklumat.
Pengarah Jabatan Imigresen Kedah Mohamad Yusri Hashim berkata, hasil pemeriksaan pihaknya menahan wanita warga Laos berusia 21 tahun berkenaan dan lelaki berusia 33 tahun yang mendakwa sebagai suami untuk siasatan.
Menurutnya, siasatan awal mendapati wanita itu melakukan kesalahan imigresen kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.
"Lelaki berketurunan Cham dari Perlis berkenaan mendakwa sudah berkahwin dengan wanita yang sudah memeluk Islam terbabit sejak enam bulan lalu di Thailand.
"Dia (lelaki itu) juga mendakwa mereka dalam proses mahu mendaftarkan perkahwinan di negara ini, dan wanita terbabit turut mendakwa menyeludup masuk ke Malaysia.
"Siasatan juga mendapati wanita itu pernah diusir kerana melakukan kesalahan tinggal lebih masa ketika di Pulau Pinang melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang pada tahun lalu," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Menurutnya, wanita itu akan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) dan Seksyen 36 akta sama, manakala lelaki berkenaan disiasat mengikut Seksyen 56(1)(d) akta sama kerana melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI).
"Siasatan turut mendapati passport Laos milik wanita itu sudah dibatalkan. Kita juga akan menyiasat status warga negara lelaki berkenaan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk tindakan lanjut.
"PATI selalu menggunakan taktik perkahwinan untuk terus kekal dalam negara ini dan menggunakan warga negara untuk dijadikan suami atau isteri kontrak," katanya.
Katanya, wanita berkenaan dihantar ke Depoh Tahanan Imigresen Belantik, Sik untuk siasatan.

sumber : metro

Khasiat Daun Ketum Yang Anda Tidak Tahu

Daun ketum sememangnya di akui herba yang mempunyai khasiat untuk melancarkan perjalanan darah dan penawar sakit urat.

Minum air ketum telah dijadikan amalan orang tua dulu dulu, tetapi amalan dan pengetahuan khasiat air ketum mula dilupai. Namun khasiat daun ketum sebagai penawar diabetes adalah tidak begitu dikenali seperti herba mas cotek dan misai kucing. 

 http://koleksicikgusuraya.blogspot.my/

Pokok Ketum, juga dikenali sebagai Pokok Biak (bahasa Inggeris: Kratom) atau nama saintifiknya Mitragyna Speciosa adalah , ialah sejenis tumbuhan daripada famili Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand.

Di Thailand, pokok ini dipanggil Kakuam, Ithang atau Thom, di Amerika Syarikat pula sebagai Kratom. Nama botaninya Mitragyna speciosa korth.

Sekarang ini daun ketum lebih popular dengan isu negatif - air rebusan daun ketum telah di salah guna sebagai minuman ketagihan. Tapi bezanya air ketum yang mengkhayalkan adalah telah dicampur dengan bahan bahan asing seperti ubat nyamuk malah ada perkatakan tahi lembu adalah salah satu ramuan untuk mendapatkan "kick" atau kepekatan yang amat tinggi.

Daun ketum adalah herba yang paling mujarab diantara herba ubatan alternatif yang dicuba dalam mengawal kadar gula dalam darah.

Herba lain mungkin punyai kelebihan dengan cara tindak balas yang berlainan, tapi daun ketum amat mujarab dalam menurun kadar gula darah dalam masa yang cepat.

Kemampuan untuk menurunkan kadar gula dalam darah secepat mungkin adalah penting terutama untuk pesakit yang mengalami luka dan kebengkakan ( diabetes feet) untuk membantu pemulihan tisu dan mencegah jangkitan (infection).

Terdapat 2 jenis daun ketum yang boleh dibezakan melalui warna daun, bentuk kedua daun adalah lebh kurang sama. Satu adalah yang berwarna hijau dan satu lagi mempunyai tulang daun berwarna merah yang boleh dilhat jelas di belakang daun. Spesies berwarna belang merah ini dikatakan lebih berkhasiat dan mujarab.

