Malang Dicerai Kerana Hodoh Tanpa Solekan


takcubarugi.blogspot.my/

SHARJAH - UAE. Hanya beberapa hari selepas berkahwin, seorang wanita diceraikan oleh suaminya selepas lelaki itu melihat wajahnya tanpa solekan.

Menurut seorang pakar psikologi yang memberi kaunseling kepada wanita itu, lelaki berusia 34 tahun menceraikan isterinya yang berusia 28 tahun kerana dia tidak kelihatan cantik seperti sebelum berkahwin dan menuduhnya memakai banyak komestik termasuk bulu mata palsu.

Perunding Psikologi, Dr Abdul Aziz Asaf memberitahu Gulf News, wanita itu datang ke kliniknya untuk mendapatkan rawatan mengatasi penderitaan psikologi yang dihadapinya selepas penceraiannya.

Identiti wanita itu bagaimanapun tidak didedahkan kepada umum atas sebab privasi.

Wanita itu diceraikan selepas suaminya melihat wajah wanita itu yang hodoh kerana solekannya tertanggal ketika berenang di Pantai Al Mamzar dan gagal mengecam wajah isterinya itu.

Wanita itu turut memakai bulu mata palsu dan telah menjalani pembedahan kosmetik sebelum berkahwin.

Sebelum itu, pasangan itu bertunang selama 6 bulan Dr Asnaf berkata, pengantin perempuan memberitahunya, dia berniat untuk memberitahu suaminya namun sudah terlambat.

"Pengantin lelaki terus menceraikannya dan menolak sebarang cara untuk menyatukan kembali mereka, " kata Dr Asnaf

sumber :BH

takcubarugi.blogspot.my/

0 ulasan :

Post a Comment