Pengambilan pertama segelas air rebusan daun ketum pada waktu malam dan kadar gula pada paras 9.1 pada keesokan harinya menunjukkan penurunan kadar gula yang banyak. Ujian pada waktu pagi selepas sarapan menunjukkan kadar gula pada paras 5.7

Rebus 7-8 helai daun ketum untuk 2 liter air, minum rebusan air tersebut sebanyak 3 kali sehari. Baki air ketum hendaklah dipanaskan dari masa ke semasa. Air rebusan yang telah masam dan berbuih tidak lagi boleh digunakan dan hendaklah dibuang.

Daun Ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin. Daun ini direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, juga bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang.

Pokok Ketum menjadi terkenal pada awal tahun 2003 kerana ia dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagihan kerana ia mengandungi mitraginin.

Mitraginin telah disenaraikan dalam Third Schedule of Poisons (Psychotrapic Substance) Regulation 1989, Poison Ordinance 1952.

Dengan itu pokok Ketum telah diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003

SUMBER : LUPADAH

Tips Perkahwinan 5 Petua Rumahtangga Bahgia

Mengekalkan kebahagiaan rumah tangga tidak semudah yang disangka sekiranya pasangan tidak mengetahui asas kepada kebahagiaan.

 http://koleksicikgusuraya.blogspot.my/
Setiap perkahwinan, mana mungkin kita harapkan kecundang di kemudian hari. Mestilah kita doakan yang baik-baik dan indah sahaja sepanjang bersama pasangan, sehingga akhir hayat.
"Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1)
Dalam surah An-Nisa sendiri telah nyatakan kita dicipta berpasangan dan hendaklah kita memelihara hubungan tersebut. Meskipun ramai berpendapat hanya di awal perkahwinan sahaja indah, bila sudah usia perkahwinan menjangkau 10 tahun dan mula lah segala masalah bermula. Ada mungkin betulnya di situ. Bukan apa, meskipun sudah 8 tahun menyulam cinta sebelum berkahwin, belum tentu semua perangai pasangan anda sudah kenal. Mereka yang sudah berkahwin 20 tahun pun ada juga mengakui masih tidak faham dengan pasangan mereka sendiri. Inikan pula hanya bercinta 8 tahun.
Cuma admin hendak tekankan di sini kepada mereka yang bakal mendirikan rumahtangga untuk janganlah pula takut atau teragak-agak dengan keputusan untuk berkahwin itu. Tarik nafas. Senyum. Okay, sekarang baca apa yang admin hendak kongsikan. Jangan termakan kata-kata orang yang hubungan anda akan kelam selepas sekian lama bersama. Oleh itu, admin di sini akan kongsi cara-cara untuk tidak mendekatkan hubungan anda dan pasangan dengan suasana kelam yang sering diperkatakan.
Tips yang ingin admin kongsikan ini, bukan sahaja untuk pasangan yang baru berkahwin. Juga boleh diamalkan bagi pasangan-pasangan lama yang ingin memupuk kembali rasa cinta seperti pertama kali mengucapkan “Aku terima nikahnya".
 http://koleksicikgusuraya.blogspot.my/
1) Hormati pasangan anda.
Jika ada sebarang ketidakpuas hatian anda terhadap pasangan. Jangan bersikap panas untuk terus menghembur pasangan. Sebaliknya, tarik nafas dan cuba bicara berdua di dalam nada yang lembut supaya pasangan anda tidak rasa tercabar dengan pendapat serta luahan anda mengenai perasaan rasa tidak puas hati tersebut. Hormat suami sebagai ketua keluarga. Serta hormat isteri sebagai peneman serta ibu kepada anak-anak anda.
2) Luahkan rasa cinta anda terhadap pasangan setiap hari
Tahukah anda, dengan hanya mengatakan anda sayang dan cinta itu telah boleh merubah hati yang suram kepada hari yang indah dan penuh dengan bunga-bunga? Rendahkan ego dan rasa malu. Katakan pada pasangan bertapa indahnya hidup anda memilikinya sebagai teman hidup. Pujilah jika mereka tampak kacak dan cantik dari hari biasa. Jangan segan untuk berjalan berpegang tangan ketika berjalan berdua di luar. Kerana dengan luahan ini, telah menjadikan hubungan anda dan pasangan penuh dengan bunga cinta.
3) Hargai pasangan anda
Mungkin setelah sekian lama bersama, 1001 perangai pasangan anda telah anda ketahui. Sesungguhnya tiada insan sempurna di dalam dunia. Jika ada sebarang rasa negative, gantikan fikiran dengan fikirkan perkara baik dan positive yang telah dia dan anda lakukan bersama, atau yang telah dia lakukan untuk anda. Jangan cuba mengubah seseorang. Nilai dan pandanglah diri sendiri terlebih dahulu di dalam cermin, buat penilaian diri. Layakkah anda mengubah pasangan anda? Hargai kehadiran mereka. Ucap terima kasih dengan setiap apa dilakukan dan sentiasa memberikan kata cinta supaya dengan ini mereka rasa dihargai dan kewujudan mereka disedari. Jika anda mempunyai rezeki lebih, berikan pasangan hadiah tanda terima kasih anda kerana kehadirannya di dalam hidup anda.
4) Komunikasi antara pasangan
Oh wanita mahupun lelaki, keduanya mempunyai ego tersendiri. Siapa kata ego lelaki tinggi? Perempuan tidak terkecuali. Jadi, untuk menjadikan perkahwinan anda dan pasangan indah dan bahagia, terapkan nilai hormat di dalam diri masing-masing. Jangan sesekali meninggikan suara untuk menunjukkan siapa benar dan siapa salah. Dan di dalam perkahwinan juga tiada istilah anda adalah boss. Meskipun suami adalah ketua keluarga. Tetapi kaum Adam harus peka, dengan kuasa yang anda ada, jangan tersalah guna. Untuk kaum Hawa pula, jangan mudah marah dan menyalahkan pasangan. Komunikasi amat perlu untuk membantu anda dan pasangan saling memahami antara satu sama lain. Luahkan rasa anda supaya tiada apa yang terpendam di dalam hati. Jika pasangan anda mempunyai masalah, jadilah bahu dan telinga mereka. Dengar setiap apa yang mereka luahkan, nasihat jika perlu.
 http://koleksicikgusuraya.blogspot.my/
5) Wujudkan suasana romantik di rumah
Kebersihan amat lah penting. Bersihkan rumah anda. Jika ada kelapangan, ajak pasangan anda bersama lakukan aktiviti mesra di rumah. Seperti masak bersama, kemas rumah bersama dan lain-lain lagi. Kepada kaum Hawa, jagalah kebersihan suami anda. Kebersihan diri mereka. Makan, pakaian serta kebersihan diri seperti rambut, wangian badan, jambang dan etc. Gunakan panggilan mesra antara anda dan pasangan di mana sahaja anda berada. Supaya rasa sayang itu sentiasa ada di dalam setiap kata dan perbualan anda.
Ini antara tips yang boleh admin kongsikan agar anda dan pasangan lebih bahagia. Paling penting, pasangan haruslah pandai memainkan peranan masing-masing dan mengetahui tanggungjawab yang digendong. Kebahagiaan hubungan anda sebenarnya terletak pada anda sendiri. Jangan berhenti mencuba jika anda rasakan rasa mesra dahulu, yang pernah anda rasa telah hilang. Teruskan mencuba. Paling utama, jangan putus berdoa kepadaNya. Kerana Dia Maha Kuasa, Maha Mengetahui. Kepada pasangan yang baru sahaja melayari bahtera cinta, rasa kasih dan sayang yang membuak-buak di mana anda merasakan dunia ini hak milik anda, jangan terus hilang rasa itu. Pegang dan kunci rasa itu, biar selamanya begitu.
Percayalah, anda mampu bahagiakan hubungan anda! Semoga berjaya!
kredit: Mya Zulkifli
 http://koleksicikgusuraya.blogspot.my/

Setia Saya Tercalar Bila Suami Layan Bekas Isteri


 http://koleksicikgusuraya.blogspot.my/

KEHIDUPAN berumah tangga memerlukan kesabaran dan ketabahan yang bukan sedikit. Tidak kena cara, musnahlah rumah tangga.
Namun, persefahaman dan tolak ansur harus memainkan peranan agar rumah tangga sentiasa dalam aman.
Dalam membina keharmonian rumah tangga, amat penting bagi setiap pasangan belajar menghargai kelemahan dan kelebihan diri masing-masing.
Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Kebanyakan kita apabila berkenalan hanya memandang yang cantik-cantik pada pasangan tetapi apabila sudah hidup bersama barulah kelemahan dan kekurangan pasangan dapat dilihat.
Ketika ini jika tidak pandai mengawal perasaan dan bertolak ansur pasti perkara kecil akan menjadi lebih besar.
Pun begitu ujian Tuhan tiada siapa mampu menolak. Sama ada suka atau tidak, ia harus diterima dengan reda dan berdoa agar segala kekusutan itu dapat di dileraikan dengan baik.
Demikian mukadimah saya yang panjang minggu ini yang ingin saya kaitkan dengan kisah yang dilalui oleh Yatie (bukan nama sebenar), berusia awal 30-an.
Menurut Yatie dia telah berpisah dengan suami pertamanya sejak 10 tahun lalu. Mereka mempunyai sepasang anak.
Takdir telah menemukan Yatie dengan seorang lelaki yang saya namakan Malik (bukan nama sebenar), duda juga mempunyai dua orang anak.
Hasil pertemuan singkat itu mereka telah saling jatuh cinta. Ikuti kisah Yati seterusnya.
“Perkenalan dengannya telah membuka pintu hati saya untuk menerimanya sebagai teman hidup.
“Saya nekad menerima dia sebagai suami kedua dengan harapan dapat menebus kesilapan perkahwinan yang pertama dulu.
“Pada awal perkahwinan, kehidupan saya sungguh bahagia, ke mana saja berdua, apa-apa yang ingin dilakukan pasti suami akan mengajak saya berbincang.
“Saya amat gembira hidup di sampingnya. Walaupun kehidupan kami agak sederhana saya berdoa agar rumah tangga yang saya bina kali ini akan bertahan sampai ke akhir hayat.
“Namun tidak semua keindahan yang dimimpikan itu akan menjadi kenyataan. Setelah setahun setengah menjadi suami isteri, ujian pertama datang dalam rumah tangga kami.
“Kehadiran semula bekas isterinya yang menagih kasih menjadikan suami lupa pada saya dan rumah tangga kami.
“Saya berusaha mencari puncanya dan apa yang saya dapat maklumat bekas isterinya itu telah diceraikan dengan talak tiga oleh suami barunya.
‘Lalu teringat saya akan perubahan yang berlaku pada suami sejak kebelakangan ini. Pada mula-mula mereka berpisah dulu, setiap bulan suami akan membawa saya bersama untuk mengambil anak-anaknya di rumah bekas isteri pada hujung minggu atau cuti umum.
“Tapi sejak akhir-akhir ini saya rasakan keadaan dalam rumah tangga kami menjadi dingin. Suami kerap berbohong dengan saya.
“Dia tidak lagi mengajak saya untuk ke rumah bekas isterinya mengambil anak-anaknya. Setiap kali keluar rumah alasan yang dia beri adalah untuk ke rumah kawan-kawan atau bersukan.
“Mengesyaki sesuatu yang tidak kena, saya akhirnya menyiasat sendiri. Saya ikut keretanya dan sah dia ke rumah bekas isterinya untuk bersama anak-anak dan bekas isterinya itu.
“Seminggu saya simpan perasaan marah saya. Keadaannya tidak juga berubah. Macam-macam alasan yang dia berikan untuk bersama bekas isterinya itu. Malah saya juga terbaca mesej daripada bekas isterinya itu yang menulis perkataan yang tidak sepatutnya dan mencabar kesabaran saya sebagai isteri.
“Satu hari saya nekad untuk ke rumah bekas isterinya itu dengan harapan untuk menyelesaikan kemelut yang kami hadapi.
“Sedihnya hati saya sebab suami langsung tidak terkejut melihat kehadiran saya. Dia sebaliknya menyebelahi bekas isterinya itu dan menghalau saya pulang.
“Bayangkan perasaan saya diperlakukan seperti itu. Hancurnya hati saya saat itu. Dahulu semasa merayu untuk menikahi saya, suami menangis kerana terlalu cintakan saya tapi dalam sekelip mata dia beralih kasih.
“Selepas kejadian itu fikiran saya tidak tenang. Saya hanya memikirkan untuk berpisah sahaja dan kembali hidup bersendirian.
“Kerana sedih dan tidak mahu keadaan menjadi lebih buruk, saya membawa diri ke rumah orang tua saya. Sepanjang di sana suami langsung tidak ambil peduli malah dia semakin mesra bersama bekas isterinya itu.
“Puas saya berdoa meminta agar dia kembali memujuk atau sekurang-kurangnya bertanya khabar namun sia-sia belaka. Sehingga catatan ini saya tulis, dia masih tidak datang.
“Hancur luluh hati saya. Pengorbanan saya selama ini tidak dihargai dan inilah balasannya yang saya dapat.
“Saya memohon kepada Allah agar dipertahankan jodoh kami. Saya juga mengharapkan agar suami akan sedar dan insaf dengan perbuatannya.
“Sebagai isteri saya tidak mahu melihat dia melakukan dosa. Namun jika dia tidak memerlukan saya lagi dalam hidupnya saya reda. Bebaskan saya dengan cara baik. Ketentuan Tuhan dan takdir akan saya terima dengan tabah.
“Pada saya buat apa lagi tinggal sebumbung jika kemesraan sebagai suami isteri sudah tidak ada. Apalah erti rumah tangga kiranya kemanisan sudah tawar dan senyum menjadi pahit.
“Siang malam saya berdoa kepada Tuhan agar suami akan sedar perbuatannya itu. Kepada suami, insaflah abang dan kembalilah ke pangkal jalan,’’ kata Yatie menamatkan ceritanya.
Kisah seperti Yatie bukan sekali dua yang saya terima. Begitulah kebanyakan perkahwinan yang dilalui antara duda dan janda. Kalau baik caranya akan bahagialah mereka dan jika salah seorang memungkiri janji, maka akan meranalah yang satu lagi.
Pun begitu kepada Yatie, jangan lekas berputus asa. Masih ada jalan untuk menyelamatkan rumah tangga anda. Elok dapatkan pandangan pihak berkaitan sebelum sebarang keputusan diambil. Pada masa yang sama berusahalah menambat hatinya semula sama seperti mana anda mengenalinya dulu.
Seperkara lagi jangan tinggalkan rumah apabila berlaku perselisihan faham dengan suami kerana ia akan menambah kekusutan. Seelok-eloknya duduk berbincang dan bercakap dari hati ke hati.
Saya pasti suami anda masih sayangkan anda, jadi jangan fikirkan lagi soal hendak berpisah. Berusaha dulu menyelamatkan rumah tangga anda daripada memikirkan perkara yang boleh memberi kesan pada kemudian hari. Ingatlah Allah sentiasa mendengar permintaan hamba-Nya yang perlukan bantuan.
Menutup kata, sepatah kata daripada saya: “Apabila pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain masih ada yang dibukakan untuk kita. Tetapi sebagai manusia kita acap kali hanya terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga terlupa untuk melihat pintu lain yang turut terbuka untuk kita masuk dan mencuba nasib. Dari itu, fikir-fikir dan renungkanlah!”
Salam